Friday, September 4, 2009

Beraya Dikampung

Semalam selepas berbuka puasa masih dimeja makan sempat berborak dengan anak yang bongsu kami panggil dia adik, katanya kawan2 dia dah mula bercerita tentang balik kampung ''seronok ada kampung ya ma'' terdiam saya seketika tak tahu nak jawab apa dalam hati memang seronok, suasana hari raya dikampung lebih meriah.Tapi itulah hakikatnya semenjak ayah tinggal dengan anak2 kami adik beradik akan berhari raya mengikut giliran.

Peristiwa 2 kali ayah kemalangan jalan raya [accident motor] membuatkan kami mengambil keputusan untuk tidak membiarkan dia keseorangan lagi. Umurnya pun dah 80th lebih walaupun dia memang kelihatan sihat. Sayang juga bila tengok rumah ditinggalkan begitu saja terlalu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Semua kami adik beradik dilahir dan dibesarkan dirumah itu. Sesekali kalau melalui jalan tu rasa macam nak nangis tengok pokok buah2an yang ditanam arwah mak masih ada. Abang pesan pada jiran2 kalau ada buah2an yang masak mereka boleh ambil atau disedekahkan pada sesiapa yang teringin.


Tahun lepas kami berhari raya dirumah kakak dan tahun ini pula kami akan berkumpul di rumah adik nun diutara. Suasana berkumpul dimana pun seronok tapi masaalahnya rumah yang agak kurang selesa tambahan pula anak2 yang dah meningkat remaja. Itulah yang membuatkan kami terpaksa mencari chalet atau rest house untuk menginap. Kalau dikampung walaupun rumahnya tak secantik mana tapi memang cukup untuk anak dan cucu2.

Anda semua macamana masih ada kampung...

9 comments:

aint-super-woman said...

Sayangnya kalau rumah lama dibiarkan kosong. Tapi dah keadaan memaksa, tak boleh buat apa. Kat kampung saya walaupun ada rumah yang ditinggalkan, tapi bila raya semua adik beradik sepakat beraya di rumah tu. Teruklah sikit nak mengemas tapi orang tua mesti happy sebab dapat balik beraya dirumah sendiri...kan?

Sy@M!M! ^ AzM!r@ said...

duet raye Ooo duet raye. hahaha :D

tahun ni raye mode exam. Pas raye baru bole bergumbira.

Zaitun said...

aint-super-woman

Seronoknya kalau masa lalu boleh diterbalikkan.Kacau dodol,buat lemang dan boleh tengok budak2 main meriam buluh.

Zaitun said...

syamimi

duuuit raya... dah lebih umur.kuang-kuang

silversarina said...

Kes samalah macam saya, rumah mak pun dah disewakan kepada orang sebab kalau dibiarkan tak berjaga cepat rosak . Emak dah uzur dan tahun ni ada di rumah kakak di Bota, so, kami akan balik raya di sana. Tulah bila bukan raya di rumah mak sendiri nak balik pun tak nak lama2 , nak balik hari akhir puasa dan balik mungkin 2 raya . Kemeriahan beraya di rumah mak memang akan jadi kenangan buat kami.

tumpang lalu,

Syamimi, kalau ikut orang tionghua selagi belum kawin boleh dapat angpow.. kena bodek lebih tu untuk dapat dit raya ...hehe.

Rantong said...

ayah masih muda ke? cari la jodoh baru utk dia. ada la teman skit..
_______________________
View Profile: Rantong™

Zaitun said...

silversarina


Penat dalam perjalanan belum hilang dah nak balikkan.Nak buat macamana.

Zaitun said...

Rantong

3 tahun selepas emak meninggal kami ada cadangkan ayah kahwin tapi dia tak mahu sekarang umurnya dah 83tahun lebih baik anak2 yang jaga.

Sy@M!M! ^ AzM!r@ said...

makcik ina:

hihihi.Betul2, saya sokong. Ade budaya lain pulak saye pernah dengar, semakin tinggi umur, lagi banyak duit raye boleh dapat.

:D:D:D