Tuesday, January 5, 2010

Karenah anak-Anak

Lama tak mengetuk keyboard, terasa rindu la pula. Sibuk sedikit dengan menghadiri kenduri kendara, melawat saudara mara dan sebagainya. Dah masuk tahun baru, saya nak kongsi satu rahsia dengan kawan2 dialam maya. Tahun ini genaplah 10 tahun saya memakai tudung, satu2nya syarat nak jadi muslimah yang mengikut hukum syarak, setiap wanita diwajibkan menutup aurat. Mungkin agak terlambat buat saya tapi sekurang2nya dapat saya laksanakan tanpa paksaan dari sesiapa.

Baru2 ni saya ke shopping kompleks bersama anak2, sampai kesebuah kedai yang menjual pakaian ( ES....) saya terus masuk...

Kakak: mama nak beli apa?

Mama: saja nak tengok2.

Saya pun sengaja menjauhkan diri dari kakak. Dari jauh saya lihat dia pergi kesatu sudut mencari dan memilih baju2 yang bergantungan. Saya perhatikan dia minat pada satu baju berwarna merah ,belek habis2an lalu saya dekati dan bertanya

Mama: kakak minat ke?

kakak: takde lah...mahal.

Mama: kalau dah suka ambik lah, mama belanja.

Kakak: hee jangan ma...harga dia boleh buat belanja akak berminggu2.

Saya perhatikan tangan dia masih membelek baju tu.

Saya panggil salesgirl suruh ambilkan saiz dia, masih menolak konon harganya telalu mahal. Bila salesgirl datang setelah mencari tak ada pula saiznya. Walaupun kakak beria2 menolak tapi saya tahu hatinya hampa. Dari dulu setelah dia mengenal memilih pakaian dia sentiasa akan mencari baju2 yang ada brand. Tapi tidak sekarang, dia dah berubah setelah merantau dan tinggal bersendirian. Saya pernah cederakan bibirnya ( secara tak sengaja ) disebuah kompleks gara2 dia menolak untuk mencuba baju yang tak ada brand. Peristiwa ni berlaku semasa dia disekolah rendah lagi. Kalau dia mencari baju dia akan pastikan stokin dan topinya mesti sedondon. Setiap baju mesti ada stokin dan topi, ini adalah keperluan yang mesti ada.


Satu lagi perangainya dia amat memilih kawan, dari sekolah tadika dia cuma berkawan dengan seorang budak yang baru balik dari luar negara yang tak tahu cakap melayu. Lepastu disekolah rendah ada 2 orang dan disekolah menengah 4 orang, kekal hingga sekarang walaupun ada yang dah keluar negara untuk melanjutkan pelajaran. Pernah semasa tingkatan 3 guru classnya meminta ibu n bapa datang kesekolah kerana dia tak mahu bercampur dengan murid2 lain. Tapi sekarang alhamdulillah dia dah pandai berkawan dengan ramai orang.


Perangai adik berbeza sedikit kalau beli pakaian tak kira ada brand atau tidak janji cantik bila dipakai. Tapi kalau dia dah nak benda tu tak kira apa alasan mesti beli. Satu yang saya banggakan tentang adik, dia merupakan anak yang sensitive tentang aurat. Sekembalinya kami dari mengerjakan umrah dia sentiasa bertudung, cuma satu yang agak susah bila bawa dia pergi makan diluar atau pergi kerumah orang. Terlalu cerewet bab kebersihan terutamanya kalau bawa kekampung yang masih kurang keperluan sanggup tak masuk rumah dan tak makan walaupun dia teramat lapar. Adik pandai berkawan tak kira siapa saja tapi saya buat peraturan cuma berkawan dengan orang yang minat belajar, tak dibenarkan keluar rumah tanpa tujuan sebab terlalu ramah orangnya.


Abang sulung amat mudah, dia dah lama berdikari langsung tak banyak karenah, tambahan pula hidup di perantauan semuanya buat sendiri. Sifatnya amat penyayang dan setiap tahun kami akan berkumpul.


Abang kedua lagi sempoi, t.shirt dan jean sudah cukup untuk di pakainya walau kemana dia pergi. Kalau dia beli jeans memang saya tak suka sebab warnanya macam setahun tak dibasuh, kelabu asap. Pernah saya sarankan supaya memakai kemeja biar nampak kemas tapi dia menolak macam ahli koporat itulah jawapannya.

Walaupun anak2 punya karenah mereka tersendiri tapi saya bahagia sekali, kalau berkumpul terasa hilang keperitan semasa membela mereka ketika kecik2 dulu. Mudah2an mereka akan menjadi anak2 yang baik dan tahu menghargai ibu bapa.

2 comments:

azieazah said...

Begitulah anak-anak kan? Seronok mengenang kembali telatah dan kerenah depa dari kecik hingga sekarang...

Ada yang kekal begitu, ada yang berubah mengikut masa..

Cuma saya tertanya-tanya tentang anak Kak ZAI yang kedua yang agak cerewet. Sebab cerewet ni ada kalanya bagus, kan? Adakala nya pula menjadi susah kepada orang lain..

Maaf, sekadar pendapat peribadi..
Sebab kakak ipar saya sorang pun begitu, cerewet tak suka masuk kampung, tak suka makanan kampung, tak mandi perigi... sehingga bagi setengah2 orang yang tidak faham.. akan melihat dia sebagai sombong dan angkuh pula...

Zaitun said...

azieazah


Memang adakalanya susah,segan dengan orang takut dikatakan sombong tapi nak buat macamana.Kak Zai cuba nasihatkan dia jangan jadi terlalu cerewet.Anak2 kak Zai jarang balik kekampung sebab rumah dikampung dah tak ada penghuni manakala sebelah baba dia memang tinggal dalam pekan.