Koleksi buku2 Sharifah Abu Salem
Satu hari dah habis baca memang tak tangguh. Kalau dapat buku lantaklah kerja lain tak siap, dah kemaruk, kadang2 masak pun tak, suruh aje hubby beli makanan ready made, nasib baik sporting, sayang baba...
Buku ni mengisahkan gadis kota, anak seorang datuk yang terlanjur dengan kekasihnya yang tak bertanggungjawab. Bila dah mengandung datuk nekad untuk menggugurkan kandunganya tapi datin tidak setuju. Datin tidak mahu jadi pembunuh lalu berpakat dengan pembantu rumah yang punya sahabat bekerja di pusat perlindungan. Tanpa pengetahuan datuk mereka melarikan gadis ini pada waktu malam kebetulan datuk berada dirumah kekasihnya.
Datuk mengupah orang2nya untuk mencari anaknya yang bernama Diana. Datin pula teruk dibelasah datuk sebab tak memberitahu dimana Diana disorokkan, akhirnya Datin melarikan diri ke sebuah resort yang tuannya dikenali semasa menghantar Diana ke pusat perlindungan tempohari.
Diana pula cuba menyesuaikan diri dan dia amat tertarik dengan pembelajaran yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah disitu. Dia ingin mendekatkan diri kepada Allah untuk menebus segala dosa yang telah dilakukan.Tanpa disedari dalam diam dia terpaut pada seorang tenaga pengajar.
Dapatkah Diana mencari cinta sejati setelah dia dilukai dan dapatkah Datuk mencari anaknya? kalau nak tahu jawapannya kena belilah buku yang bertajuk AKU CINTA DIA.
Menarik dan boleh dijadikan teladan.
p/s: Ada seseorang yang meminjam buku kesayangan saya yang dibeli di Mekah tajuknya T....C...dah banyak kali diingatkan tapi masih belum dipulangkan .Harap kalau terbaca n3 saya ini tolonglah pulangkan sebab buku itu sangat bererti buat saya.
5 comments:
Ya benar.. hasil tulisan novelis seorang ini memang hebat... ntah apa kabarnya dia sekarang... Dulu dengar dia jatuh sakit sampai tak boleh berjalan langsung...
Selain dia, saya juga minat Samsiah Mohd Noor.. but majoriti, saya suka novelis lelaki.. :D
Selamat membaca novel Kak ZAI
salam,
kusyuk saya baca ingat akak nak cerita sampai habis...huhu.
memang kalau dah baca selagi tak habis sure gelisah .
nampaknya ramai yang tengah membaca novel sekarang ni...fa pulak payah benor nak membaca...kang kalau asyik membaca, siapa nak layan blog2 ni sumer? siapa? haaa...faaa jugakkkk...
hehehe...teringin pulak nak beli buku ni, tajuknya pun boleh tahan.
FA nanti pi ler Pesta Buku Antarabangsa, harga selalunya jatuh merudum time ni...
azieazah
Sakit? patutlah dah lama tak ada novel baru.
Selain dari Sharifah Abu Salem dan novelis cerpen yang lain kak Zai ada juga koleksi buku2 motivasi hasil dari Dr Fadzilah Kamsah,Dr Tuah Iskandar,Habiburrahman El Shirazy,'aidh bin Abdullah Al-Qarni dan yang lain2.Kak Zai memang suka membaca.
silversarina
Kalau kak Zai cerita sampai habis takde la suspen.
Bukan saja gelisah kalau buat kerja pun tonggang langgang.
aintsuperwomen
Fa
Kalau dah kemaruk susah dibuatnya,dah la poket bocor kerja lain pun siap.Kusssyukkk
Post a Comment