Wednesday, February 17, 2010

Aktiviti CNY

hadiah dari ucu

coklat dari Iran

hadiah dari Nazwan

Cuti Chinese New Year saya ke rumah adik di section 13 Shah Alam. Hubby tak balik so ucu datang ambil saya kebetulan kakak, adik (Ama), dan 2 orang anak buah (Nazuha n Nazwan) datang berkumpul, 22 orang semuanya including maid. Malamnya kami makan dirumah saja sambil sembang2 dan menonton tv. Lepas tu semua lelaki ke Starbuck minum2 sambil bersembang lebih selesa manakala kanak2 ada yang main piano dan kaum ibu pula ada yang bergosip.

Hari kedua kami buat pulut kuning, rendang ayam, cocktail, dan anak buah Fazli n Farez beli roasted chicken. Sebelum makan kami adakan doa selamat sebab Naqib n Nazwan dah sihat dari sakit. Selepas makan ucu n Nazwan masing2 memberi hadiah yang dibawa dari luar negara. Setelah mendapat habuan masing2 kami menonton tv tengok winter olympic game yang sedang berlangsung di Vancouver, Canada. Malamnya pula pergi berkaroke di Plaza Alam Sentral kecuali saya, kakak dan Ama.

Hari Isnin Ama sekeluarga balik ke Taiping manakala yang lain masih lagi tinggal. Malamnya kami makan di McD. Lepas tu kami pergi main bowling di Alam Sentral sampai pukul 1.00 pagi. Balik rumah semua keletihan terus tertidur.

Pagi Selasa anak buah dan kakak balik ke Ipoh, saya masih lagi tinggal. Petangnya saya dibawa ucu ke Summit USJ menonton wayang cerita Percy Jackson and the Lightning Thief. Habis wayang ucu hantar saya pulang kerumah. Terasa seronok sangat sebab dapat sekali lagi berkumpul dan cuti seterusnya cadangan ke Sungai Petani rumah adik lelaki pula, tapi saya tak pasti sama ada saya boleh join the next gathering.

6 comments:

FaAtip said...

seronok sangat kalau dapat gader-gader tak kisahlah dengan kengkawan atau sedara mara, kan? lagi best kalau ada makan2 lagi....

tajnur said...

Salam!
Gathering ini memanglah seronok, kita boleh berkumpul ramai2 selain perayaan kita. Masa tulah kita nak himpunkan sanak saudara krn bertahun2 lamanya masing2 sibuk dgn kerjaya dan masalah sendiri. Tentulah byk perkara nak diceritakan lebih2 lagi ompuan, masa tu le nak ... Apa eh, biasanya org perempuan kalau berkumpul?

Mak Su said...

oohh, cerita anak dewa ker apa tu? best tak jalan ceritanya, kalu boring malas ler maksu nak gi tgk

:)

silversarina said...

salam,

memang happening cuti CNY akak, macam2 aktiviti dilakukan bersama sanak-sedara , siap agih-agihkan aktiviti yang mana untuk kaum adam, kaum hawa dan kanak2 , bestnya .

Zaitun said...

aintsuperwoman

Nama pun gader2 dah tentu ada makan2.Yang seronoknya kak zai tak payah bayar semuanya di sponsored hehehe...





tajnur


W'salam

Selalunya kami akan berkumpul bila ada cuti, sama ada di rumah adik beradik atau di rumah anak2 buah.Favourite ompompuan bergosiplah hahaha....

Zaitun said...

Mak Su

A'ah cerita anak dewa bagus jugak heronya hensem...




Silversarina


W'salam.

Macam tulah keluarga Kak Zai bila ada cuti buat aktiviti sama2 enjoy sesangat...