Pagi tadi kebetulan lalu depan rumah jiran tengok dia panggil orang betulkan tong sampah . Borak sekejap lepas tu dia tanya samaada Linda yang bersalin hari tu dah bayar pengeras ke belum, saya yang tak tahu apa2 jawab kenapa tak jumpa aje orangnya. Dia pun mungkin serba salah nak bagitahu, saya tengok suami Linda ada dirumah , saya pun ketuk pintu dan beritahu apa yang di minta. Suami Linda (Lan) ajak saya sekali jumpa makcik tu pikirkan apalah salahnya kalau orang dah minta tolong. Saya dan Lan pun kerumah makcik bidan bertanya apa pengeras yang diperlukan. Sebelum tu kami minta maaf dulu sebab lambat dapat tahu.
1-limau (memang biasa orang kita kalau berubat)
2-Garam
3-asam keping
4-jarum
5-sintok (saya tak tahu apa bendanya)
6-duit rm25.25 sen
Setelah dicatat kami pun balik kerumah masing2. Pukul 3 ptg Linda cal kata dah serahkan semua pengeras.
Letak phone saya telan air liur dalam hati berkata lebih senang bersalin kat hospital bila nak keluar wad bagi duit plastik tandatangan lepas tu balik.
22 comments:
kalau ikut kan tak perlu lah bayar pengeras..nama nya pun tolong orang kan..buat apa nak bayar bayar..minta halal saja lah...
kalau ikut kan..orang yang minta pengeras ni macam membela lah laa..lagi baik bersalin hospital jer..apa lagi kalau hospital gomen..bayar rm15 - 30 ringgit jer...
lepas bayar, dapat ubat lagi.
salam ,wah zaman moden ni pun ada org minta pengeras ke?btol gak apa yg kak Ezza cakap tu:)
bahaya juga tu, ada jarum pulak. At least kalau kata kain batik dari Medan ke, tudung dari Pasar Siti Khadijah ke, baju kurung Kedah dari Sg Petani ke, boleh tahan lagiii...hehe
Nasib baik dia tak mintak RM29.99. Hee..fa tak sedap hati la bila ada pengeras lagu tu...kan kak Zai, kan?
KaK Ezza@makcik blogger
Saya pun terkejut gak bila makcik tu minta benda2 ni.Doktor yang tolong potong pusat tu pun tak nak duit lagi pula masa tu dia tengah bertugas.
Takut saya bila Ezza cakap bab membela.Nauzubillah
cikmanggis
W'salam
Pada saya orang2 yang macam ni punya pemikiran yang masih kolot dan mungkin kurang ilmu.
aintsuperwoman
Fa.
Ni lebih kurang macam cerita P.Ramlee pengeras nasi kunyit segala lastnya bukan hantu dia yang makan.
Saya pun bomoh tipu juga...kah3..
Okey, mari kita cuba duduk di tengah-tengah. Tak sokong mana, tapi cuba memahami keadaan.
Bomoh bukan bidan, dan bidan bukan semua bomoh, kan?
Kerja bidan biasanya turun temurun, dan beberapa amalan sudah diwarisi dan menjadi ikutan sekadar pelengkap malah adakala dilihat sebagai adat wpun bukan selalu dipertontonkan. Agak rumit juga bila kita bercakap tentang amalan mereka, tetapi kebanyakan tidaklah bercanggah dengan agama.
Ntah apa patut kita panggil atau sebut, ya? Bila perlunya pengeras itu? Saya melihatnya sebagai suatu pelengkap tugas mereka, dan adat (jika boleh saya sebutkan adat) menjadi ikutan pula. Kalu tak ikut, tak salah pun saya rasa, kan?
Berbaik sangka, saya sendiri pernah terlibat hal-hal sebegini, apa lagi bila bersalin di kampung.
*btw, sintok itu ialah sejenis bahan (macam sabut kelapa kering tu) digunakan biasanya untuk mandi dan digosokkan di badan (macam mandi berlimau juga disebut berlangir). Kedai India (kampung2) ada jual. Saya sendiri mula tak tau, tapi bila selesai pantang, dimandikan dgn bahan itu (termasuk limau) baru saya faham.
Melihat dari sudut kesihatan, tidak bersalahan. Cuma kita kadang2 ragu, kan?
InsyaAllah, jika kita tidak melihat sesuatu itu bercanggah, maka ikutlah mana yang sesuai.
MAAF jika ada fakta yang tidak benar..
Hi Zaitun, you have a nice blog. And wow! You have 4 kids? Bet ada traffic jam in the house bathroom in the mornings? Ha ha.
Have a nice day and keep a song in your heart,Lee.
azieazah
Mungkin disebabkan orang2 kita yang lebih mengikut adat dari hukum hakam yang menjadikan hidup lebih rumit.
Kak Zai bersyukur sebab keluarga kami tidak mengamalkan semua ini even kalau ada yang meninggal pun kami tidak ada kenduri 3,7 40,i00 hari.Bila kami rasa nak buat kami buat begitu juga baca Yassin tak semestinya hanya malam Jumaat.
azieazah
Mungkin disebabkan orang2 kita yang lebih mengikut adat dari hukum hakam yang menjadikan hidup lebih rumit.
Kak Zai bersyukur sebab keluarga kami tidak mengamalkan semua ini even kalau ada yang meninggal pun kami tidak ada kenduri 3,7 40,i00 hari.Bila kami rasa nak buat kami buat begitu juga baca Yassin tak semestinya hanya malam Jumaat.
Uncle Lee
Hello, thanks.
Only 2 in the house,1st son migrate to Uk,3rd study in Malcca.
Cantik anaknya..Alhamdulillah semua berakhir dengan baik..
Thanks sudi singgah..
zureen @ mama
Kak Zai panggil baby "segera".
Sama2 kasih.
Mak aiii. Zaman moden-moden ada lagi benda-benda gini ye?
Abdul Munir Sanusi
Zaman yang berubah tapi ada segelintir orang yang belum berubah.
Betul ke kalau x byar pngeras nnt sakit tu merebak kt tempat lain??
Betul ke klau x byr pengras skit tu mkin skit??
Hmmm...bidan tu slamatkan nyawa anak n ibu.. brg yg dia mintak..utk ibu anak jugak.. nk jaga seri ibu jugak.. perkhidmatan kelas 1 sbb korang men panggil je mak bidan xikot masa.. hahaha... tu la ...agak2nya ilmu apa yg kurang? Budi bahasa atau hukum hakam?
Mak bidan xskolah..mana dia bljar smbut anak? Sian mak bidan...trpaksa bljar mnyambut anak org lain disebabkan gagal menimang anak sndri...
#hormati org2 dahulu yg telah diberi petunjuk (alfatihah_ayat 7)
Hmmm saya pun nk tahu kenapa kena ada pengeras. Kata orang nak elak dari org yg mengurut tu terkena penyakit org yg diurut. Wallahualam.
adat pon ko x belajar btul2 n pahamkan,pndai2 buat knyataan x berapa bijak,haha ulama dan golongan bijak pndai pn ramai kagum ngn adat melayu,nk tau kenapa??belajar la
Kefahaman sy pula .utk mngelakan ianya menjadi tawa....jd pesakit akn sakit smula...jika tidak membayar pengeras...pengeras yg biasa jumpe dikenakan byaran ikut ikhlas hati dgn 25sen itu perlu...jika tak mampu..byr 25sen pon tukang urut atau pengubat akn terima.. dan sedekah pisang emas.
Kefahaman sy pula .utk mngelakan ianya menjadi tawa....jd pesakit akn sakit smula, jika tidak membayar pengeras...pengeras yg biasa jumpe dikenakan byaran ikut ikhlas hati dgn 25sen itu perlu...jika tak mampu..byr 25sen pon tukang urut atau pengubat akn terima.. dan sedekah pisang emas.
Post a Comment