Wednesday, March 10, 2010

Cemas n Bidan Terjun

Semalam adalah hari yang sangat2 suspen dan boleh dijadikan sejarah. Pertama kali saya mengendalikan orang yang nak bersalin. Mulanya pagi tu saya sibuk mengejar Kim (arnab) saya yang masuk kehalaman jiran saya Linda namanya.. Kebetulan dia nampak Kim ada dibawah kereta, kami pun bersembang sekejap, sembang pasal bila due dia. Lepas tu saya masukkan Kim kedalam sangkar dia dan saya pun masuk ke rumah, sambung buat kerja, saya teringat nak bagi jelly pada Linda. Saya pun masukkan jelly dalam bekas terus hantar ke rumahnya. Sambung balik buat kerja rumah lepas tu keluar siram pokok. Masa tu lebih kurang pukul 12.30 tengahari.


Tetiba Linda call kata dia sakit, saya pun tutup air terus pergi rumah dia (opposite) aje. Sampai saja dia terus menjerit kata anak dalam kandunganya nak keluar, Linda duduk atas kerusi masih pakai seluar pendek, panik dibuatnya saya cuba hubungi husband dia katanya dia on the way nak balik. Kebetulan my hubby ada kat rumah saya pun berlari panggil. Hubby kata dia nak hantar kehospital tapi Linda kata tak boleh sebab dah keluar. Ada jiran2 yang nampak saya berlari2 mereka pun bertanya, setelah saya ceritakan ramailah yang datang, my hubby pula sibuk menalipon ambulance.


Dalam sibuk2 tu adalah seorang jiran mak dia ada datang dari kampung boleh mengurut tapi tak pernah sambut kelahiran bayi. Dah dalam emergency terpaksa minta makcik tu tolong lakukan. Semasa saya mula datang ke rumah Linda sampailah makcik tu datang Linda masih duduk diatas kerusi sebab dia takut nak baring. Bila makcik dah setuju kami pun baringkan Linda dan makcik kata memang dah keluar kepala. Tak berapa minit kemudian bayi pun lahir tapi makcik tak berani nak potong pusat dan uri pun masih belum keluar. My hubby rupanya pergi ke klinik berdekatan dan datang bersama doktor Cina lelaki terus masuk ke dalam dan potong tali pusat tapi saya tak tahu kenapa dia tak berani keluarkan uri menurutnya bukan bidang dia dan dia tak pernah jadi doktor menyambut kelahiran.


Makcik takut berlaku apa2 dia pun ambil sehelai kain terus ikat dibawah dada katanya untuk menahan uri dari naik keatas. Bila dengar uri naik keatas saya teringat dulu mak saudara saya meninggal dunia berpunca dari uri yang tak keluar. Saya tengok muka linda pucat lepas tu dia pejam mata, saya dan jiran lain sibuk dengan tugas masing2, ada yang lapkan air pada muka dia, ada yang pegang tangan, ada yang mulutnya mengumat ngamit. Dalam keadaan yang sibuk2 tu ambulance pun tiba, Saya rasa macam bernafas semula bila nampak 2 orang nurse dan 2 orang petugas terus masuk ke rumah. Nurse tadi mengeluarkan uri dan apa2 yang patut dilakukan setelah itu Linda dibawa ke hospital.


Sebelum ambulance pergi saya sempat menalipon husband Linda bagitau semuanya dah selamat. 3 hari sebelum kejadian ni Linda dah dimasukkan ke hospital 1 malam tapi tak jadi bersalin. Dia minta balik sebab 2 orang anaknya bersekolah. Tak ada apa2 tanda dia nak melahirkan, masih boleh buat kerja2 rumah dan husband dia pun senang hati bekerja seperti biasa.


Itulah peristiwa yang memang mencemaskan buat saya dan jiran2 tapi alhamdulillah berkat kerjasama semua selamat dan sekarang Linda masih dihospital. Saya belum berjumpa husbandnya sebab dia tak balik ke rumah mungkin dia ada dirumah mak mertuanya. Malam tu saya cakap dengan hubby," kita jadi super hero pulak ya ", my hubby senyum dan dia kata dia nak bayarkan duit pada doktor Cina tu tapi doktor tu tak nak. Seronokkan bila ada dalam kesusahan masing2 membantu walaupun tidak sebangsa.

16 comments:

silversarina said...

Salam,

memang cemas betul , memang akak dan hubby akak superheroes dan hikmah kejadian itu amat besar ,,,, sure ukhuwah di kalangan jiran bertambah akrab InsyaAllah .

Ibu n Abah said...

kak zai,
Tahniah...
dah berjaya menyambut baby.. :-)
Sure jad pengalaman yg manis kan...

zureen @ mama said...

Salam..seronok baca entry yang mendebarkan ni..Pengalaman yg tak ternilai ni..

cikmanggis said...

salam ton..bagusnya jika dapat jiran cam ton ni ..alhamdulillah semuanya ok.saspen baca n3 kali ni

FaAtip said...

tahniah pada kak zai, keluar tak peluh sejuk, kak zai?

Kak Ezza@makcik Blogger said...

Tahniah pada u dan suami serta semua jiran jiran....

Apa yang penting....
KERJASAMA....

Zaitun said...

silversarina

W'salam

Nak tergelak bila semuanya dah selamat.Tak pernah dibuat boleh pula pandai bila dah terdesak.
Harap2 begitulah, bertambah akrab.

Zaitun said...

Ibu n Abah

T.kasih.1st time in my life,sejarah betul.

Zaitun said...

zureen @ mama


W'salam

Berdegap-degup jantung dibuatnya.Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Zaitun said...

cikmanggis

W'salam CM

Alhamdulillah, bila ada kesusahan jiran2 datang membantu.Itulah sifat kejiranan yang patut kita amalkan.

Zaitun said...

aintsuperwoman

T.kasih Fa.
Bukan peluh sejuk tapi rasa nak tercabut jantung dibuatnya tak pernah alami.

Zaitun said...

kak Ezza@makcik blogger

Terima kasih Ezza,

itulah yang kita harapkan dari jiran2. KERJASAMA.

Abdul Munir Sanusi said...

dub dub dub. cuaknya. saya yang nak jadi doktor pun cuak.

Sue @ Nenie said...

Salam..
Akakkkkk...saya baca pun seriau di buatnya..Saya rasa psl uri tu yg diorg takut nak klrkan itu, may be dior takut nanti diorg tak dapt nak pastikan ia akan dpt diklrkan sepenuhnya taua tidak..
Sebab pernah ada kes uri tak klr sepenhnya boleh bawa maut...

Apa-apa pun tahniah saya ucapkan di atas tindakan pantas akak dan kerjasama semua....Semoga semuanya diberkati...Alhamdulillah semua selamat....

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi


Auntie lagi dup dap 1st time pengalaman.

Mesti jadi doktor serba boleh.

Zaitun said...

Sue @ Nenie

Memang panik buat seketika tapi syukur jiran2 tolong.

Dulu mak sedara kak Zai meninggal sebab tak keluar uri.