Tuesday, July 28, 2009

Rindu

Pernah tak ada perasaan rindu?..Rindu pada sesiapa saja,contohnya, suami rindu pada isteri, isteri rindu pada suami,ibubapa rindu anak2, anak2 rindu ibubapa ,pusing2 tang tu juga,rindu siapa2lah.Tapi saya amat rindu pada satu panggilan,bukan panggilan itu.....takuttt.

Semasa saya kecil sehinggalah dewasa saya amat rapat dengan salah seorang daripada abang2 saya,macam belangkas.... Setelah masing2 berkeluarga berlakulah sedikit perselisihan faham , maka masing2 membawa diri.Begitulah juga dengan panggilan itu,tidak kedengaran lagi.

Kalaulah my brother ada terbaca blog saya ini saya nak dia tahu saya tak pernah membenci dan melupakan dia.Sampai kesaat ini saya amat menyayanginya seperti dulukala.Kalaulah boleh masa diputar kebelakang saya ingin mengulangi kemesraan itu dan ingin dia memanggil nama itu lagi......Tebo.

p/s: hanya dia satu2nya memanggil saya dengan nama itu (nama manja).

No comments: