Sunday, February 21, 2010

Rezeki Yang Tak Di Duga








Semalam selepas hantar kakak ke bas stand Shah Alam kami ke Sacc Mall sebab saya nak mencari kain ela nak buat baju untuk hari perkahwinan anak seorang kawan. Sampai kat kedai Euro Moda tengok ada sale, hish langkah kanan betul. Kami tak lama kat situ sebab beli sehelai saja. Lepas tu kami turun kebawah, adik dan hubby ketempat lain sebab hubby nak beli roti dan saya pula berlegar2 didepan kedai saja.


Saya terpandang kat luar ada kereta berwarna hijau dan ramai orang berkumpul, teringin nak tahu lebih jelas terus keluar. Rupanya crew Era, selalu juga terjumpa mereka ni, tapi tak pernah ambil kisah. Tengah tengok2 gelagat mereka saya terdengar soalan yang berbunyi "siapa nama yang terpanjang" dalam hati kalau ada adik tentu nama dia akan naik, tetiba saya dengar suara memanggil terus berlalu tapi saya sempat gamit. Saya suruh adik pergi ke crew Era dan tunjukkan IC, dia yang tak tahu apa2 menurut saja.


Bila mereka mengira angka nama adik terus umumkan ada sesiapa namanya lebih dari 17 angka, tak seorang pun yang mengangkat tangan, oleh itu pemenangnya jatuh kepada adik tapi sebelum tu ada juga yang nakal nak tahu sangat apa nama yang panjang tu. Dengan keadaan yang bising tiba2 menjadi senyap takkala nama diumumkan. Setelah mendapat hadiah kami pun terus berlalu.


Bertuah rupanya nama Siti Syalini Ashley ni, walaupun ada sesetengah orang susah sangat nak menyebut namanya. Memang semua anak2 saya panjang2 namanya dan itu belum lagi disambung dengan nama my hubby. Tapi ada juga masa2 susahnya bila masa exam orang lain dah mula menjawab soalan tapi mereka masih lagi menulis nama.


Balik rumah keluarkan barang dari goodies bag, terdapat sehelai t-shirt, CD, keropok dan bun...

9 comments:

Ibu n Abah said...

slam kak zai,
nama anak saya lebih i huruf saje dari nama anak kak zai... :-)saya pun baru perasan sat ni.. kira huruf namanya... ada 18 huruf..
jika kena siapkan boarding pass.. terasa siksa sangat dgn empat org anak yg namanya panjang-panjang...

silversarina said...

Tahniah buat adik, bertuah mak yang letak nama tu :)

saya pulak kalau boleh nak letak nama terpendek pada anak2 , itu pun tak menjadi , tapi yang lelaki kira pendek lah Zaid dan Izzat , perempuan je panjang sikit . saya serik nama panjang sebab nama saya panjang :)

Abdul Munir Sanusi said...

Pergh auntie, nama anak auntie macam orang putih. Ada sipi-sipi nama pemain bola. Heh.


Btw, kalau saya ada anak nak bagi satu kalimah je kot. Macam Hadeel, Hanan, Amani dan lain-lain. Macam nama arab.

p/s- berangan. Kawen pun tak lagi. keh3.

Zaitun said...

Ibu n Abah


W'salam

Huish lagi panjang,siapa namanya? ada susah dan senangnya nama panjang ni kan.

Zaitun said...

silversarina


Itula dulu tak terfikir buat nama anak2 pendek, susah nak menyebutnya mungkin tunggu buat nama cucu2 kot entah bilalah agaknya....

Zaitun said...

Abdul Munir Sanusi

Masa auntie mengandung 5 bulan auntie pergi ke Uk,lepas tu ada seseorang minta kalau baby girl lahir dia nak namakan Ashley tapi auntie tambah nama melayu sikit.

Sedap nama2 yang disediakan nanti bila dah ada calon tak payah pikir nak buat nama apa2 lagi.

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Zai...
Wahhhh Tahniah.....Rezeki tuuu

azieazah said...

Tahniahhh...

sedap nyer nama... bertuah plak tu.

orang dulu2 nama ALI, ABU, MINAH.. klasik.

Zaitun said...

Sue @ Nenie

W'salam

T.kasih.Itulah rezeki selalu tak ambil kisah kalau ramai orang berkumpul tapi kali ni menyibuk pula.





azieazah

Terima kasih.Nama tu nama campuran.Orang dulu2 buat nama anak ikut sedap dimulut.