Tuesday, November 3, 2009

Jalan - Jalan N Barang Antik

Lama tak memblog sebab hubby hangkuutt PC ke Penang tak nak bawa PC office.Weekend pergi rumah adik sesekali overnight ok juga ( jarang tidur) tak jauh pun kat Shah Alam aje. Kami sampai dah dekat maghrib selesai solat kami dijamu dengan nasi ayam, bubur chacha yang dimasak adik ipar manakala kuih bakar bijan dan muffin coklat adalah buah tangan dari saya (maaf lupa nak ambil gambar). Lepas tu kami kerumah emak mertuanya di Kelana Jaya disana kami dijamu air teh dan kuih kering dan sebelum balik saya dihulurkan duit sebab hari raya tempohari saya tak kerumahnya. Memang tiap2 tahun saya akan mendapat duit hari raya dari mak mertua adik. Kami balik agak lewat, anak2 adik pun dah mengantuk. Balik rumah saya dan adik sambung lagi berborak, seronok juga cerita kisah dolu2 masa kecik2 tinggal kat kampung. Happy sangat2 maklumlah dah lama tak dapat bercerita tentang kisah lampau. Lewat malam baru kami tidur.



Pagi besoknya adik bawa sarapan di kawasan Masjid Negeri, walaupun cuma gerai tapi makanannya boleh tahan, sedap dan macam2 ada. Selepas tu kami pergi kepasar kabut berdekatan dengan stadium (tak tau dari mana datang perkataan kabut). Dari pemerhatian saya dalam banyak2 gerai yang ada disitu saya tertarik dengan barang2 antik tapi dalam merayau2 tu saya terjumpa pokok orkid, yang ini mesti beli dapat 3 pasu harganya pun jauh lebih murah dari orkid yang selalu saya beli. Setelah kepenatan dan kepanasan kami pun balik tapi adik nak bawa saya ke satu tempat lagi.


Dah mandi manda kami keluar lagi, adik nak bawa saya ke Amcorp Mall, mulanya saya tak berapa minat sebab setahu saya mall tu tak meriah sangat (maaf Tan Sri, owner). Menurut adik memang mall tu dulu kurang pelanggan tapi tidak sekarang. Parking pun agak penuh dan kami naik ketinggkat lima kalau saya bawa kereta tak lepas parking setinggi ini. Masuk saja kedalam mall ramai orang, rupa2nya barang2 yang ada dijual disini sama dengan barang2 yang ada dikabut tadi cuma disini barangannya lebih banyak dan tempatnya didalam mall.


mangkuk kepunyaan arwah opah


kepunyaan arwah atuk lebih 50 tahun

piring macam ni masih banyak dalam simpanan ada merah, hijau dan putih.

Banyak barang2 antik yang sama dalam simpanan saya, baru saya tahu betapa berharganya barang2 tu. Ada juga barang2 antik dan pinggan mangkuk kepunyaan arwah opah dan arwah atok saya yang ada kat rumah kakak jual disitu. Dalam hati satu hari nanti bila pergi rumah kakak nak minta pada dia barang yang saya minat. Dulu pun masa pindahkan barang2 tu dari rumah kampung tak ada yang minat itulah sebabnya di letakkan dirumah kakak.




usianya mungkin hampir 100 tahun

arwah opah gunakan untuk masak gulai


masa kecil pernah gunakan


batu giling saya gunakan untuk hiasan landskap
Habis round satu mall (dalam hati nak datang lagi ) kami ke ANW yang pertama dibuka tak jauh dari mall tadi. Saya cuma makan waffle dan air root bir sebab pagi tadi saya dah makan nasi lemak berlauk. Disini saya perhatikan kebanyakkan meja dipenuhi oleh orang2 veteran yang berbangsa cina mungkin disebabkan kedai ni mengimbau kisah lama mereka yang satu ketika dulu tempat mereka menjamu selere bersama kawan2. Bila dah berumur dapat berjumpa tentu banyak cerita yang nak dikongsi. Dah habis makan masing2 kekenyangan kami pun balik dan melepak kat rumah. Petangnya adik ipar saya masak tomyam mee, amat menyelerakan.
Pukul 9.00 malam adik hantar saya dan siadik pulang. Weekend yang penuh aktiviti dan amat menyeronokkan. Harap2 dilain waktu saya dapat lagi berjalan sambil makan beramai2 (jarang dapat keluar bersama).
Itulah aktiviti saya semasa hubby pergi outstation, beriadah bersama2 adik dan keluarganya. Jangan jeleess dan jangan maaaraahhh....

11 comments:

silversarina said...

Amboi, jalan sakan ye... bab barang2 antik tu memang rugi kalau tak diambil dan dijaga, bagi kami kakak sulong sebagai penyimpannya sebab dia yang rajin menjaga semua tu .

Zaitun said...

silversarina

Sayang kalau tak dijaga,susah nak dapat harganya pun sangat mahal.Lepas ni bolelah pergi kampung2 tanya kalau ada yang nak jual terutamanya pinggan mangkuk.

Zaitun said...
This comment has been removed by the author.
Ibu n Abah said...

kak zai,
sekali2 jalan2 dgn adik beradik..bestkan...
panjang langkah kita yer...

Zaitun said...

Ibu n Abah

Memang seronok,bebas tak payah nak minta persetujuan.

FaAtip said...

Uihhh..kak zai,

untungnya dapat benda2 tu semua, yg paling saya berkenan seterika dengan tempayan tu.

saya pun ada simpan brg2 lama peninggalan arwah opah.

adik beradik lain tak minat, tapi saya yg tergila2, sebab keantikannya.

Zaitun said...

aintsuperwoman

Kak Zai memang suka simpan barang2 antik ni tambahan pula dah tahu harganya begitu mahal.Nak cari lagi tambah koleksi.

3E said...

Salam kak zaitun...

Tq sbb sudi singgah kat blog saya yg tak seberapa tu....kita tukar link?

Zaitun said...

3E

Sama-sama.Ok kita tukar link

NURAZZAH8 said...

salam Kak Zaitun,

salam perkenalan...saya duduk di Shah Alam juga...saya juga baru berminat nak mengumpul barang2 lama/antik dari mak dan arwah nenek... sekarang tgh mengumpul pinggan mangkuk lama...

perkataan 'kabut' tu sebenarnya berasal dari perkataan Inggeris, iaitu 'car boot sale' .... ini mengikut stail di US dan UK sana..kadang2 di namakan juga 'flea market' macam kat Amcorp Mall tu ... mereka jual barangan terpakai/used di car boot mereka ... sebab tu dinamakan 'car boot sale'...tapi bila lidah Melayu sebut ... jadi 'kabut' pulak... nak tergelak pun ada... hehehe...

silalah berkunjung ke blog nostalgia lama saya :

http://www.nostalgialama.blogspot.com

Azzah8

Zaitun said...

nurazzah8

Terima kasih sudi singgah.

Kak Zai dah lama simpan barang2 tu,bila tengok sekarang dah ramai orang kumpul barang antik terasa nak tambah koleksi.