Sunday, August 29, 2010

and, here it is :D

anak dan menantu

These two guys yang membuatkan hati saya berbunga2 dan perasaan saya sungguh seronok. Semalam mereka telah sampai kerumah untuk berhari raya bersama kami disini. Tak tahu nak gambarkan betapa seronoknya mereka balik lagi setelah 8 bulan balik ke Uk. Tahun lepas masa mereka balik berjanji nak balik bulan December ni dan kami berjanji nak ke Langkawi sempena cuti sekolah tapi tiba2 hati mereka tergerak untuk bersama kami pada hari raya ini. Hantar mesej mengatatakan dah booked ticket tanpa ada perbincangan.

Semalam hubby dan 2 orang adiknya ke Klia untuk menjemput mereka, saya dan sikakak tak pergi sebab masa berbuka dan terasa letih sangat. Bila ditengah jalan hubby call suruh datang ke Mcd untuk bersama2 mereka disana, selepas berbuka dan solat saya pun menyetai mereka di Mcd yang terletak tak jauh dari rumah.

Dah selesai makan kami balik kerumah, anak minta makan nasi berlaukkan asam pedas daging. walaupun dia dah kenyang, sedap katanya tapi menantu saya tak makan. Sebenarnya saya tak tahu mereka datang waktu tu ingat lewat malam sebab kali ni mereka naik kapal terbang Singapore Airline jadi mereka terpaksa transit di sana dulu.

Setelah makan mereka mula mengeluarkan barang2 yang dibawa, ada hadiah untuk adik2, hubby dan yang specialnya untuk saya sempena hari jadi bulan depan. Mungkin saya rasa kebanyakan para ibu suka sangat kalau mendapat hadiah sedemikian rupa. Cantik dan berharga sangat buat saya. anyway thanks to both of you, and ...I LOVE YOU...




19 comments:

Tirana said...

Siapa ni kak Zai? anak ke? Wah..dah dapat hadiah harijadi.

ckLah @xiiinam said...

Tumpang seronok kakZai....

:)

lemongrass said...

Salam Kak Zai,
Patutlah berbunga2, rupa2nya orang jauh nak balik berhari raya bersama2. Kalau I jadi you pun, sure akan penuh bunga di hati :-).
Enjoy your Raya with the whole family!

Acik Erna said...

salam zai..apa lagi yang boleh menggembirakan hati ibu kan..
adanya anak bersama menyambut hari raya..memang la hati berbunga bunga..

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Alhamdulillah, nanti seronoklah raya anak beranak dpt berkumpul semua. Sukakan, Saya di sini tumpang gumbira...

Cantik kristal tu! bertuah Kak Zai.

Zaitun said...

Tirana

Yang lelaki tu anak kak Zai,mereka tinggal di Portmouth,Uk.

Rezeki heheh...

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Boleh apa salahnya,nanti kalau ckLah dah ada anak2 bekerja dan berkahwin seronok macam kak Zai juga.

Zaitun said...

lemongrass

Salam lg...kak Zai senyum sampai kat telinga,dahlah anak balik raya sama2 dapat hadiah pula.

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna... anak kan buat hati kita tambah macam saya jarang jumpa,nasib baik mau balik tiap tahun.

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...Memang seronok dapat kumpul raya tahun ni,terubat rasa rindu...

Kak Zai memang minat pada pinggan mangkok.

anie,Nagoya said...

tumpang seronok(#^.^#)...dah menantu???kita pggl kk Zaitun ya.kegembiraan kk Zaitun dpt kita gmbrkan...(^_^)v

cikmanggis said...

alamak ini ke sb hati zai berbunga-bunga tu..puas cm dok meneka dalam kesamaran kenapa hati zai begitu berbunga-bunga hehe...seronok kan....semoga hari raya kali ini lebih ?bertambah ceria dengan kehadhiran anak dan menantu:)

Pstt kita pun berkenan kat hadiah tu:)

rohaizahabas said...

bertambah meriah lah raya tahun ni zai oii...anak menantu balik dan dapat pre present lagi tu...
Akak tumpang gembira...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zai;

wahh.... dapat bayangkan keseronokan akak bila anak-menantu ada di depan mata.

Royal Doulton tu kat sini mahalnya!
bezz-bezz !

Zaitun said...

anie,Nagoya

Kak Zai dah ada menantu tapi orang jauh,pilihan anak nak buat macamana.

Zaitun said...

cikmanggis

Ha'ah... tiba2 aje mereka nak balik seronok tak terkata.
Minat juga rupanya,kat sini mahalkan.

Anak cm tak balik ke?

Zaitun said...

kak Ezza@makcik blogger

Hadiah hari jadi tapi tarikhnya bulan depan.Tahun ni raya semua anak ada kumpul,seronok tak terkata.

Zah bila nak bermenantu.

Zaitun said...

azrina.03.07

Dia orang balik cuma setahun sekali, bila dapat balik masa raya memang rasa seronok sangat.

Zaitun said...

azrina.03.07

Dia orang balik cuma setahun sekali, bila dapat balik masa raya memang rasa seronok sangat.