Wednesday, September 23, 2009

Dua pemergian

Hari ni saya nak cerita dua pemergian, satu yang gembira dan satu lagi yang sedih. Saya cerita yang gembira dulu ya, malam ni lebih kurang pukul 11.00 malam kawan rapat anak saya akan berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran. Beliau akan berada disana selama 4 tahun. Anak saya mempunyai 3 orang sahabat karib semenjak di tingkatan satu lagi dan masing2 telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, mudah2an apa yang dicita2 akan tercapai insyaalah.


Cerita yang ini pula benda yang tak disangka berlaku, jiran saya semasa tinggal dirumah lama balik kekampung untuk meyambut hari raya bersama keluarga tercinta tapi apa yang terjadi sebaliknya. Hari kedua hari raya, sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari ulang tahun anak [hari lahir jatuh 1st hari raya] tetiba rebah diatas sofa dan menghembuskan nafas yang terakhir. Ayah pergi tanpa pesan di hari umat islam sedang menyambut aidilfitri. Itulah perjanjian kalau dah tiba masanya tak cepat dan lambat walau seminit. Alfatihah buat beliau dan takziah buah keluarga. Kami sempat menziarahi jenazahnya yang dibawa balik dari Sungai Siput [rumah keluarga isteri] ke Kg Gajah [Perak] untuk disemadikan.

Cadangan tak pergi mana2 pada hari raya disebabkan anak akan menghadapi exam tapi itulah kuasa Allah dia lebih mengetahui. Hari ketiga ke Melaka hantar anak balik kampus.

2 comments:

silversarina said...

Al Fatihah buat arwah .

Mak mertua saya meninggal dunia 1 Syawal baru ni, memang tak sangka dia pergi di tengah2 kemeriahan menyambut hariraya, semua telah ditakdirkan.

Zaitun said...

silversarina

Al-Fatihah buat mak mertua Rina juga.Sedih sangat tengok orang yang kita sayang pergi dengan sekelip mata.