inilah bilik2 penginapan kami
Saturday morning dapat call dari Ucu (adik) anak dia Naqib masuk Subang Jaya Medical Center ( sekarang dikenali sebagai Sime Darby Medical Center ) sebab demam panas. Lepas tu anak kakak pula cal suruh datang bawa pakaian untuk bermalam. Cepat2 saya buat kerja rumah pakat dengan adik naik taxi sebab hubby tak ada, dah biasa pergi ke hospital tu. Tup tap tup tap lepas zohor baru dapat pergi, sampai sana ada Ucu anak beranak. Kasihan tengok Naqib punyalah panas demam dia, dah seminggu rupanya dia demam tak sembuh2. Naqib ni pemain bola sepak PKNS bawah umur 18 tahun.
kat Holiday Villa Hotel
Ashley, Marsya, Azalea
depan: Izani, Erin
tudung purple kakak sulung , sebelahnya mak Temah jiran lama di kampung
Kami pun berkumpulah dalam 4 suite yang memang luas. Selepas solat maghrib kami makan nasi yang dibawa anak buah dari Ipoh, sedap lauk2nya ayam masak kicap, sambal ikan bilis dicampur petai, ikan goreng, sayur kangkung goreng belacan dan daging masak kicap. Memang sedap sebab makan beramai2. Habis makan masing2 buat kerja ada yang buat homework (bawa beg sekolah) ada yang relax, ada yang menonton tv dan ada yang bergosip. Faham2 sajalah bila dah bertemu banyak cerita yang nak dikongsikan. Maksu tidur dihospital menemankan Naqib, ucu dan salah seorang anak buah balik ke shah Alam. Agak lewat malam baru tidur masing2 masuk kebilik tapi saya, adik dan anak buah sambung bergosip lagi, cerita yang dah ditayang pun diulang tayang. Sampai pukul 4 pagi saya surrender dan tertidur. Rupa2nya anak buah dan adik langsung tak tidur semalaman.
Paginya Ucu dan anak buah bawa sarapan yang dibeli untuk kami makan didalam hotel, lagi sekali makan beramai2 ada yang makan nasi lemak, mee goreng, meehoon goreng dan kuih muih. Minumannya adik buat sendiri yang bahannya dibekalkan hotel. Lepas makan masing2 sambung projek sampai lah pukul 12 tghari kami mula bersiap untuk ke hospital. Setelah memunggah segala barang masuk ke dalam boot kereta kami pun check out. Sekejap saja dah sampai hospital duduk sekejap kat lobby lepas tu ada yang nak kesurau untuk solat zohor. Semasa nak menuju ke lobby nampak M.Nasir dengan anaknya tengah beli air yang ada kat tepi bangunan.
Sudah solat kami menuju ke restoren untuk makan tengahari ada yang nak makan pizza dan ada yang nak makan nasi, biasalah kalau kanak2 pilihannya mestilah western food. Habis makan kami naik ketingkat 2 untuk melawat Naqib. Masih lagi panas demamnya, Ucu memanggil ustaz sebab manalah tahu kalau2 masa dia main bola terkena sampuk. Alhamdulillah setelah ustaz membacakan ayat2 suci demamnya berkurangan dan nampak mukanya ceria.
Anak buah yang dari Ipoh terpaksa balik awal sebab Isnin dia mengajar pagi dan anak2nya juga bersekolah pagi. Saya pula dihantar Ucu manakala adik yang datang dari Taiping dengan Kakak pergi ke Shah Alam tidur semalam lagi sebab nak tengok Ucu berangkat ke Qattar (urusan Kerja) pada hari Isnin. Orang kuat Bank E.... sebulan sekali kadang2 lebih mesti pergi keluar negara. Setiap kali ucu balik dari luar negara pasti ada habuan masing2. Syukur dianugerahkan adik beradik yang punya sifat sayang menyayangi diantara satu sama lain.
p/s: Tak sempat nak ambik gambar kat hospital. Semasa saya menulis blog ini Naqib masih lagi di Hospital.
partner saya buat masa ini (Ashley)
Marsya (anak ucu)
Marsya dan Ashley
6 comments:
Wahhh... anak buah demam, tapi mak sedara ada peluang duduk di hotel yang best...
Apapun semoga segera sembuh buat Naqib...
Salam!Puan Zaitun
Ramai juga waris dari Perak datang untuk ziarah! Actually dalam blog maya ni pun mcm satu trend,`genetic pooling` atau secara kebetulan pula mmg inilah wadah yg terbaik utk cetuskan luahan rasa...
kak zai,
kiranya ni sambil melawat orang sakit sambil bersantai la ye! Semoga Naqib cepatlah sembuh ye...
azieazah
Ada yang nak sponser apalagi berlari tak cukup tanah.
T.kasih atas doa.
tajnur
W'salam
Betul tu tak kira dari mana sekali pun tak salah kita berkongsi cerita.
aintsuperwoman
Ha'ah bersantai dengan keluarga, kami jarang dapat bersama sebab tinggal lain2 negeri.
Terima kasih doa dari Fa.
Hello Zaitun, enjoyed looking at the photos here. Very nice.
Nice blog too.
You have a nice day and keep a song in your heart, best regards, Lee.
Uncle Lee
Family gathering once in a blue moon hehehe...
Thank you.
I enjoyed reading some of your n3 and nice song too.
You must be a kaya(rich) man cause everytime friends visiting, you pay all the expenses.
Post a Comment