Pagi tadi call jiran yang jahit baju tanya baju dah siap ke, jawapannya mengecewakan hish... geramnya kain dah lama hantar tapi dulukan orang lain, mentang2lah dia orang nak balik kampung.Walaupun kita belum tentu balik tapi siapkanlah dulu, ni tak hari2 dok tanya dah siap ke? tak kuasalah nak menjengok rumah orang hari2. Tension sesangat tambahan pula baju siadik yang nak dijahit manik2. Kalau dulu lainlah mata masih terang boleh jahit dengan cepat tapi sekarang nak masukkan benang dalam jarum pun ambil masa. Sabar ajelah nak buat macamana. Bulan puasa tak baik marah2 bawa bertenang, relax, pujuk hati dan perasaan sendiri.
Dalam pada marah2 tu hati berbunga2 juga tahun ini pecah rekod, saya buat kuih sendiri langsung tak ada yang dioder dari orang.Taklah banyak tapi separuh daripadanya nak diberikan kepada keluarga sebagai gift.Tahun sebelumnya saya bekalkan muffin untuk dibawa pulang. Saya lakukan sebagai menghargai keluarga yang tak pernah jemu mengunjungi kami apalagi kami jarang dapat menziarahi mereka.
Itu bab baju dan kuih yang lain2 macamana, tingkap, kipas ya... bab membersih. Haa ini tugas my hubby, suka sangat buat last minit, mulut dah mula bising member buat dek aje sambil berlalu sempat cakap" nanti abang buatlah".Hai suami, tolonglah fahami perasaan isteri mu ini, pujuk lagi hati ni.. Nak harap siapa pujuk lagi.. tapi tak pe insyaalah hari ini anak saya akan balik kami akan buat gotong royong, gerenti beres huhuhu...
Last but not least saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan2 bloggers dan semua yang mengenali saya. Mohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata.
4 comments:
Kak Zaitun,
Saya dah serik, tahun lepas tak bebaju raya sebab tak siap2. Lepas ni, hantar tempah 2 bulan sebelum raya...hehehehe....
Memang tahun ni saya berniat nak buat kuih raya, tapi nampak gaya postpone tahun depan le kalo panjang umur :)
Assalamualaikum. Selamat berkenalan.
Seronok baca blog zai. Tinggal di selangor, bahagian mana? Akak tinggal di SEksyen 5 BBBangi.
Jika ada kelapangan jemputlah ke blog akak.
http://akak-akak.blogspot.com
aint-super-woman
Kalau kerja last minit ni memang tak memuaskan. Macam melepaskan batuk ditanggalah jawabnya. Ni baru dapat baju, ptg sebelum raya.Nasib tak baik hujan pula tu,aduhhaaii...
hahaha
Ibu n Abah
w'salam,salam kenal kembali.terima kasih kerana sudi singgah.Saya tinggal diPuchong. Jangan bahasakan diri kakak, saya lebih tua.
saya linkkan blog awak ya.
Post a Comment