Monday, August 30, 2010

Menjamu Selera

Semalam kami anak beranak berbuka puasa kat Restoren saba di Cyberjaya, kami sampai agak lewat sebab 2 orang anak dan menantu pergi ke Sunway Pyramid. Nasib baik time kami sampai baru nak azan dan saya telah menyediakan buah kurma dan air untuk bekalan. Setelah berbuka kami mengerjakan solat dahulu dan selepas tu baru kami mengoder makanan, mulanya nak makan buffet tapi bila pergi dekat hidangan tengok banyak makanan yang dah habis jadi kami cuma order ala carte sahaja.


Dah memang kebiasaan makanan arab nasinya tentu banyak, percaya atau tidak menantu saya boleh habiskan nasi satu pinggan penuh, sedap katanya. Seorang aje anak lelaki saya makan lamb kabsah rice dan yang lainnya semua makan chicken kabsah rice. Minuman pula ada yang order Barbican dan ada jus buah. Lebih kurang pukul 9 malam kami balik ke rumah dan sambung pula makan dilaman. Saya keluarkan anggur, kuih bakar yang petang sebelum tu saya buat, kerepek dan air jus. Kami makan2 sambil bersembang sampailah kepukul 11 malam.

Sunday, August 29, 2010

and, here it is :D

anak dan menantu

These two guys yang membuatkan hati saya berbunga2 dan perasaan saya sungguh seronok. Semalam mereka telah sampai kerumah untuk berhari raya bersama kami disini. Tak tahu nak gambarkan betapa seronoknya mereka balik lagi setelah 8 bulan balik ke Uk. Tahun lepas masa mereka balik berjanji nak balik bulan December ni dan kami berjanji nak ke Langkawi sempena cuti sekolah tapi tiba2 hati mereka tergerak untuk bersama kami pada hari raya ini. Hantar mesej mengatatakan dah booked ticket tanpa ada perbincangan.

Semalam hubby dan 2 orang adiknya ke Klia untuk menjemput mereka, saya dan sikakak tak pergi sebab masa berbuka dan terasa letih sangat. Bila ditengah jalan hubby call suruh datang ke Mcd untuk bersama2 mereka disana, selepas berbuka dan solat saya pun menyetai mereka di Mcd yang terletak tak jauh dari rumah.

Dah selesai makan kami balik kerumah, anak minta makan nasi berlaukkan asam pedas daging. walaupun dia dah kenyang, sedap katanya tapi menantu saya tak makan. Sebenarnya saya tak tahu mereka datang waktu tu ingat lewat malam sebab kali ni mereka naik kapal terbang Singapore Airline jadi mereka terpaksa transit di sana dulu.

Setelah makan mereka mula mengeluarkan barang2 yang dibawa, ada hadiah untuk adik2, hubby dan yang specialnya untuk saya sempena hari jadi bulan depan. Mungkin saya rasa kebanyakan para ibu suka sangat kalau mendapat hadiah sedemikian rupa. Cantik dan berharga sangat buat saya. anyway thanks to both of you, and ...I LOVE YOU...




Wednesday, August 25, 2010

Berbunga- Bunga




Hati saya berbunga2.....perasaan saya suka sangat......
.
.
.
.
.




.....Nak tahu kenapa ???.....
.
.
.
.
.

......Tuuungguuu....


Saturday, August 21, 2010

Terima Kasih




Jika diizinkan tuhan kali ni bolehlah saya buat lebih sedikit biskut, boleh diagihkan pada keluarga itu pun kalau tangan tak berapa sakit. Sebabnya hubby telah membelikan saya mr menguli yang lebih besar dan power sedikit dari mixer lama (Mr Philip). Masih elok lagi walaupun dah lama digunakan tapi memandangkan mixernya agak kecil berbanding yang baru dibeli.

Yang untungnya beli mixer dapat dengan blender sekali dan harganya pun agak murah jika dibandingkan dengan harga yang pernah saya jumpa. Dah lama nak beli tapi asyik tertangguh. Apa2 pun terima kasih pada hubby dan saya anggap barang ni hadiah hari jadi saya yang jatuh pada bulan depan.

Wednesday, August 18, 2010

Seri Puasa

Lama saya tak mengupdate blog, agak sibuk sikit dengan menguruskan anak yang kurang sihat. Alhamdulillah sakit perut saya dah baik tapi tangan pula bertambah kebas sebab tak makan ubat. Selain cream panas untuk disapu kat tangan yang dibekalkan doktor saya buat kaedah tungku(panaskan batu lepas tu balut dengan kain)tekan2kan kat tangan, malam pula saya balut dengan kain, mulanya bandage tapi susah pula rasanya nak buat kerja, balut saja dengan kain batik lebih mudah dan nampaknya dah berkurangan.

Minggu lepas anak kurang sihat dah pergi klinik tapi tak baik, yang membuat saya risau tengah dia buat solat terawih tiba2 sesak nafas. Saya nak ambik tapi katanya tak payah sebab ada kawan nak balik juga tinggal kat satu taman. Bila dah balik kat rumah saya bawa dia kehospital. Lama juga menunggu sebab selepas diperiksa doktor, ambil darah lepas tu ambil air kencing. Terpaksalah menunggu pula keputusannya. Alhamdulillah tak ada yang serious cuma terdapat jangkitan kuman saja. Kat rumah saya pastikan dia makan ubat mengikut jadual dan dalam beberapa hari dah sihat, sekarang dah pun balik kekampus.

Diawal puasa ni tak macam tahun2 lepas, kalau saya masak mesti makanan banyak yang tak habis, penuh dalam peti ais lebihan makanan kalau nak dibuang sayang pula, itu pun separuh dah dihantar kerumah jiran. Saya tengok blogger macam2 masak bila ditanya pada anak dan hubby dia orang akan cakap masak simple aje sebab tak selera. Pernah hubby beli makanan kat bazar Ramadhan separuh makan yang lainnya tak habis.Yang kelakarnya siadik pergi mengikut kawan kebazar Ramadhan bila balik tak ada apa yang dibeli, bila saya tanya katanya tak ada yang pekenan. My hubby pun hairan macamana orang puasa budak pulak tu tak ada yang teringin kuat betul iman adik, kata baba dia.

Hari ni hubby bawa balik bubur lambok dari Masjid Jamek, Kg Baru. Bubur ni memang terkenal dengan kesedapannya dari dulu lagi, kalau yang ini pasti laku kat rumah saya.Tiap2 tahun mesti luangkan masa untuk kesana. Dulu kalau saya pergi shopping ke Kl, anak beranak ambil bila dapat lebih bagilah kat jiran, memang sedap rasanya. Kalau nak tahu rasanya cubalah .....


bubur lambok Masjid Jamek


Thursday, August 12, 2010

Rindu Solat Terawih Berjemaah.

Dah 2 hari umat Islam berpuasa bermakna dah 2 hari juga saya berpuasa dengan keadaan yang kurang selesa. Saya mengalami gastrik, sebelum ni saya tak pernah ada gastrik. Tak tahu apa puncanya, nak katakan saya makan macam2 tak juga. Walaupun sakit kerja rumah tetap buat itu pun sedaya yang mampu.

Semalam selepas berbuka saya nak ikut hubby pergi masjid buat Solat Terawih, dah siap pakai baju, dah masukkan sejadah kecil dalam beg, sementara menunggu hubby bersiap duduk kat sofa perut bertambah sakit walau pun dah makan, termenung lama kata hubby kalau tak lalu tak payah pergi banyak hari lagi, nanti kalau sakit kat masjid lagi susahkan orang lain. Sedih rasanya sebab tahun2 lepas jarang tinggalkan terawih berjemaah.

Disebabkan tak larat nak Solat Terawih saya gantikan dengan membaca Qur'an dapatlah baca 6 muka surat itu pun dah terasa nak muntah. Rasa nak nangis sebab saya hanya dapat buat solat Fardhu yang lain tak larat nak lakukan, perut menggigit, badan rasa lemah.

Saya cari puncanya kenapa saya jadi begini adakah disebabkan faktor umur tapi orang lain lagi tua dari saya cergas aje, macam2 kerja boleh buat. Adakah disebabkan ubat yang saya makan tapi sebelum puasa tak ada rasa macam ni mungkin sebab perut kosong. Minggu ni saya makan ubat yang diberi doktor untuk menghilangkan kebas tangan, mungkinkah sebab ubat ni dan kalau benar saya tak nak ambil buat sementara waktu. Rasanya kalau tangan kebas tak menjejaskan ibadah yang nak dilakukan berbanding kalau perut sakit dan badan lemah.

Kepada sesiapa diluar sana buatlah ibadah sebanyak mungkin dibulan Ramadhan ini sebab pahalanya akan berlipat ganda.

Monday, August 9, 2010

Bubur Durian... lagi...



Setiap kali musim durian pasti buat masakkan ni, rasanya memang sedap tapi bagi sesetengah orang kalau makan berlebihan akan mendapat penyakit. Kalau di ikutkan buah durian saja dah mengandungi kalestrol yang tinggi, dicampur pula dengan santan, gula dan untuk menyedapkan lagi makanan ni ditambah pula dengan pulut.

Suka tak ???...