Wednesday, September 1, 2010

Hari-Hari...Bersama



Jalan raya... jem

Kuala Lumpur

sesak

Malam 31 ogos saya anak beranak ke Dataran konon nak tengok bunga api, mulanya saya tak nak pergi tapi anak dan menantu mengajak juga jadi terpaksalah ikut. Saya dan hubby agak lewat baru pergi, sampai saja di depan bangunan Bandaraya langsung kereta tak bergerak, punyalah jem dan terlalu ramai orang. Malangnya apa yang dihajatkan apa pun tak ada, yang ada cuma sorak pekik budak2 muda dan bunyi hon kereta dan motor. Akhirnya kami semua membuat keputusan untuk pergi kekedai makan di Kg Pandan. Balik rumah agak lewat tak bersahur di rumah sebab dah kenyang dan terus tidur.

Semalam pula sibuk sikit sebab anak perempuan nak balik ke kampus cuti cuma 4 hari, seperti biasa kalau dia balik naik bas saya akan menyediakan makanan untuk dibawa balik, sempatlah masak rendang ayam, goreng sayur dan buat sedikit kuih. Petangnya saya dan hubby, anak sulung dan isterinya ke Bukit Jalil untuk menghantar si kakak.

Selepas berbuka semua pergi ke Bandar One Utama tapi saya hanya duduk dirumah sebab terlalu penat. Disana ada pameran sawah dan seronok mereka sebab menantu tak pernah menengok sawah.


pokok padi

ada gaya orang kampung tak?

Hari ni rumah sunyi buat sementara waktu sebab anak dan menantu dah ke Langkawi untuk 4 hari, hubby hantar mereka ke Lcct. Disebabkan bulan puasa hanya mereka berdua aje yang pergi, itu pun sebab tahun lepas dah berjanji dengan isterinya.

Insyaalah kalau rajin hari ini saya akan memulakan projek membuat biskut sebab penghuni dirumah dah tak ramai dan kalau nak masak makanan untuk berbuka pun dah tak banyak.

11 comments:

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Comel menentu omputih Kak Zai, tentu suka tengok sawah padi yg tak ada tempat dia.

Kak Zai dah start kukis ni, buat lebih sikit..kot2 raya ni ramai tetamu Kak Zai datang.

kak erna said...

salam zai..bawak menantu pergi tempat yang betul2 ada sawah padi..baru la dia seronok..
saya dah siap pun buat kuih raya..hari cuti merdeka tu..tak kemana2 dok rumah..buat kuih..jam 2 petang siap semua..

KTS said...

kat one utama??

err.. kena pergi ni... sy pun tak pernah tgk sawah padi... hikksss.. buat malu je.. menantu kak zai yg jauh tu pun dah tgk sawah :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zai;

Malam merdeka tu saya terlelap. Sedar2 dah jam 430pagi.

Letih sangat agaknya..

zureen @ mama said...

Salam Kak zaitun..seronoknya bersawah..hati-hati nanti pacat naik betis..he3

ckLah @xiiinam said...

Asslamualaikum...
ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

InsyaAllah.

Mama said...

Salam Zaitun

Kali pertama mama singgah di 'rmh' Zaitun. Seronok ye semua keluarga dpt berkumpul raya ni....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

penjejak maya said...

salam,

selamat hari raya dan moga berbahagia di hari lebaran..

ibuintan said...

salam kak zai,
seronok dapat beraya ngan anak menantu nanti ye...
jemput ambil kad hari raya

cikmanggis said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin buat Zai sekeluarga...

ibundo said...

selamat hari raya zai...
pohon maaf sekiranya ada terlanjur kata.