Tuesday, March 2, 2010

Bayar Bil

Hari ini saya nak cerita kisah lucu ( lucu ke ?). Hubby minta tolong bayarkan bil api dan air yang memang jarang2 saya lakukan. Nak tak nak buat jugalah bukannya susah sangat lagipun tak jauh dari rumah jalan kaki aje, bagus juga boleh keluarkan peluh. Selalunya kalau jiran pergi bayar bil cerita ramai orang, lama menunggu jadi saya pun pergi waktu petang dekat waktu nak tutup.

Sampai ke Pejabat Pos saya pun terus masuk pergi dekat lokasi nak ambil no dulu, ada huruf A dan B saya pun tekan dua2 sekali sebab tak tahu yang mana satu nak pilih, nak bertanya segan pula. Lepas dapat no saya pergi ketempat menunggu dan ada tempat duduk. Sambil duduk perhati orang yang keluar masuk tetiba nampak ditepi peti tadi ada tertulis A untuk bil manakala B untuk lain2. Dah tahu A dan B untuk apa tapi yang mana satu nak pilih. Saya pun perhatikan tiap2 no yang tertera, apa yang dihulurkan pelanggan kat kaunter yang bertugas. Bila dah tahu nak pilih yang mana satu saya pun peroyok no yang tak digunakan, pandang kiri dan kanan dulu.


Lepas satu no ke satu no tertera di screen sampailah giliran saya, dengan selamba saya keluarkan bil dan duit yang telah dimasukkan hubby kedalam envelope terus saya berikan pada kaunter yang bertugas. Selepas dia mengira 3 kali dia kembalikan not rm50.00" lebih puan "katanya.
Saya ambil dan simpan duit tu, siap semuanya dia kembalikan pada saya bil dan duit lebih dari bayaran, saya pun balik.

Sebelum sampai kat rumah sempat beli pisang goreng kat tepi jalan. Bila dah sampai cal hubby tanya kenapa bagi duit lebih, jawab hubby " kot nak beli air minuman, inikan musim panas". Saya pun gelak sendirian takkanlah nak beli air sampai sebanyak itu. Macam manalah tabiat saya ni tak suka membeli, my hubby yang galakkan. Anyway saya bersyukur dapat hubby yang penyayang dan pemurah, itu yang membuatkan saya saaangat saaayangggggg.......

5 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Auntie, menabung amalan mulia. Keh3.

p/s- Saya ingant auntie beli pisang goreng dengan baki RM50 tadi. Har3

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi


Auntie memang ada tabung ayam untuk simpan duit syiling.

Agaklah nak beli pisang goreng rm50maunya satu taman tak habis makan hehehe...

tajnur said...

Salam!
Nama pun suami isteri, kalau tak ada yg nak ambil berat satu sama lain, siapa lagi? Kalau ada pun, org tak sanggup tolong lama2!

Zaitun said...

tajnur

Sikap tolak ansur, sepakat baru boleh jadi keluarga bahagia.

Tapi kadang2 ada juga suami baik isteri take advantage dan sebaliknya.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...
dulu-dulu biasa gak tolong settlekan bil ni, tapi sejak dah pindah opis ni, nampak gayanya hubby dah kena gi pos opis sendirilah jawabnyaaa