Minggu ni minggu demam, baru aje anak perempuan sembuh adiknya pula demam.Belum pun adik sembuh sepenuhnya saya pula demam. Semua sendi2 sakit. Badan sekejap sejuk sekejap panas.Pakai baju dan selimut tebal masih sejuk. Selepas 2 hari makan ubat panas badan mula berkurangan.
Hari sabtu pukul 9 pagi saya ,my hubby, 2 anak perempuan dan seorang kawan anak bertolak ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pertunangan dan doa selamat kawan karib mereka. Kedua2 majlis ini diadakan serentak untuk orang yang sama kerana bulan depan beliau akan berlepas ke Uk untuk melanjutkan pelajaran.
Semua ahli keluarganya amat mesra walaupun baru pertama kali bersua.
Kami dijamu dengan makanan yang enak, dan dilayan dengan baik sekali. Selesai makan rombongan lelaki pun sampai dan majlis pun dilangsungkan.Cantik hantarannya terutama hantaran dari pihak perempuan yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan. Selesai semuanya kami pun minta diri untuk pulang.
Semasa menyusuri jalan my hubby terpandang papan tanda Sri Iskandar. Ia teringat kepada seorang sahabat yang dah lama tak dikunjungi.My hubby cuba menghubungi dan kami diajak singgah kerumahnya.Banyak isu yang dibincangkang,maklumlah dah lama tak berjumpa. Dekat maghrib baru kami bertolak keKl.
Besoknya sekali lagi kami meyusuri jalan raya untuk menghantar anak saya ke Melaka kerana cutinya telah habis...
Sambil menyelam minum air.Dalam keadaan badan yang kurang sihat dapat juga pergi berjalan2 & ziarah kawan lama.
Jumpa dilain n3...
4 comments:
Salam.
Sekarang kalau sebut demam....memang risau! Banyak2 minum air masak, yeeeee.....:)
Salam,
Kat rumah ni bulan lepas je 2 anak demam , balik berjalan ni setakat ni okay je semua, harap2 tak de lah yang demam.Masa di KK 10 sekolah tutup sebab H1N1 .
aint-super-woman
air 100plus pun elok selain air masak.
silversarina
Harap2 semuanya ok.Risau sangat kalau anak2 sakit.
Post a Comment