Sunday, February 7, 2010

Nasi Lemak atau Roti

Sekian lamanya tak membeli sendirik nasi lemak, hari ni terpaksa menapak mencari itu pun disebabkan anak buah hubby datang. Sepanjang jalan ada aje gerai tak tahu nak pilih yang mana satu sebab selalu hubby yang tukang beli. Singgah satu gerai sebab kebetulan ada kenalan sedang membeli.


Balik rumah siadik dah siap set meja dan buat air tunggu anak buah turun bawah. Bila dah ready masing2 makan ada lauk kerang dan ada telur mata kerbau. Bila buka nampak sedap berlapikkan daun pisang. Suap satu sudu tak berapa nak masuk tak menepati tekak yang susah nak makan nasi pagi2. Ambil 2 keping roti sapu butter campur tuna bakar lagi sedap lepas tu ambil 1 keping lagi sapu butter campur marmalade ngap lagi, hirup hot coklat kenyang sesangat. Lunch dah tentu boleh skip.

12 comments:

Ibu n Abah said...

kak zai,
saya ni pantang dengar nasi lemak..
nasi lemak tu tak sedap ker?.. selera kak zai belum nak makan nasi lagi?

tajnur said...

Salam!
Eh, terbalik pulak kite ni Yong Zai. Bagi keme, nasi lemak ni le yg byk mbesorkan teman sehingga dari kecik keme sama2 inchik dgn wan chor keme memasak, mbugkuih mjuwe nasi lemak. Sedap ke idak nasi lemak ni, bergantung pade jenih sambei ikan bilih, jenih belacan dan aweh2nye. Yg sedap mkn pada daun pisang, bila nasi tgh paneh2 mase tu le ditangkop kat daun pisang sampei melechor keluwor aromanya! Gamaknya, lain oghang lain seleranya. Kalo saknika bhn skrg mcm butter ikan tuna dan marmalade keme makan, haghuih keme melugei...

Zaitun said...

Ibu n Abah

Bukan nasi lemak yang tak sedap tapi selera kak Zai susah nak makan nasi pagi2.Kalau dah pukul 11pagi tu baru boleh masuk, maknanya bukan bekfes lagi.

Zaitun said...

tajnur

W'salam yeop

Dulu masa kecik2 saya pun makan nasi lemak juga. Arwah mak akan goreng telor gantikan telor rebus tapi sejak berkahwin suami jarang makan sembarang nasi diwaktu pagi jadi terikut2 dah jadi kebiasaan.Kalau tetamu datang kadang2 ada juga masak nasi lemak tapi makan agak lewat.

aintsuperwoman said...

kak zai,
kalau fa kan, lepeh makan nasi lemak, pekena pulak roti tu haaaa...baru le sedap perut teman ni......hehehe

Abdul Munir Sanusi said...

Nasi lepak berlaukkan paru. meow meow. Memang sodap.

Auntie, cerita boleh jangan letak gambar. Kempunan saya dibuatnya

Zaitun said...

aintsuperwoman

Fa,

Kalau yang masih muda belia bolehlah makan banyak2 tapi kak Zai ni enjin dah lemah kalau makan banyak mengah (Semputtt)

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi


Nasi lemak berlaukkan paru goreng, memang sedap.Tapi sekarang aunty kena elakkan sebab spare part kan banyak kolesterol.Aunty ada darah tinggi(dah lama)dan sekarang doktor nasihatkan kurangkan makan seafood n kekacang uric acid tinggi.

azieazah said...

Sekali sekala memang sedap, tapi kalu kerap sangat jadi tak sedap... Tak sedap untuk badan..

Abdul Munir Sanusi said...

Ya, betul betul betul.

Hari tu saya yang nasihat macam tu juga.

Nikmat badan kena jaga elok-elok.

Zaitun said...

azieazah


Makan juga sekali sekala, nama pun orang melayu mana boleh tak ada dalam carta hehehe..

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi


Cakap doktor kena ikut,nanti siapa yang susah,diri sendiri jugakan...