Cuti Chinese New Year saya ke rumah adik di section 13 Shah Alam. Hubby tak balik so ucu datang ambil saya kebetulan kakak, adik (Ama), dan 2 orang anak buah (Nazuha n Nazwan) datang berkumpul, 22 orang semuanya including maid. Malamnya kami makan dirumah saja sambil sembang2 dan menonton tv. Lepas tu semua lelaki ke Starbuck minum2 sambil bersembang lebih selesa manakala kanak2 ada yang main piano dan kaum ibu pula ada yang bergosip.
Hari kedua kami buat pulut kuning, rendang ayam, cocktail, dan anak buah Fazli n Farez beli roasted chicken. Sebelum makan kami adakan doa selamat sebab Naqib n Nazwan dah sihat dari sakit. Selepas makan ucu n Nazwan masing2 memberi hadiah yang dibawa dari luar negara. Setelah mendapat habuan masing2 kami menonton tv tengok winter olympic game yang sedang berlangsung di Vancouver, Canada. Malamnya pula pergi berkaroke di Plaza Alam Sentral kecuali saya, kakak dan Ama.
6 comments:
seronok sangat kalau dapat gader-gader tak kisahlah dengan kengkawan atau sedara mara, kan? lagi best kalau ada makan2 lagi....
Salam!
Gathering ini memanglah seronok, kita boleh berkumpul ramai2 selain perayaan kita. Masa tulah kita nak himpunkan sanak saudara krn bertahun2 lamanya masing2 sibuk dgn kerjaya dan masalah sendiri. Tentulah byk perkara nak diceritakan lebih2 lagi ompuan, masa tu le nak ... Apa eh, biasanya org perempuan kalau berkumpul?
oohh, cerita anak dewa ker apa tu? best tak jalan ceritanya, kalu boring malas ler maksu nak gi tgk
:)
salam,
memang happening cuti CNY akak, macam2 aktiviti dilakukan bersama sanak-sedara , siap agih-agihkan aktiviti yang mana untuk kaum adam, kaum hawa dan kanak2 , bestnya .
aintsuperwoman
Nama pun gader2 dah tentu ada makan2.Yang seronoknya kak zai tak payah bayar semuanya di sponsored hehehe...
tajnur
W'salam
Selalunya kami akan berkumpul bila ada cuti, sama ada di rumah adik beradik atau di rumah anak2 buah.Favourite ompompuan bergosiplah hahaha....
Mak Su
A'ah cerita anak dewa bagus jugak heronya hensem...
Silversarina
W'salam.
Macam tulah keluarga Kak Zai bila ada cuti buat aktiviti sama2 enjoy sesangat...
Post a Comment