Wednesday, February 10, 2010

Sahabat Lama

Isnin malam pukul 8.00 dapat cal dari sahabat lama (Ani) nak datang rumah katanya nak bawa seorang kawan yang dah lama tak jumpa. Bila ditanya siapa katanya rahsia nanti jumpa kat rumah. Tersangatlah curious siapalah agaknya sampai dah malam begini sanggup datang, hari bekerja pula tu.


Terfikir apa nak jamu pada tetamu yang dah lama tak jumpa. Bahan nak masak tak ada, malam begini baru nak pergi kedai hish malasnya lagi pun memang tabiat saya kalau malam jarang memasak. Selalunya kalau hubby ada kami akan bawa tetamu makan kat luar aje. Puas pikir tiba2 terpacul dari mulut adik bagi idea order pizza, yes itulah solutionnya cuma dial ......2525. Begitu mudah sekali. Cemerlang otak adik menyelamatkan kekusutan kepala mama dia hahaha....


Sementara menunggu mereka datang saya set meja, buat air lepas tu saya naik keatas untuk menukar pakaian.Takkan nak jumpa sahabat lama cuma pakai baju kelawar huisshh jangan dibuat macam nak tidur aje. Baru nak keluar dari bilik adik pun bagitau mereka dah sampai. Saya turun terus kesofa alangkah terkejutnya, memang sahabat lama yang sangat2 dirindui selama ini. Kami terputus hubungan selepas dia berpindah keKuantan selepas suaminya meninggal dunia(barah tekak ) .


Adengan berpeluk2an berlangsung beberapa ketika dengan air mata bercucuran. Bukan saja saya merinduinya bahkan anak2 saya juga kerana sebelum ini dia pernah menjaga anak2 saya kalau pembantu rumah saya bercuti atau sebagainya. Nama islamnya Nur'ain ( cina masuk islam) tapi saya panggil kak Yang. Banyak kisah suka duka dia ceritakan pada saya setelah bergelar ibu tunggal. Sambil makan kami tak habis2 berborak tapi masa tak mengizinkan kami berborak lebih lama sebab dah lewat malam dan dia berjanji akan datang lagi dan sudah semestinya akan tinggal lebih lama.


p/s : Kak Yang, thanks for coming and I really-really miss you....

Maaf, terlalu excited sampai lupa nak ambil gambar.

13 comments:

azieazah said...

Wahhh syahdunya suasana tu kan?

Harap2 saya nanti andai ditakdir bertemu kawan2 yang terpisah lama, tidak terlupa untuk snap gambar...

Moment sebegitu kalu ada gambar, lagi seronok mengenang, kan?

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zai...
Alhamdulillah diberikan lagi Allah rezeki dan peluang bertemu sahabat lama...

Ibu n Abah said...

kak zai,
bestnyer jumpa kawan LAMA...

Zaitun said...

azieazah


Memang syahdu tak sangka sangat2.Itu yang membuat kak Zai terkilan tak ada gambar.

Zaitun said...

Sue @ Nenie


W'salam

Syukur sangat2 dapat jumpa.Lama tak ketemu dan kak Zai dah anggap dia macam kakak.

Zaitun said...

Seronok tak terkata (speechless),apa lagi dah tahu dia hidup bahagia dengan anak2.

Zaitun said...

Ibu n Abah

Sorry tak mention nama.Happy sangat jumpa sahabat yang dah dianggap sebahagian dari keluarga.

tajnur said...

Salam!
Bila terbaca kisah Pn Zai, mmglah terharu kalau berjumpa peristiwa seumpama itu. Tentu byk kenangan manis dan pahit ketika bersama2 menjadi dewasa. Tapi, bila tiba masa dan ketika terpaksalah masing2membawa haluan diri kerana mengikut takdir. Yang ptg kita tolong menolong ke arah kebajikan...

silversarina said...

Saya yang baca pun terharu dan boleh bayangkan betapa masing2 merindui pertemuan dahulu . Syukur dapat bertemu kembali walau dalam situasi yang berbeza namun kehangatan persahabatan tetap akak kekal selamanya InsyaAllah .

Zaitun said...

tajnur


Memang banyak kenangan bersama sahabat saya tu. Pernah satu hari anak saya sakit dimasukkan kehospital dia sanggup tunggu sampai kesubuh.

Zaitun said...

silversarina

Kak Zai dah anggap dia macam kakak, bila putus hubungan terasa satu kehilangan. Memang seronok sangat dapat jumpa balik, alhamdulillah.

Mak Su said...

salam kenal, salam ziarah :)

Zaitun said...

Mak Su

W'salam. Terima kasih sudi singgah.