Hari Ahad kelmarin pergi kenduri kahwin anak kepada sepupu hubby di Kajang. Kami sampai agak lewat dah terlepas majlis bersanding. Datang terus makan sambil bersembang2 dengan saudara mara yang datang terdahulu dari kami. Meriahlah juga majlisnya, makanan pun ada dua pilihan ada nasi minyak berlaukkan rendang daging, ayam goreng rempah dan ada nasi putih berlaukkan ikan bakar, gulai lemak nenas, pajeri terung dan salad. Selain dari itu ada buah2an dan kuih muih.
Agak lama sebenarnya hubby tak tahu khabar berita sepupu dia ni sebab dia pernah berpisah dengan suaminya selama 10 tahun. Kemudaian mereka bersatu semula dapat satu anak lagi. Saya tak pasti berapa orang anak mereka semuanya. Yang bagusnya selama mereka berpisah sepupu hubby tak pernah kahwin tapi suaminya berkahwin. Dia seorang yang berkerjaya, besarkan anak2 sampailah mereka bersatu semula. Semasa mereka punya 2 orang anak kami pernah kerumah mereka, masa tu mereka tinggal di Keramat dengan emak mertua dia. Masa tu dah nampak ada yang tak kena sebab emak mertuanya kurang menyenangi keluarga dia kalau datang maklumlah bukan tinggal dirumah sendiri. Sejak itu kami tak pernah lagi mengunjungi mereka, hanya berjumpa kalau ada kenduri kendara. Selepas itu kedua orang tuanya pula meninggal dunia kami pun bawa haluan masing2. Sampailah bulan november tempoh hari kami bersua dengan adik lelakinya di rumah kakak ipar saya.
Kami bertemu semasa kakak ipar saya mengadakan kenduri kahwin anaknya, disitulah kami dapat banyak cerita tentang mereka adik beradik. Seorang daripada adiknya telah meninggal dunia secara mengejut dan 2 orang lagi tinggal di Penang. Menurut hubby dulu mereka amat rapat sebab semua rumah berdekatan diantara satu sama lain, kalau ada yang sakit atau kenduri semua keluarganya akan berkumpul dirumah atok mereka dan disitulah juga rumah2 mak dan mak saudara didirikan, tanah atok yang luas menyebabkan semua anak2 tinggal disatu kawasan. Malangnya apabila kebanyakkan orang tua dah meninggal dunia rumah pun ditinggalkan oleh anak2 kerana merantau mencari rezeki. Sesekali kalau kami lalu dikawasan tu rumah2 dah mula reput dan kawasannya dipenuhi semak samun.
6 comments:
kak zai,
seronok kan bila bertemu semula dengan sanak saudara yang dahlama terpisah.. Saya baru dengar berita bapa saudara sepupu sudahpun meninggal dunia tanpa saya berpeluang bertemu. Sekarang sibuk juga saya mencari-cari saudara mara/kawan-kawan yang lama tak berjumpa kerana takmahu terkena lagi bila mereka dah meninggal baru saya nak sibuk mencari-cari...
Salam Kak ZAI,
saya pun faham bila semakin orang tua sudah tiada, semakin jauh terpisah saudara mara.. sepupu ipar..
dan rumah pusaka semakin sepi terbiar.. sayang sungguh..
gitulah agaknya kehidupan..jika tidak dipulihkan hubungan, dicantum kembalik ukhwah.. makin terpisah jauh kita dari kelompok asal...
Ibu n Abah
Zaman sekarang orang semakin sibuk dengan mencari kesenangan dan kadang2 sampai lupa atau tak ada masa untuk menziarahi keluarga apalagi kalau orang2 tua dah tak ada.Kalau berjumpa pun jika ada kenduri,kematian atau pun hari raya.
azieazah
W'salam
Mungkin sibuk mengejar kebendaan sampai lupa dan tak ada masa untuk ziarah menziarahi.Ada juga sesetengah keluarga mengadakan reunion untuk keluarga bagus kalau diamalkan.
kak zai,
pasal sedara mara ni, kitalah yang kena main peranan pada anak2 kita. they all ni takutnya tak kenal sepupu sepapat, mak sedara pak sedara. Masing2 dah sibuk belajar, bila balik kampung, dah tak cam sedara.
aintsuperwoman
Betul Fa,terutamanya kita sebagai ibu tak kiralah sebelah manapun yang penting jangan tunggu hari tertentu baru nak berjumpa.Kak Zai sendiri pun ramai cousin dah terpisah maalumlah dia orang kahwin dengan orang2 berpangkat tinggi,kena buat appointment baru boleh jumpa.
Post a Comment