Tugas my hubby sibuk semula, terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam masa 2 bulan. Kalau nak ikutkan taklah jauh mana pun cuma kat Bandar Muadzam Shah aje tapi dah lama dia tinggalkan rutin tu, terasa janggal sikit. Sebelum ni kerja2 pejabat dilakukan dirumah saja cuma kalau ada meeting, jumpa client atau nak tandatangan cek baru dia kepejabat. Masa kami bersama memang banyak. Kalau saya perlukan apa2 saja hubby pasti bantu tapi bila dia tak ada terasa kekok buat kerja sorang2. Sekarang ni rasa sunyi sangat nasib baik buat masa ni ada abang no 2 tapi dia pun malam baru ada kat rumah.
Kalau dulu prinsip kami anak tak boleh tidur dengan parents tapi sekarang saya dah langgar peraturan sebab terasa sunyi dan satu lagi menjimatkan duit electric tak payah pasang aircond semua bilik. Ingat lagi masa dulu2 lepas saja melahirkan anak keluar dari wad hubby dah sediakan babycot. Disitulah baby kami tidur sampai umur 1 tahun lebih lepas tu akan dipindahkan ke katil sendiri walaupun didalam bilik yang sama. Kalau anak tak sihat tidurkan dulu di katil kami selepas itu dialihkan ke katil anak semula.Tapi sekarang kami dah mula longgarkan peraturan mungkin sebab terasa rindu bila anak2 dah berjauhan. Melalut sikit.
Berbalik pada tugas hubby tadi walau pun dia disana untuk jangka masa 2 bulan tapi menurutnya dia akan balik weekend. Dulu masa dia bertugas di Johor selama 2 tahun dia menyewa rumah yang fully furnished. Sesekali kami datang adalah tempat tinggal yang selesa tapi kali ni dia cuma menyewa resort, senang katanya tak payah nak kemas, nak makan minum pun tak susah.
Kalau dulu saya sibuk bekerja sampai tak sedar masa berlalu, pagi keluar rumah petang dan kadang2 malam baru balik, tak terasa sangat hubby tak ada tapi sekarang berbeza sangat. Masa saya banyak dirumah itu yang membuatkan saya terasa sunyi. Faktor umur juga mempengaruhi maklumlah dah berumur macam ni mana boleh ditinggal2kan. Saya cakap dengan hubby kalaulah kita banyak duit saya nak hubby tak payah buat apa2 kerja duduk rumah temankan saya dan lepastu kita jalan2 round the world.Tapi pendapat hubby pula berlainan kalau pun dia dah bersara dia akan tetap lakukan kerja yang sama cuma dia tak payah buat kerja2 pejabat sekali sekala datang melawat bak kata orang buat busines jadi sleeping partner. Agaknya orang lelaki ni tak suka duduk diam saja walaupun mereka dah punya duit yang banyak. Entah... terpulanglah, lain orang lain kehendaknya .
8 comments:
berjauhan memang tak menyeronokkan tapi kadang2 keadaan memaksa. Semoga kak zai dapat mengatasinya, insyAllah.
zai
berjauhan tu memang lah sunyi tapi sekali sekala balik tu rasa macam pengantin baru pulak..itu lah secret nya! hahahaha
Kak ZAI... sekali sekala pergi lah melawat tempat2 yang boleh Kak Zai buat kerja... jadi sukarelawan ker..
atau spend time 2-3 jam kat rumah anak yatim ker, kat rumah orang tua-tua kerr...
Orang lelaki kalu asik dok rumah saja, nanti depa jadi bingung. Saya pun suka keluar bekerja kalu dah tua (agaknya ler), sbb kalu duduk rumah saja, rasa cepat letih...
kak zai,
dah kak zai tak kerja, ikutlah hubby sekali-sekali... taklah sama-sama sunyi.
aintsuperwoman
macam tu lah Fa dah terpaksa,insyaAllah kak Zai ok cuma terasa sebab dah lama tak ditinggalkan.
Kak Ezza@makcik Blogger
Pengantin baru ke?dah tua dah tapi mungkin sayang dan rindu tu berlebih sebab sesekali balik.
azieazah
Ada juga hati nak buat kerja2 macam tu lagi pun rumah anak yatim ada kat tempat tinggal kak Zai.
Haah la azie mana ada orang lelaki nak terperap aje kat rumah tentu rimaskan.
Ibu n Abah
Kak Zai tak dapat nak ikut hubby sebab anak kak Zai yang bongsu masih sekolah lainlah kalau ada cuti panjang.
salam kenal..
takpe sesekali berjauhan di alam nyata ini..tak seperti saya yg berjauhan selamanya..
Idalara
T.kasih sudi singgah
Syukur walaupun kak Zai berjauhan tapi tiap2 hari berhubung taklah terasa sangat.
Buat Idalara harap banyak bersabar dan dekatkan diri kepada Allah.
Salam!
Ada setengah2 prinsip keluarga kena longgarkan! Apa yg penting ialah saling redha dgn cara yg paling baik seperti Firman Allah Taala dalam Surah AlBaqarah:222
Post a Comment