Thursday, January 14, 2010

Buah Kelubi N Pokok Tali Kasut

buah kelubi yang dibawa dari Pahang

sedap setelah dibuat jeruk


Buah ni orang panggil buah kelubi tapi selalunya orang beli setelah dijadikan jeruk. Pokoknya macam pokok kelapa bali kalau saya tak silaplah sebab masa saya kecik2 dulu saya selalu pergi kerumah mak saudara (sekampung dengan Mazidul pengacara tv3). Buah ni banyak terdapat disana sebab hutannya yang agak tebal. Kalau sesiapa pernah makan buah ni rasanya amatlah masam dan kelat tapi bagi penggemar benda2 masam macam saya ni tak jadi masalah. Saya masih ingat lagi sepupu saya akan buat kicap dicampur dengan gula , garam dan cili lepas tu dicicah dengan buah ini huish sedapnya boleh buat air liur meleleh tapi ada setengah orang tu sampai pejam2 mata masa makannya itu tandanya buah ni terlalu masam. Kalau di Kl payah nak dapat yang fresh kebetulan semalam my hubby bawa dari Muadzam Shah orang asli jual kat tepi jalan harga pun sangatlah murah.


boleh dibuat tali kasut


ada rasa apa2 tak kalau ditengok lama2?

Satu lagi my hubby bawa pokok ni, dia dipanggil tali kasut, kan macam tali kasut panjang berjurai. Saya tak tahu sama ada boleh percaya atau tidak setengah orang cakap pokok ni ada penunggu, orang halus suka main sebab dia berjurai2. Selalunya pokok ni hidup didalam hutan tebal dan menumpang hidup pada pokok2 yang besar. Dulu saya pernah ada pokok ni tapi tak pernah pula nampak atau dengar benda ganjil berlaku. Mungkin sebab saya tak pandai cara penjagaannya akhirnya dia mati. Lepas tu tak berani beli lagi selepas macam2 cerita saya dengar.Tapi menurut my hubby apa2 pun kalau kita buat tak elok akan jadi tak elok pada kita. Entahlah saya pun tak tahu, setiap apa yang Allah jadikan mesti ada keistimewaannya.

7 comments:

FaAtip said...

kak zai!!!!! pagi2 fa dah meleleh air liur niiii...srrrpppp...masamnya......

Ibu n Abah said...

kak zai,
pagi2 dah teringat jeruk kelubi...masa kecik2 dulu suka beli....
tapi sekarang tak teringin dah...
tapi....
harus nak cuba lagi....

azieazah said...

Jeruk Kelubi antara jeruk pilihan saya...

Zaitun said...

aintsuperwoman

fa,
mehlah sini kak Zai dah buat jeruk tau...


Ibu n Abah

Kak Zai dari dulu sampai sekarang masih hantu asam.


azieazah

Kalau azie pergi Penang lagi macam2 jeruk boleh jumpa.

azieazah said...

Saya biasanya kalu bercuti ke Penang, mesti cari jeruk di CHOWRASTA.. beli yang timbang kati.. rambang mata nak pilih...

amalina said...

salam saya mencari buah kelubi yang belum dibuat jeruk untuk dijadikan ubat untuk nenek boleh saya ingin minta bantuan kalau2 sesiapa boleh tolong saya dan hubungi saya di 03-77708662 amalina

terima kasih

Bagiobagan said...

ada yang tau dimana jual asam kelubi mentahnya,,,
kalo ada tolong kasitau donk,...
trim's.