Hari ini genap 14 tahun umur adik. Tarikh ini ia dilahirkan di Hospital Pusrawi Kl disambut oleh Dr Malik (sekarang bertugas di Ampang Puteri Hospital). Seperti baby lain sihat, berat masa lahir 4 kilo. Selepas 3 hari duduk hospital balik rumah. Habis pantang 44 hari terus serah pada pembantu sebab mama dah sibuk semula dengan bisnes.
baru dilahirkan..
umur 1 tahun...
Umur 9 bulan sentiasa tak sihat berulang alik keklinik dan hospital dan akhirnya doktor kesan hipbonenya tercabut. Bincang dengan doktor apa yang patut dilakukan akhinya buat keputusan operation selepas itu simen jangka masa 6 bulan. Masa ni hanya Allah yang tahu betapa deritanya membela anak kecil yang tak tahu apa2 cuma menangis dan kadang2 mama pun turut menangis (N3 yang lepas dah diceritakan). Mama berkorban jadi surirumah tangga sepenuhnya.
Alhamdulillah selepas itu sihat walaupun masih ada rawatan selanjutnya. Membesar seperti kanak2 lain. Tahap pembelajaran memuaskan selalu dapat hadiah. Keputusan UPSR 4 A 1 B (mathematik) subjek kurang minat.
Umur 10 tahun dah pergi umrah, tempat paling jauh dah ditempuh tapi masa mengandung 5 bulan mama pergi holiday kat UK kendong dalam perut.
di Masjidil Haram..
Pernah menyertai kumpulan Tarian Kebudayaan Negeri Selangor. Masa tu setiap Ahad sibuk menghantar adik untuk belajar menari manakala kakak belajar violin. Semasa Pertabalan Agong DYMM Sultan Mizan adik ada menari di Dataran Merdeka. Malam tu tengok muka adik kat tv 1 camera man focus muka gedebak dan senyum sokmo.
Sebelum hari pertunjukkan seminggu tinggal kat Heritage Hotel dekat Station Keretapi Tanah Melayu. Hari2 buat latihan dan lewat malam baru boleh jumpa itu pun sekejap, mama risau tapi adik happy aje. Salah seorang tenaga pengajar Pak Ngah.
bersama Pak Ngah
Last but not least Happy Birthday to adik semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.Mama n Baba berharap adik berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
HAPPY BIRTHDAY SAYANG, LOTS OF LOVE....
p/s: tunggu baba balik baru pergi makan besar dan beli hadiah.
3 comments:
Happy Birthday to Adik..semoga panjang umur dan diberkati kehidupan olehNya.....Dan membesar serta berjaya sehingga menjadi kebanggaan kedua orang tua juga anak yang solehah
Sue @ Nenie
Amin dan terima kasih atas doa dari Sue.
Post a Comment