Thursday, March 25, 2010

Pengeras

Pagi tadi kebetulan lalu depan rumah jiran tengok dia panggil orang betulkan tong sampah . Borak sekejap lepas tu dia tanya samaada Linda yang bersalin hari tu dah bayar pengeras ke belum, saya yang tak tahu apa2 jawab kenapa tak jumpa aje orangnya. Dia pun mungkin serba salah nak bagitahu, saya tengok suami Linda ada dirumah , saya pun ketuk pintu dan beritahu apa yang di minta. Suami Linda (Lan) ajak saya sekali jumpa makcik tu pikirkan apalah salahnya kalau orang dah minta tolong. Saya dan Lan pun kerumah makcik bidan bertanya apa pengeras yang diperlukan. Sebelum tu kami minta maaf dulu sebab lambat dapat tahu.


1-limau (memang biasa orang kita kalau berubat)

2-Garam

3-asam keping

4-jarum

5-sintok (saya tak tahu apa bendanya)

6-duit rm25.25 sen


Setelah dicatat kami pun balik kerumah masing2. Pukul 3 ptg Linda cal kata dah serahkan semua pengeras.

Letak phone saya telan air liur dalam hati berkata lebih senang bersalin kat hospital bila nak keluar wad bagi duit plastik tandatangan lepas tu balik.

19 comments:

Kak Ezza@makcik Blogger said...

kalau ikut kan tak perlu lah bayar pengeras..nama nya pun tolong orang kan..buat apa nak bayar bayar..minta halal saja lah...

kalau ikut kan..orang yang minta pengeras ni macam membela lah laa..lagi baik bersalin hospital jer..apa lagi kalau hospital gomen..bayar rm15 - 30 ringgit jer...
lepas bayar, dapat ubat lagi.

cikmanggis said...

salam ,wah zaman moden ni pun ada org minta pengeras ke?btol gak apa yg kak Ezza cakap tu:)

aintsuperwoman said...

bahaya juga tu, ada jarum pulak. At least kalau kata kain batik dari Medan ke, tudung dari Pasar Siti Khadijah ke, baju kurung Kedah dari Sg Petani ke, boleh tahan lagiii...hehe

Nasib baik dia tak mintak RM29.99. Hee..fa tak sedap hati la bila ada pengeras lagu tu...kan kak Zai, kan?

Zaitun said...

KaK Ezza@makcik blogger

Saya pun terkejut gak bila makcik tu minta benda2 ni.Doktor yang tolong potong pusat tu pun tak nak duit lagi pula masa tu dia tengah bertugas.

Takut saya bila Ezza cakap bab membela.Nauzubillah

Zaitun said...

cikmanggis

W'salam

Pada saya orang2 yang macam ni punya pemikiran yang masih kolot dan mungkin kurang ilmu.

Zaitun said...

aintsuperwoman

Fa.

Ni lebih kurang macam cerita P.Ramlee pengeras nasi kunyit segala lastnya bukan hantu dia yang makan.

Saya pun bomoh tipu juga...kah3..

azieazah said...

Okey, mari kita cuba duduk di tengah-tengah. Tak sokong mana, tapi cuba memahami keadaan.

Bomoh bukan bidan, dan bidan bukan semua bomoh, kan?

Kerja bidan biasanya turun temurun, dan beberapa amalan sudah diwarisi dan menjadi ikutan sekadar pelengkap malah adakala dilihat sebagai adat wpun bukan selalu dipertontonkan. Agak rumit juga bila kita bercakap tentang amalan mereka, tetapi kebanyakan tidaklah bercanggah dengan agama.

Ntah apa patut kita panggil atau sebut, ya? Bila perlunya pengeras itu? Saya melihatnya sebagai suatu pelengkap tugas mereka, dan adat (jika boleh saya sebutkan adat) menjadi ikutan pula. Kalu tak ikut, tak salah pun saya rasa, kan?

Berbaik sangka, saya sendiri pernah terlibat hal-hal sebegini, apa lagi bila bersalin di kampung.

*btw, sintok itu ialah sejenis bahan (macam sabut kelapa kering tu) digunakan biasanya untuk mandi dan digosokkan di badan (macam mandi berlimau juga disebut berlangir). Kedai India (kampung2) ada jual. Saya sendiri mula tak tau, tapi bila selesai pantang, dimandikan dgn bahan itu (termasuk limau) baru saya faham.

Melihat dari sudut kesihatan, tidak bersalahan. Cuma kita kadang2 ragu, kan?

InsyaAllah, jika kita tidak melihat sesuatu itu bercanggah, maka ikutlah mana yang sesuai.

MAAF jika ada fakta yang tidak benar..

Uncle Lee said...

Hi Zaitun, you have a nice blog. And wow! You have 4 kids? Bet ada traffic jam in the house bathroom in the mornings? Ha ha.
Have a nice day and keep a song in your heart,Lee.

Zaitun said...

azieazah


Mungkin disebabkan orang2 kita yang lebih mengikut adat dari hukum hakam yang menjadikan hidup lebih rumit.

Kak Zai bersyukur sebab keluarga kami tidak mengamalkan semua ini even kalau ada yang meninggal pun kami tidak ada kenduri 3,7 40,i00 hari.Bila kami rasa nak buat kami buat begitu juga baca Yassin tak semestinya hanya malam Jumaat.

Zaitun said...

azieazah


Mungkin disebabkan orang2 kita yang lebih mengikut adat dari hukum hakam yang menjadikan hidup lebih rumit.

Kak Zai bersyukur sebab keluarga kami tidak mengamalkan semua ini even kalau ada yang meninggal pun kami tidak ada kenduri 3,7 40,i00 hari.Bila kami rasa nak buat kami buat begitu juga baca Yassin tak semestinya hanya malam Jumaat.

Zaitun said...

Uncle Lee

Hello, thanks.

Only 2 in the house,1st son migrate to Uk,3rd study in Malcca.

zureen @ mama said...

Cantik anaknya..Alhamdulillah semua berakhir dengan baik..

Thanks sudi singgah..

Zaitun said...

zureen @ mama

Kak Zai panggil baby "segera".

Sama2 kasih.

Abdul Munir Sanusi said...

Mak aiii. Zaman moden-moden ada lagi benda-benda gini ye?

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi


Zaman yang berubah tapi ada segelintir orang yang belum berubah.

Anonymous said...

Betul ke kalau x byar pngeras nnt sakit tu merebak kt tempat lain??

Anonymous said...

Betul ke klau x byr pengras skit tu mkin skit??

Anonymous said...

Hmmm...bidan tu slamatkan nyawa anak n ibu.. brg yg dia mintak..utk ibu anak jugak.. nk jaga seri ibu jugak.. perkhidmatan kelas 1 sbb korang men panggil je mak bidan xikot masa.. hahaha... tu la ...agak2nya ilmu apa yg kurang? Budi bahasa atau hukum hakam?
Mak bidan xskolah..mana dia bljar smbut anak? Sian mak bidan...trpaksa bljar mnyambut anak org lain disebabkan gagal menimang anak sndri...

#hormati org2 dahulu yg telah diberi petunjuk (alfatihah_ayat 7)

Diana said...

Hmmm saya pun nk tahu kenapa kena ada pengeras. Kata orang nak elak dari org yg mengurut tu terkena penyakit org yg diurut. Wallahualam.