Friday, February 26, 2010

Pertunangan n Muhasabah Diri

Anak buah hubby datang rumah comfirm tarikh pertunangannya. Lega rasanya, pernah bercinta bertahun2 dengan seorang doktor akhirnya kecundang, tetiba berkawan pula dengan orang Terengganu seorang jurutera terus buat keputusan lagi pun sama2 dah meninggkat usia. Setelah berbicang apa2 yang patut dia pun minta diri pulang. Kedua ibubapanya (ibunya kakak hubby) telah meninggal dunia itulah sebabnya segala perancangan akan dibincang dengan my hubby.





Dalam kepala dah fikir pasal baju terlambat sedikit sebab baru minggu lepas dah beli baju untuk perkahwinan anak kawan, kalau tahu awal boleh beli sekali gus. Saya pun berkata dengan hubby bila balik Kl minggu depan saya nak pergi ke SACC Mall. Saya suarakan pada hubby ingin nak buat baju sedondon tapi respond yang hubby beri cukup mengejutkan. Setelah hampir 27 tahun bersama tak pernah dia mengatakan tidak apabila saya nak membeli baju tapi kali ni tiba2 dia berkata "semestinya ke kalau setiap function mesti pakai baju baru", mulanya speechlees tapi terus saya jawab, "Kalau nak kelihatan cantik tak salah apa" (pinjam ayat Fa). Tapi hubby jawab lagi "tak semestinya yang baru dan specific kedai, tak jemu ke bau kedai Pakistan tu ", lagi bengkak dada, telinga pun naik macam telinga Kim (rabbit saya ) marah sesangat.





Lepas bersoal jawab tu saya terus buat kerja tak tegur hubby sampai hari ke2, merajuklah konon. Tapi mana boleh tak tegur lama2 tambah pula besoknya hubby nak balik ke tempat kerja semula. Masa dia nak balik salam cium2 dah semestinya tapi dalam hati marah juga. 4 jam setelah hubby bertolak saya terima sms, "nanti bila abang balik kita pergi beli, sedondon ok"). Bila baca terasa hiba air mata berguguran...





Selama 2 hari saya muhasabah diri, memang benar apa yang di suarakan my hubby. Masa belum ada Gulattis kat SACC Mall terpaksa pergi ke Kl hanya untuk membeli kain ela sahaja. Lepas tu kalau keluar pergi berjalan selalu pakai seluar dan blouse saja. Saya masuk kebilik buka almari tengok baju saya yang bergantungan dan ada baju yang saya pakai hanya beberapa kali sahaja, ternyata saya melakukan pembaziran. Istilah pembaziran disini bukanlah dibuang tapi bila saya rasa tak cantik saya akan berikan pada adik atau sesiapa dalam keluarga yang berminat. Itu tak termasuk tudung yang saya beli tak pernah digunakan.


Pernah beberapa kali saya dan anak2 pergi shopping main ambil saja apa yang saya nak tak kira perlu atau pun tidak dan pernah sikakak menyatakan "cuba mama kata it's not neccessary" tapi saya tak pernah indahkan. Saya berharap dengan teguran my hubby saya akan berubah, mudah2an saya dapat mengawal nafsu yang tak patut di diikut.

p/s: kawasan larangan handbag.

8 comments:

silversarina said...

salam maulud nabi buat akak.

mula2 nak senyum dan sedikit ketawa sebab gelihati pulak tau akak merajuk dengan hubby akak pasal baju sedondon , nasib baik dah tak merajuk sebab nanti hilang manis tau :)

bab pakaian ni memang sebenarnya kita ni banyak membazir, tak kata akaklah, saya sendiri pun macam tu tapi buat beberapa bulan dah saya tak beli baju baru dah sebab terasa pembazirannya bila lihat baju bergantung dalam almari tak berusik sekian lama . Tapi kan, kalau majlis tu majlis yang besar macam kawin ke , saya rasa memang elok juga dibuat baju baru ., nak-nak akak dan hubby sebagai host nya nanti , kalau tunang tu cukup kalau akak pakai baju yang hanya dua tiga kali telah dipakai ... itu pendapat saya .

xorry panjang bebelnya hari ni ...hehehe.

Ibu n Abah said...

Kak zai,
nak komen... takut tersalah ayat pulak... jangan marah yer..
cuma nak sampaikan...
bukankan membazir itu tidak baik...
Hanya majlis bertunang... baju yg ada pun memadai. Yang penting majlis pernikahan (sure jadi).

tajnur said...

Salam! Pn Zai,
Saya bknlah nak mengeruhkan suasana, tapi sayalah org pertama yg setuju dgn tindakan suami Pn.Zai. Apalah erti kemeriahan jika kita terpaksa membazirkan wang dan masa yg byk atas sesuatu perkara yg bkn keutaman. Maaf, alokasi penggunaan wang lebih baik kita gunakan kearah perkara yg lebih baik supaya menambahkan keberkatan dlm hubungan dan rumahtangga. Walaupun kita byk wang, tetapi wang tu sebenarnya bukanlah kepunyaan kita sebaliknya merupakan amanah saja dimana kita pasti akan ditanya nanti setiap wang yg kita telah belanjakan! Wallahualam...

Zaitun said...

silversarina

Merajuk orang tua,anak2 pun ketawa.Konon bila jadi host naklah melaram habis.

Kak Zai pun dah pikir buat apa membazir cuma bertunang, baju yang ada pun masih banyak boleh dipakai.

Zaitun said...

Ibu n Abah

Betul kata Rahmah kalau setakat bertunang tak payahlah baju baru yang penting majlis berjalan lancar.

Nikah nanti nak tempah kat Rizalman kot hehehe ,gurauuu.tak mampuuu...

Zaitun said...

tajnur

W'salam

Saya tak anggap pendapat saudara mengeruhkan suasana malahan apa yang diperkatakan memang ada logiknya.Buat apa kita membazir sedangkan banyak lagi perkara yang boleh kita pikirkan.

Dah namanya pompuan susah nak buang bab melaram ni.

azieazah said...

Pada pandangan peribadi saya; Kak ZAI ni tergolong dalam orang yang mampu, mungkin sangat mampu..:)

hmmm ada banyak lagi tak baju2 yang taknak guna tu? Kasi alamat, saya pegi ambil.. > serius..:D

Zaitun said...

azieazah

Terus terang bagitau azie kak Zai bukanlah golongan orang2 berada tapi tabiat kak Zai yang suka menyopping tak tentu hala.

Bab baju2 tu selalunya kak Zai beri pada adik sebab gaji suaminya tak de lah besar sangat lepas tu tanggung anak2 yang masih belajar.