Jumaat subuh hubby terkejut bila tengok kereta tak ada depan rumah, tengok bilik si abang kosong ini bermakna dia yang pakai kereta tapi kenapa? dia selalu gunakan kereta saya, hubby cuba call.
Baba: mana kereta baba?
Abang: nak ambil kawan kat airport
Baba: jangan lama2
Tunggu sampai pukul 9.00 tak balik lagi hubby dah bersiap nak pergi office, call lagi
Baba: kenapa lambat, baba nak gi office
Abang: tunggu luggage
Baba: cepat sikit
Abang: baba jangan guna kereta mama tunggu sampai abang balik
Boring menunggu hubby pasang tv, phone saya berbunyi, angkat
Saya: hello
Abang: mama tolong buat breakfast lebih
Saya: kenapa?
Abang: kalau boleh roti2 jangan nasi atau mee ya
Saya: hissh budak ni
Saya pun ke dapur buatlah apa yang diminta, dalam hati berkata2 mungkin dia ajak kawannya singgah kat rumah dulu.
10.3o sampai, dia buka pintu cari hubby dan saya suruh tolong ambil barang, nak tak nak ikut ajelah, dia buka pintu belakang ........Ya ALLAH
Anak dan menantu kami balik, air mata bercucuran, berpelukkan dan entah apa2 lagi
Masuk rumah tanya adik, saya kata adik sambung tidur, terus masuk bilik, kejutkan, adik buka mata sekali lagi air mata bercucuran terus dakap abang long dan isteri.
Sangat2 terharu...patutlah 2 hari sebelumnya si kakak bagi tahu nak balik rupa2nya mereka merahsiakan dari kami.
Busy melayan menantu sampai tak sempat memblog. Mungkin bercuti beberapa hari lagi dan insyaallah esok kami akan membawa mereka ke Bukit Merah dan Penang.
Jumpa selepas balik nanti. Bubye.....
5 comments:
kak zai,
selamat bergembira dengan anak menantu...
seronoknya kak zai, dah jumpa anak menantu, lepas tu gi jalan2....
Kak Zai,
sure senyum lebar sampai ke telinga and masih tak berenti senyum kan :-). Saya pun dulu slalu buat surprise bila balik M'sia, tetiba aje dah terjongol depan pintu rumah Mak n Abah. Enjoy your time with htem
Patutlah tengok FB mimi dia kata nak pegi family vacation rupanya memang satu family sungguh ...selamat bercuti dan senyum sokmo kak !!
Ibu n Abah
Terima kasih,Memang enjoy sesangat nak lepaskan rindu.
aintsuperwoman
Memang seronok, terus bincang mana nak pergi,bukan senang nak cukupkan kuota.
lemongrass
Speechless macam mimpi aje kak zai rasa tapi kelam kabut jugala buat persedian terutamanya nak sediakan bilik.Selalunya kalau mereka balik kak Zai yang paling sibuk membuat persediaan.
silversarina
Mimi dengan abang dia yang rahsiakan konon buat surprise.Happy sesangat macam yang selalu Rina rasa bila anak2 balik excited.
Post a Comment