Friday, January 29, 2010

Nama2 Link Ku Hilang

Pagi ni selepas melakukan kerja2 rumah saya pun bukalah laptop, tengok pada screen apa dah jadi semua nama2 yang saya linkkan dah hilang. Kenapalah tangan yang baru sihat ni buat kerja yang tak patut dibuat. Mungkin seronok sangat dapat gunakan dua2 tangan sampai tertekan semuanya. Rasanya susah juga nak mengingati semua nama2 tu. Tapi alhamdulillah ada satu dua nama yang saya ingat untuk dijadikan panduan.

p/s : Setiap kesilapan boleh dijadikan pelajaran...

Thursday, January 28, 2010

Alhamdulillah Dan Terima Kasih

Alhamdulillah berkat doa keluarga, kawan2 bloggers dan kawan2 diluar sana tangan saya dah pulih seperti sediakala. Syukur Allah masih berikan saya kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas seperti biasa. Saya tak pernah mengalami sakit tangan yang sebegini rupa dan semua yang biasa dilakukan sendiri tak dapat dilaksanakan gara2 sebelah tangan yang sakit. Beruntungnya kita yang punya cukup sifat kalau nak dibandingkan dengan yang kurang bernasib baik. Terdetik difikiran saya Allah jadikan apa saja berpasang2an adalah untuk kebaikkan umatnya. Oleh itu diharap kita dapat memelihara apa yang dah dianugerahkan Allah kepada kita.....

Terima kasih semua...

Monday, January 25, 2010

Sakit Tangan

Petang sabtu dah terasa tangan kanan sakit tapi buat tak tahu aje. Buat kerja macam biasa, malam tu awal sikit naik atas ingat nak baring2 kejap rupa2nya terus tertidur.Terjaga dari tidur sebab tangan sakit sangat tengok jam pukul 2 pg teringat solat isyak belum buat terus masuk bilik air, ya Allah sakitnya nak ambik wuduk pun sakit sangat tapi teruskan juga walaupun guna sebelah tangan.Terus solat tapi tangan kanan tak boleh angkat bila nak bangun dari sujud air mata terus mengalir sebab terlalu sakit tapi alhamdulillah gagah juga. Lepas tu ambil minyak panas sapu seluruh lengan tak juga hilang malah bertambah sakit akhirnya menangis sambil baring. Sedar2 terbangun dengar alarm berbunyi cuba juga solat subuh dengan keadaan yang amat payah. Kejutkan adik lepastu cal adik (ucu) yang tinggal kat Shah Alam, dia kata dia datang kejap lagi.


sementara tu saya nak mandi, susahnya nak buka baju tapi adik merelakan dirinya untuk memandikan mamanya siap dengan pakai baju lagi.Yang membuatkan saya gelak walaupun dalam keadaan sakit dia siap tutup mata apabila melakukan tugas2 tu dan perli saya sebab selalunya saya tak benarkan anak2 masuk bilik saya. Dah siap semua kami pun turun kebawah dan tak lama ucu pun sampai. Ucu nak bawa saya keklinik memandangkan klinik belum buka dia mengajak kami bersarapan dulu. Sampai kat restoren saya cuma ambil 2 biji kuih dan secawan air teh. Saya duduk menunggu, ucu bawa 2 biji pinggan yang satu berisi mee dan yang satu lagi kuihtew. Dia menyerahkan pinggan yang berisi kuihtew pada saya menurutnya walaupun sakit mesti makan supaya badan bertenaga, adik pula makan mee goreng dan telur. Habis makan kami pun pergi keklinik.

Pukul 9.30 baru doktor tiba, setelah diperiksa menurutnya tangan saya ini berkemungkinan di sebabkan uric acid yang tinggi.Tak dapat nak ambil darah sebab saya dah makan, memang selalu kalau doktor nak ambil darah mesti sebelum makan. 3 jenis ubat dibekalkan satu untuk bengkak dan 2 lagi untuk tahan sakit. Balik rumah terus makan ubat dan berehat dan tak lama ucu minta diri sebab dia nak pergi kenduri kahwin. Sampai kepetang saya hanya berehat dan malamnya denyut tangan saya dah berkurangan walaupun masih bengkak.

Hari ini saya dah boleh mandi sendiri dan bengkak mula susut cuma dipergelangan tangan saja terasa sakit bila ditekan. Alhamdulillah sakitnya tak berpanjangan membuatkan hubby yang pada mulanya sangat risau merasa lega setelah diberitahu dah ok. Sempat hantar sms'' nanti abang balik kita pergi makan tempat best''. Sayang baba....

Friday, January 22, 2010

Berjauhan

Tugas my hubby sibuk semula, terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam masa 2 bulan. Kalau nak ikutkan taklah jauh mana pun cuma kat Bandar Muadzam Shah aje tapi dah lama dia tinggalkan rutin tu, terasa janggal sikit. Sebelum ni kerja2 pejabat dilakukan dirumah saja cuma kalau ada meeting, jumpa client atau nak tandatangan cek baru dia kepejabat. Masa kami bersama memang banyak. Kalau saya perlukan apa2 saja hubby pasti bantu tapi bila dia tak ada terasa kekok buat kerja sorang2. Sekarang ni rasa sunyi sangat nasib baik buat masa ni ada abang no 2 tapi dia pun malam baru ada kat rumah.


Kalau dulu prinsip kami anak tak boleh tidur dengan parents tapi sekarang saya dah langgar peraturan sebab terasa sunyi dan satu lagi menjimatkan duit electric tak payah pasang aircond semua bilik. Ingat lagi masa dulu2 lepas saja melahirkan anak keluar dari wad hubby dah sediakan babycot. Disitulah baby kami tidur sampai umur 1 tahun lebih lepas tu akan dipindahkan ke katil sendiri walaupun didalam bilik yang sama. Kalau anak tak sihat tidurkan dulu di katil kami selepas itu dialihkan ke katil anak semula.Tapi sekarang kami dah mula longgarkan peraturan mungkin sebab terasa rindu bila anak2 dah berjauhan. Melalut sikit.


Berbalik pada tugas hubby tadi walau pun dia disana untuk jangka masa 2 bulan tapi menurutnya dia akan balik weekend. Dulu masa dia bertugas di Johor selama 2 tahun dia menyewa rumah yang fully furnished. Sesekali kami datang adalah tempat tinggal yang selesa tapi kali ni dia cuma menyewa resort, senang katanya tak payah nak kemas, nak makan minum pun tak susah.


Kalau dulu saya sibuk bekerja sampai tak sedar masa berlalu, pagi keluar rumah petang dan kadang2 malam baru balik, tak terasa sangat hubby tak ada tapi sekarang berbeza sangat. Masa saya banyak dirumah itu yang membuatkan saya terasa sunyi. Faktor umur juga mempengaruhi maklumlah dah berumur macam ni mana boleh ditinggal2kan. Saya cakap dengan hubby kalaulah kita banyak duit saya nak hubby tak payah buat apa2 kerja duduk rumah temankan saya dan lepastu kita jalan2 round the world.Tapi pendapat hubby pula berlainan kalau pun dia dah bersara dia akan tetap lakukan kerja yang sama cuma dia tak payah buat kerja2 pejabat sekali sekala datang melawat bak kata orang buat busines jadi sleeping partner. Agaknya orang lelaki ni tak suka duduk diam saja walaupun mereka dah punya duit yang banyak. Entah... terpulanglah, lain orang lain kehendaknya .

Wednesday, January 20, 2010

Aku Cinta Dia

Adik memerlukan buku tambahan, katanya dia nak buat banyak latihan, tahun depan PMR mesti bermula dari sekarang. Saya dan hubby meluangkan masa ke kedai buku Popular untuk mencari buku2 yang diperlukan. Sementara dia mencari buku2nya saya pula ke rak buku best seller. Mata terus tertumpu pada sebuah buku yang bertajuk AKU CINTA DIA penulisnya siapa lagi kalau bukan SHARIFAH ABU SALEM, peminat habis! Banyak buku2nya ada dalam koleksi saya.







Koleksi buku2 Sharifah Abu Salem

Satu hari dah habis baca memang tak tangguh. Kalau dapat buku lantaklah kerja lain tak siap, dah kemaruk, kadang2 masak pun tak, suruh aje hubby beli makanan ready made, nasib baik sporting, sayang baba...





Buku ni mengisahkan gadis kota, anak seorang datuk yang terlanjur dengan kekasihnya yang tak bertanggungjawab. Bila dah mengandung datuk nekad untuk menggugurkan kandunganya tapi datin tidak setuju. Datin tidak mahu jadi pembunuh lalu berpakat dengan pembantu rumah yang punya sahabat bekerja di pusat perlindungan. Tanpa pengetahuan datuk mereka melarikan gadis ini pada waktu malam kebetulan datuk berada dirumah kekasihnya.





Datuk mengupah orang2nya untuk mencari anaknya yang bernama Diana. Datin pula teruk dibelasah datuk sebab tak memberitahu dimana Diana disorokkan, akhirnya Datin melarikan diri ke sebuah resort yang tuannya dikenali semasa menghantar Diana ke pusat perlindungan tempohari.





Diana pula cuba menyesuaikan diri dan dia amat tertarik dengan pembelajaran yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah disitu. Dia ingin mendekatkan diri kepada Allah untuk menebus segala dosa yang telah dilakukan.Tanpa disedari dalam diam dia terpaut pada seorang tenaga pengajar.





Dapatkah Diana mencari cinta sejati setelah dia dilukai dan dapatkah Datuk mencari anaknya? kalau nak tahu jawapannya kena belilah buku yang bertajuk AKU CINTA DIA.




Menarik dan boleh dijadikan teladan.
p/s: Ada seseorang yang meminjam buku kesayangan saya yang dibeli di Mekah tajuknya T....C...dah banyak kali diingatkan tapi masih belum dipulangkan .Harap kalau terbaca n3 saya ini tolonglah pulangkan sebab buku itu sangat bererti buat saya.

Sunday, January 17, 2010

Hantar Kakak

Sabtu hantar kakak balik Melaka, masa keluar rumah hujan lebat sangat tapi bila dah keluar dari Kl kering aje tak hujan pun. Jalan agak lancar sampai kat R&R Air Keroh kami berhenti, sempat makan mee sup dan solat maghrib. Sampai appartment angkutlah beg2 naik ketingkat 3, aduh penatnya naik tangga.

Duduk sekejap nak hilangkan penat naik tangga, tak lama kami minta diri, salam dan cium kami pun bertolak balik ke Kl. Sampai R&R Seremban, kami cuma makan kuih pau lepas tu solat isyak. Saya suka sangat dengan suasana surau di Seremban ni ala2 solat dalam taman, lantainya dibuat daripada kayu tenang dan bersih sangat. Lama juga kami berehat disini tapi bila tengok jam dah menunjukkan pukul 12.00 kami pun beredar. Sampai rumah salin pakaian dan cuci muka terus zzzzzzzzzz.


p/s: sebelum pergi Melaka sempat buat kuih bingka labu, sayangnya anak2 tak berapa gemar...




bingka labu yang dah dikeluarkan dari loyang


dah siap dipotong untuk dingap

Thursday, January 14, 2010

Buah Kelubi N Pokok Tali Kasut

buah kelubi yang dibawa dari Pahang

sedap setelah dibuat jeruk


Buah ni orang panggil buah kelubi tapi selalunya orang beli setelah dijadikan jeruk. Pokoknya macam pokok kelapa bali kalau saya tak silaplah sebab masa saya kecik2 dulu saya selalu pergi kerumah mak saudara (sekampung dengan Mazidul pengacara tv3). Buah ni banyak terdapat disana sebab hutannya yang agak tebal. Kalau sesiapa pernah makan buah ni rasanya amatlah masam dan kelat tapi bagi penggemar benda2 masam macam saya ni tak jadi masalah. Saya masih ingat lagi sepupu saya akan buat kicap dicampur dengan gula , garam dan cili lepas tu dicicah dengan buah ini huish sedapnya boleh buat air liur meleleh tapi ada setengah orang tu sampai pejam2 mata masa makannya itu tandanya buah ni terlalu masam. Kalau di Kl payah nak dapat yang fresh kebetulan semalam my hubby bawa dari Muadzam Shah orang asli jual kat tepi jalan harga pun sangatlah murah.


boleh dibuat tali kasut


ada rasa apa2 tak kalau ditengok lama2?

Satu lagi my hubby bawa pokok ni, dia dipanggil tali kasut, kan macam tali kasut panjang berjurai. Saya tak tahu sama ada boleh percaya atau tidak setengah orang cakap pokok ni ada penunggu, orang halus suka main sebab dia berjurai2. Selalunya pokok ni hidup didalam hutan tebal dan menumpang hidup pada pokok2 yang besar. Dulu saya pernah ada pokok ni tapi tak pernah pula nampak atau dengar benda ganjil berlaku. Mungkin sebab saya tak pandai cara penjagaannya akhirnya dia mati. Lepas tu tak berani beli lagi selepas macam2 cerita saya dengar.Tapi menurut my hubby apa2 pun kalau kita buat tak elok akan jadi tak elok pada kita. Entahlah saya pun tak tahu, setiap apa yang Allah jadikan mesti ada keistimewaannya.

Tuesday, January 5, 2010

Karenah anak-Anak

Lama tak mengetuk keyboard, terasa rindu la pula. Sibuk sedikit dengan menghadiri kenduri kendara, melawat saudara mara dan sebagainya. Dah masuk tahun baru, saya nak kongsi satu rahsia dengan kawan2 dialam maya. Tahun ini genaplah 10 tahun saya memakai tudung, satu2nya syarat nak jadi muslimah yang mengikut hukum syarak, setiap wanita diwajibkan menutup aurat. Mungkin agak terlambat buat saya tapi sekurang2nya dapat saya laksanakan tanpa paksaan dari sesiapa.

Baru2 ni saya ke shopping kompleks bersama anak2, sampai kesebuah kedai yang menjual pakaian ( ES....) saya terus masuk...

Kakak: mama nak beli apa?

Mama: saja nak tengok2.

Saya pun sengaja menjauhkan diri dari kakak. Dari jauh saya lihat dia pergi kesatu sudut mencari dan memilih baju2 yang bergantungan. Saya perhatikan dia minat pada satu baju berwarna merah ,belek habis2an lalu saya dekati dan bertanya

Mama: kakak minat ke?

kakak: takde lah...mahal.

Mama: kalau dah suka ambik lah, mama belanja.

Kakak: hee jangan ma...harga dia boleh buat belanja akak berminggu2.

Saya perhatikan tangan dia masih membelek baju tu.

Saya panggil salesgirl suruh ambilkan saiz dia, masih menolak konon harganya telalu mahal. Bila salesgirl datang setelah mencari tak ada pula saiznya. Walaupun kakak beria2 menolak tapi saya tahu hatinya hampa. Dari dulu setelah dia mengenal memilih pakaian dia sentiasa akan mencari baju2 yang ada brand. Tapi tidak sekarang, dia dah berubah setelah merantau dan tinggal bersendirian. Saya pernah cederakan bibirnya ( secara tak sengaja ) disebuah kompleks gara2 dia menolak untuk mencuba baju yang tak ada brand. Peristiwa ni berlaku semasa dia disekolah rendah lagi. Kalau dia mencari baju dia akan pastikan stokin dan topinya mesti sedondon. Setiap baju mesti ada stokin dan topi, ini adalah keperluan yang mesti ada.


Satu lagi perangainya dia amat memilih kawan, dari sekolah tadika dia cuma berkawan dengan seorang budak yang baru balik dari luar negara yang tak tahu cakap melayu. Lepastu disekolah rendah ada 2 orang dan disekolah menengah 4 orang, kekal hingga sekarang walaupun ada yang dah keluar negara untuk melanjutkan pelajaran. Pernah semasa tingkatan 3 guru classnya meminta ibu n bapa datang kesekolah kerana dia tak mahu bercampur dengan murid2 lain. Tapi sekarang alhamdulillah dia dah pandai berkawan dengan ramai orang.


Perangai adik berbeza sedikit kalau beli pakaian tak kira ada brand atau tidak janji cantik bila dipakai. Tapi kalau dia dah nak benda tu tak kira apa alasan mesti beli. Satu yang saya banggakan tentang adik, dia merupakan anak yang sensitive tentang aurat. Sekembalinya kami dari mengerjakan umrah dia sentiasa bertudung, cuma satu yang agak susah bila bawa dia pergi makan diluar atau pergi kerumah orang. Terlalu cerewet bab kebersihan terutamanya kalau bawa kekampung yang masih kurang keperluan sanggup tak masuk rumah dan tak makan walaupun dia teramat lapar. Adik pandai berkawan tak kira siapa saja tapi saya buat peraturan cuma berkawan dengan orang yang minat belajar, tak dibenarkan keluar rumah tanpa tujuan sebab terlalu ramah orangnya.


Abang sulung amat mudah, dia dah lama berdikari langsung tak banyak karenah, tambahan pula hidup di perantauan semuanya buat sendiri. Sifatnya amat penyayang dan setiap tahun kami akan berkumpul.


Abang kedua lagi sempoi, t.shirt dan jean sudah cukup untuk di pakainya walau kemana dia pergi. Kalau dia beli jeans memang saya tak suka sebab warnanya macam setahun tak dibasuh, kelabu asap. Pernah saya sarankan supaya memakai kemeja biar nampak kemas tapi dia menolak macam ahli koporat itulah jawapannya.

Walaupun anak2 punya karenah mereka tersendiri tapi saya bahagia sekali, kalau berkumpul terasa hilang keperitan semasa membela mereka ketika kecik2 dulu. Mudah2an mereka akan menjadi anak2 yang baik dan tahu menghargai ibu bapa.