Wednesday, August 19, 2009

Azam

Ramadhan datang lagi...

Para ibu dan isteri terutamanya yang full time dok rumah lebih sibuk dari ibu/isteri yang bekerja. Merancang nak buat apa, nak masak apa dan macam2 lagi. Saya dan hubby dah buat kata sepakat tahun ni tak nak buat pembaziran. Masak seadanya kalau beli pun tak banyak2 tak nak ikut nafsu boleh percaya ke? terutamanya my hubby yang suka singgah di bazar Ramadhan.

Sebelum ni ada juga berbuka puasa kat luar terutamanya kalau anak2 semua ada tapi tahun ni rasa nak cut downlah mugkin sekali aje, kalau tak keluar langsung merajuk pula nanti, hish... susah juga anak2 dah besar ya. Apa2 pun saya berharap dapatlah kekalkan azam untuk tidak membazir dibulan Ramadhan ni insyaallah...

Kepada blogger2 yang mengenali saya atau sesiapa yang terbaca blog saya diucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan kalau ada kesilapan di dalam penulisan saya harap dimaaf kan. Semuga kita semua mendapat taufik dan hidayahnya, amin.

4 comments:

silversarina said...

Selamat menyambut Ramadan buat akak dan family.

Tahun ni rasanya payah nak jimat sebab ni first time anak2 saya sempat berpuasa bersama selepas beberapa tahun ( sofie since 2003 , maya since 2006 tak berpuasa bersama) , mesti nak buat/beli juadah apa yang mereka mahu/suka.Tahun ni Sofie dapat puasa 3 minggu di sini dan Maya dapat puasa 2 minggu di sini .

Zaitun said...

Silversarina

Terima kasih,selamat berpuasa juga buat Rina sekeluarga.

Seronoknya dapat berpuasa dengan anak2,betul kata Rina kalau ada anak2 memang lebih berbelanja tambahan pula dah lama tak bersama.Akak pun pernah berpuasa tanpa suami[bertugas di selatan]weekend baru bersama bila balik masak penuh meja.

aint-super-woman said...

Saya pula mungkin boleh berjimat kot. Sebab anak2 semua tak balik. Tinggal bertiga je. Lepas tu selalunya hubby dan anak suka berbuka di surau depan rumah kami ni....saya makan sorang je kat rumah......sahur pulak no blem. Sedia utk anak je, kami berdua dah janji nak makan kurma je. hehehe

Selamat berpuasa utk akak sekeluarga dan maaf zahir dan batin. :)

Zaitun said...

aint-super-woman

Selamat berpuasa juga pada aint dan keluarga.Wah untungnya rumah dekat dengan surau tak payah berlari2 mengejar waktu...Kalau hubby akak walaupun dia kesurau mesti nak makan kat rumah juga.