Pagi Sabtu bertolak ke Melaka hantar kakak balik ke kampus setelah bercuti selama seminggu. Lepas tu patah balik masuk tol Simpang Empat, lalu banyak tempat seperti Tampin, Bahau, Sri Jempol, Keratong, Bera, baru sampai Bandar Muadzam Shah. Semua tempat2 ni saya tak pernah pergi dan jalannya pula bengkang bengkok. Dikiri kanan jalan terdapat pokok2 hutan tebal, kalau tak silap selepas Bahau baru jumpa jalan lurus selurus2nya. Memang tak pernah tengok pula jalan sebegini lurus kalau bukan jalan di highway.
Tujuannya nak pergi ikut my hubby pergi ke tempat kerja dia. Sampai Bandar Muadzam Shah singgah minum kat kedai makan di tepi jalan lepas tu teruskan perjalanan nak ke Bukit Ibam. Kami terus pergi ke tempat kerja hubby 14 kilometer dari pekan Ibam. My hubby di tugaskan membina station solar untuk TNB, tempat ni adalah perkampung orang asli. Pertama kali juga saya masuk ke perkampungan Orang Asli, jalan nak ketempat ni agak tinggi sebab pokok2 yang berada di bahu jalan sama tinggi dengan jalanraya. Orang Asli disini masih menggunakan air sungai untuk keperluan seharian, tapi jangan terkejut ada rumah yang ada astro, mungkin mereka menggunakan generator.
Yang membuatkan saya sangat tertarik sebelum sampai ke tempat station tu ada beberapa lombong besi yang masih beroperasi dan bukan hanya besi tapi emas juga terdapat disini. Buktinya lombong yang dah ditinggalkan masih wujud dan airnya sungguh menakjubkan, satu lombong berwarna biru dan satu lagi berwarna hijau.Tapi sayangnya masa saya sampai ke tempat tu hari dah dekat maghrib sebab tu saya tak dapat nak ambil gambar. Selepas my hubby mengarahkan pekerjanya untuk melakukan kerja2 untuk besoknya kami pun balik ke penginapan hubby.
Di Resort EAP ( tempat tinggal hubby) ni uniknya terdapat rumah2 persendirian dan rumah2 untuk disewakan di bina di satu kawasan. Untuk mengenal rumah penduduk di sini ianya ada kata2 motivasi tertulis didepan dinding rumah mereka. Disini juga penduduknya mengamalkan sifat gotong royong. Mereka akan bergotong royang memasak makanan untuk dimakan bersama2. Setiap malam Jumaat diadakan bacaan Yassin dan setiap malam minggu diadakan karoke. Mereka siap membina pentas dan dewan mesyuarat, dan ada gelanggang badminton. Disini juga ada disediakan mandi wap herba dengan bayaran rm20 satu jam. Saya sempat singgah diwarung yang menjual minuman herba dan berkenalan dengan segelintir penduduknya ternyata mereka memang ramah2 belaka. Taukey kedai herba yang dipanggil Pokli menceritakkan pada saya asal nama Ibam ialah I BOUGHT A MOUNTAIN, asalnya orang putih dari Australia yang menjalankan perlombongan besi dan emas disini.
Ditempat ni juga mereka memelihara kambing, lembu, ayam, burung waliq dan pembiakan lebah dan ada juga tanaman pokok gaharu dan pokok buah2an lain. Paling saya terkejut semasa kami melintas di jalan terdapat beberapa ekor babi hutan yang berkeliaran disitu, kata hubby dia banyak kali juga terserempak dengan ayam hutan yang sangat cantik.
Saya sangat2 terharu walaupun mereka tinggal jauh dari bandar tapi sifat kejiranan mereka ternyata amat membanggakan dan anak2 mereka juga berpelajaran tinggi. Salah seorang anak orang Asli mendapat 5p dalam peperiksaan STPM yang baru lalu.
p/s: kalau sesiapa berminat untuk kesana,
4 comments:
salam kak zai,
musim cuti begini, info begini amat membantu.. terima kaseh kak zai...
Ibu n Abah
W'salam,
Kalau nak rasa tempat yang lain sikit bolehlah cuba tapi tak ada swimming pool.Anak kak Zai suka sebab jarang masuk kampung.
salam zai..wah menarik tu,boleh bawa anak-anak yang tak pernah masuk kampung di pendalaman,tentu seronok kan?
Ya lahhh... seronok baca pengalaman Kak ZAI di perkampungan orang asli. Saya sentiasa teringin nak rasai pengalaman mahal begitu..
Cuma, sayang gambar tak banyak..
Post a Comment