Wednesday, June 30, 2010

Mangga Vs Ciku


setelah dihiris

Manis sesangat mangga yang ditanam dihadapan rumah, kebanyakkan jiran yang saya sedekahkah buah mangga ni mesti memuji kehalusan dan kemanisan buahnya. Pernah tumbang dek kerana terlalu lebat berbuah, mungkin masa tu akar tunjangnya belum berapa kuat tapi hubby and the geng sepakat menegakkan semula. Mereka memakukan kayu sebagai tongkat untuk ia hidup semula, akhirnya pokok mangga hidup dengan subur dan berbuah. Setiap kali berbuah sesiapa saja yang lalu akan menegur dan setiap orang yang lalu juga akan kami berikan selain kenalan2 yang lain.


TAPI

Saya juga pernah menanam pokok ciku tapi ada jiran yang kurang senang dengan pokoknya kononnya ciku tak elok ditanam dikawasan rumah. Menurut mereka syaitan atau pun lebih sedap dipanggil langsuir akan bergayot pada pokoknya, dan ada pula mengatakan kurang mendapat rezeki pada yang menanam...Mungkinkah....

Disebabkan mengikut kemahuan jiran pokok tersebut diberikan kepada seorang kawan yang tidak mempercayai semua benda karut, ternyata pokoknya berbuah lebat walaupun hanya ditanam didalam pasu. Kami pernah diberi rasa buahnya manis dan halus.

Sekali lagi kami menanam pokok ciku dikawasan rumah dan menampakkan hasil, ia berbuah dengan lebat, dan sekarang kami biarkan saja apa orang nak cakap pasal hantu. Sepanjang yang saya tahu belum sesiapa yang terjumpa hantu dikawasan rumah saya walaupun ada orang2 yang balik jauh malam.

Kesimpulannya semua pokok atau apa saja yang dijadikan Allah dimuka bumi ini tidak ada yang tak elok cuma manusia saja yang mereka cerita yang bukan2. Allahhualam..........

Tuesday, June 29, 2010

Sayang internet

3 hari internet down, tak dapat nak buat n3. Cerita ajelah benda yang dah basi, Sunday pergi kenduri kahwin anak kawan kat Putrajaya, balik dari tu singgah kat Alammanda Jalan2 kat Parkson jumpa shirt jeep untuk hubby terus beli tengah sale kalau tak harganya mahal dapat 2 helai.

Lepas tu siadik nak makan kat Secret recepi ikutkan aje, saya dan hubby share Tiramitsu cake dan siadik Golden Blue Chicken, perut pun masih kenyang lagi tapi takkan nak duduk melangut aje terpaksalah makan juga makanan yang kaya dengan kalori tu.

Dah habis makan pergi kat kedai roti yang jual Roti Boy, wajib beli kalau pergi Alammanda sebab roti ni memang sedap buat selera saya, take away 5 biji. Lepas tu balik rumah dah dekat margrib.


golden blue chicken


tiramitsu cake


roti boy



Kembang lagi


Bunga orkid saya mengeluarkan bunga lagi, yang purple bintik hitam tu wangi sangat baunya.


baunya sangat wangi





Thursday, June 24, 2010

Tanpa Tempurung

Petang semalam pergi Subang Jaya Medical Centre melawat jiran jatuh dari bumbung, dengar cerita tengah merepair aircond rumahnya. Koma 3 hari, tempurung kepala retak dan doktor dah buat operation. Masa saya dan hubby melawat dia masih dibilik ICU tapi dah tak pakai alat bantuan pernafasan dan dah kenal orang yang datang melawat.

Terkejut sesangat sebab sebelum ni mukanya taklah besar tapi masa saya tengok mukanya bengkak sesangat sampai mata dia kecik, kepalanya pula masih dibalut. Menurut isterinya dalam masa 2 atau 3 bulan lagi baru doktor akan menggantikan tempurung kepalanya. Agaknya macamanalah rupa tempurung kepala yang bukan origional. Mungkin doktor dan misi2 dah biasa tengok. Dr Munir....nanti boleh cerita ya.

Tak lama kami disitu sebab doktor dan nurse pun sibuk dengan tugas2 mereka, lagi pun wad tu kebanyakkan pesakitnya dalam keadaan kritikal. Harap2 dia cepat sembuh dan kembali kerumah bersama keluarga.

Tuesday, June 22, 2010

Melampau


Pernah tak sesiapa mukanya ditumbuhi jerawat yang melampau . Ini terjadi pada anak saya, sebelum ni mukanya tak pernah ada jerawat tapi sekarang dah jadi macam jalan tar penuh satu muka, ada yang besar dan kecil bila dah pecah ia mengeluarkan banyak darah dari nanah. Lepas tu ia akan meninggalkan parut yang memang tak cantik apalagi kulit anak saya yang memang agak cerah, memang nampak teruk sangat.

Saya bawa dia berjumpa dengan doktor, anak saya di beri antibiotik selain ubat cuci dan sapu, pakai beberapa hari berkurangan tapi tumbuh semula, akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuat rawatan di salah sebuah rawatan muka yang terkenal. Bayarannya memang mahal sesi pertama saja rm600 dan setiap 2 minggu rm250 termasuk pencuci dan cream. Dah banyak kali pergi setiap sesi mengambil masa 3 jam, bila balik rumah berkurangan tapi lepas tu tumbuh semula. Semalam masa saya call katanya dia tak nak pergi lagi sebab dah putus asa nampak tak berkesan. Dia beritahu saya dia ada berjumpa dengan seorang kawan yang pernah mengalami sepertinya, kawan dia tu kata dia buat rawatan di salah sebuah klinik pakar kulit bertempat di Klang.

Saya meminta dia mengambil address klinik tu dan kalau balik nanti mungkin saya akan bawa dia kesana untuk mencuba. Banyak juga cara rawatan yang kawan2 dan saudara mara berikan tapi langsung tak berkesan. Pernah beberapa kali keluar ramai orang yang bertanya sudah buat rawatan ke tapi yang paling saya terharu masa saya sekeluarga sedang makan disebuah kedai tetiba seorang lelaki cina (dah tua) memandang kearah anak saya lepas tu tangannya menyentuh pipinya, kami berpandangan dan faham apa yang dimaksudkan. My hubby cakap sudah buat tapi dia mengulangi lagi perbuatannya akhirnya kami dapat tahu dia seorang oku(bisu), terharunya saya sampai begitu sekali prihatinnya dia. Saya perhatikan kebanyakkannya orang2 cina lebih prihatin berbanding orang kita sebab bila mereka nampak anak saya mereka akan bertanya tapi orang kita lebih pada menjeling lepas tu mengomel. Sampai satu hari anak saya malu nak keluar rumah.


gambar dari google

Sunday, June 20, 2010

Senggang

Cuti kali ini tak ada holiday cuma ke KT sebab anak buah hubby bertunang lepas tu ke Ipoh rumah anak buah itu pun ambik kesempatan ikut hubby nak ke Grik atas urusan kerja. Saya dan si adik tinggal selama 3 hari, Saya call adik yang tinggal di Taiping suruh datang ke Ipoh. Mulanya nak pergi jalan2 tapi disebabkan ada tetamu lain jadi kami hanya duduk dirumah saja, masak, makan2, berborak dan bergosip. Kebetulan hari ke dua kami disini jatuh hari jadi adik ipar anak buah yang datang dari Kelantan, beli kek dan makan2 biasa saja maksudnya tak ada birthday party.

Hari Rabu kami dah balik ke Kl semula dan lakukan tugas harian, bercadang nak mengemas rumah sementara ada assistant tapi cancel sebab shopping sana sini mencari kain untuk tempahan baju raya. Tak beli banyak pun tapi kalau dah keluar mana sah kalau tak merayap.


adik ipar anak buah bersama 2 orang cucu saudara




pulut kuning


rendang ayam


nasi lemak


p/s: Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Bapa pada semua yang bergelar bapa khasnya buat ayah, my hubby, abang, adik, anak buah dan ipar2.

Happy Father's Day

Friday, June 18, 2010

Pertunangan


kakak lelaki pengganti mak menyarungkan cincin




bekas cincin







telekung


Jumaat lepas hantar anak buah hubby bertunang ke Kuala Berang, KT. Kami convoy 5 kereta ikut jalan shortcut kiri kanan jalan kelapa sawit. Sampai kat Jabor (kalau tak silap) satu kereta breakdown nasib baik ada workshop berdekatan kami pun singgah makan dan solat. Petang baru sampai ke homestay yang telah disediakan. Malam tu kami disajikan nasi dagang dan lauk pauk yang sungguh sedap. lepastu kami menyediakan hantaran yang separuhnya telah dibuat sebelum pergi, siap semua kami tidur.

Pagi saya dan hubby keluar mencari sarapan, terkejut 1st time tengok pagi2 ada jual nasi minyak tapi tak beli sebab tak biasa makan. Saya cuma beli nasi lemak, roti canai dan sedikit kuih muih. Sempat lagi pergi Pasar Tani tengok barang2 yang dijual. Selepas makan kami bersiap untuk kerumah sebelah perempuan.

Sampai dirumah sebelah perempuan kami disambut dan acara pun berlangsung, tak banyak karenah memang mudah semuanya diserahkan pada kedua2 bakal pengantin. Selepas selesai perbincangan kami dijamu makan nasi. Sedap masakkannya memang menyelerakan takde manis2. Tak lama kami minta diri dan balik semula ke homestay.

Masa kami nak keluar sekali lagi ada kereta breakdown terpaksa menunggu lagi. Lebih kurang pukul 3 petang baru kami dapat meneruskan perjalanan. Tak banyak tempat kami dapat lawati sebab kami terpaksa balik malam tu juga sebab masing2 ada hal.

Hubby bawa kami melawat Masjid Crystal tapi tak masuk. Nasib baik 2 tahun lepas saya sekeluarga dah melawat banyak tempat di KT. Lepas tu ketempat menjual keropok, habis membeli kami ke Pasar Payang. Dapatlah membeli serba sedikit sebab kedai pun dah banyak yang tutup. Pukul 8 pm kami meneruskan perjalanan pulang tapi kali ni kami melalui jalan pantai.


Tak banyak yang dapat dilihat sebab dah gelap, kami singgah di Kemaman untuk makan. Sepanjang perjalanan banyak tempat2 yang mengingatkan saya pada rakan2 blogger. Bila saya lalu kat Cukai saya teringat Ibu Sayang, di Kemaman pula Fa dan Silversarina. Saya nampak Mesra Mall, dan Pantai Mak nik(kalau tak silap) dan saya tahu mereka selalu ketempat ini. Insyaallah kalau ada masa mengizinkan saya akan menziarahi mereka kalau saya kesini lagi. Subuh baru sampai kat rumah. Perjalanan yang amat singkat tapi sangat seronok dan menjadi kenangan, sebab inilah pertama kali saya berconvoy dan tidur ramai2.

Wednesday, June 16, 2010

Minggu Ole-Ole


dari Australia


Combodia

3 ole2 dari adik





2 fridge magnet hadiah dari kawan anak



set diatas dan ikan kering dari anak buah hubby dari Sabah





nanas madu

buah salak

Barang makanan ni dari anak buah dari Kelantan.

Wednesday, June 9, 2010

24 years


kenangan semasa di kampung



Hari ini genap umur anak lelaki saya 24 tahun, 1 Syawal 1986 pukul 9.30 pagi kelahiran tak cukup bulan.
Gambar diatas yang ada patung kucing masih menjadi teman tidurnya.

Happy birthday to you dear semoga menjadi anak yang soleh.

Sunday, June 6, 2010

Hantar anak Sambil Jalan-Jalan

Semalam hantar anak balik Melaka cuti dah habis. Masuk highway jalan punyalah jem banyak sangat kereta maklumlah 1st day cuti sekolah ada yang balik kampong, pergi kenduri kahwin dan ada yang melacong tapi saya cuma nak hantar anak balik ke kampus. Mula nak singgah kat R&R Seremban tapi tak ada parking akhirnya teruskan perjalanan. Tak berniat nak bermalam sebab Ahad, hari ini hubby nak ke Kelantan melawat tapak projek.

Sampai kat Melaka tak hantar anak dulu sebab nak bawa dia pergi makan lepas tu naklah rehatkan badan kat mana2 tempat yang sesuai.Tengahari kami makan nasi ayam penyet lupa pula nama kedainya. Lepas tu nak pergi dataran, keliling cari parking tak dapat2 akhirnya jalan terus pergi pula ke Sungai Melaka konon nak naik cruise penuh juga, hampa dahlah siadik teringin sangat nak naik, Taming Sari pun ramai juga. Kadang2 terasa hairan dari mana datangnya begitu ramai manusia. Kalau pergi ke shopping2 komplek kat Kl pun ramai orang, itu belum lagi pergi ke tempat2 pelancongan. Dahlah masuk aje kat tol Air Keroh tadi penuh sesak dengan kereta2 yang nak masuk zoo, Taman Mini dan entah apa2 lagi.

nasi ayam penyek

Akhirnya (banyak sangat akhirnya) menunjukkan kehampaan, kami pergi ke Pantai Klebang. Sampai kat sini terkejut juga tengok jauhnya laut dah tak nampak dari benteng yang selalu kita berdiri. Pantainya di tambak dan masih dalam pembinaan. Kalau anak saya balik Malaysia nanti mesti dia lebih terkejut sebab 3 tahun lepas di benteng inilah kami anak beranak mencicahkan kaki ke air laut sambil bebual2 sampai ketengah malam. Tahun lepas dia balik tak pergi Melaka tapi pergi ke arah utara. Seronok tengok air laut memukul ombak sampai keatas tapi sekarang kalau nak pergi kelaut kenalah ikut jalan yang belum siap di tar. Ramai juga orang disini ada yang bermain layang2, ada yang berkelah dan ada yang macam kami jalan2 sambil menikmati keindahan alam yang dah dicemari.


yang nampak macam tunggul kayu tu lambang no satu ( 1 Malaysia)


Pukul 6.30 kami beredar sebab kami nak pergi kesatu tempat yang terkenal dan sedap minuman coconut shakenya. Selalunya kalau waktu maghrib memang dah habis, sampai saja saya turun dulu, salah seorang dari pekerjanya menunjukkan signal dah habis, punyalah hampa tapi tiba2 seorang wanita bertanya berapa orang. Saya nyatakan 4 orang dia tersenyum sambil mempersilakan kami masuk. Kedainya cuma gerai ditepi jalan nak ke pantai Klebang bersebelahan dengan Caltex, disini terkenal dengan minuman coconut shake lepas tu ada nasi lemak bungkus, nasinya biasa2 aje tapi minumannya yang special. Gerai ni memang ramai orang masa kami pergi tadi punyalah ramai orang beratur panjang dan yang duduk pun penuh, kami buat keputusan masa balik nanti baru singgah lagi pun masih terasa kenyang.

Setelah diberi izin masuk saya order 2 minuman yang special dan 2 lagi biasa, yang special tu ada ice cream manakala yang biasa tu cuma airnya saja. Saya nak rasa original taste tak nak di campur dengan perasa lain ternyata yang ori lagi sedap. Memang puas, harganya amat murah kalau saya tak silap cuma 1.50 dan yang ada ice cream 2.2o sen tapi memang harganya tak semahal minuman yang selalu kita order kat restoren.



Habis minum kami pun meneruskan perjalanan ke kampus kakak, mengangkut segala barang naik ke tingkat 3 lepas tu angkut pula barang yang dibawa balik(pertukaran)dan sumbat dalam boot. Habis sesi angkut barang, salam dan cium2 tinggalkan pesanan yang entah ke berapa kali, jaga diri, jaga kesihatan bla..bla...bla...kami 3 beranak pun balik ke Kl. Tak singgah langsung kat R&R, jalan pun lancar sampai rumah 11.30 malam,mandi solat terus ZZZZzzzzz........

Friday, June 4, 2010

Mencari Ketenangan


Masih ingat tak n3 saya yang bertajuk lelaki durjana. Kali ni bukan nak cerita pasal dia tapi pasal gadis yang dikecewakan. Dapat berita 6hb june si gadis bersama ibunya akan berangkat ke Tanah Suci. Mulanya dia nak pergi bersama kedua ibu bapa tapi disebabkan si ayah tak dapat cuti panjang sebab cuti tahun ini dah terpakai masa dia pergi ke Mekah buat haji tahun lepas.

Saya berharap disana nanti sigadis akan dapat ketenangan jiwa dan mudah2an dia dapat pengganti yang lebih baik. Walaupun dia lebih rela ditinggalkan tapi kenangan bersama masih dalam ingatan tambahan pula segala persiapan yang telah disediakan masih dalam simpanan. Sedikit sebanyak kenangan tu tetap ada dalam memori. Harap2 dia dapat apa yang dicari. Semoga kepulangannya nanti mendapat umrah mabrur.

Tuesday, June 1, 2010

Sinar Yang Sementara.

Dapat berita dari anak buah mengatakan dia dah keluar dari hospital tapi bukan atas arahan doktor. Dia minta keluar sebab nak berehat kat rumah lepas tu nak bebas sekejap. Doktor benarkan tapi selepas 10 hari datang semula sama ada admit atau pun makan ubat yang dibekalkan. Doktor membekalkan sebakul ubat dan wajib mengikut peraturan, juga tak boleh keluar dari ibu kota selama 3 hari. Mungkin selepas itu dia akan tinggal di Ipoh bersama kakaknya.

Kami rasa sangat2 bersalah tidak memberitahu pada maknya tapi untuk menjaga kesihatan dia kami terpaksa lakukan. kakak tak boleh tahu perkara2 yang merunsingkan dan dia boleh pengsan dan jatuh sakit. Mungkin kalau ada waktu yang sesuai atau menunggu adik balik dari luar negara baru kami berbincang untuk menyelesaikannya.

Selama 2 minggu dia tinggal dihospital dia telah disuntik sebanyak 306 + 3 suntikan steroid, bermakna kesemuanya 309 suntikan telah di masuk kebadannya. 3 suntikan steroid itu amat menyakitkan sampai 2 batang gigi yang ditampal boleh tertanggal tampalannya kerana menahan kesakitan ketika dia di suntik. Adik dari Sungai Petani pernah belajar berkaitan ubat mengatakan ubat2 yang diberikan pada anak buah amat kuat dosnya dan dia juga tidak terlepas dari kesan sampingan, muntah, bulu roma gugur dan kaki dah mula kebas2. Mungkin sesiapa yang membaca n3 ini dah boleh mengagak apa penyakitnya dan saya minta kawan2 diluar sana supaya mendoakan agar Allah memberikan dia kekuatan mental dan fizikal.

Nak cerita sikit latar belakang anak buah, semasa dia masih dalam kandungan rumah tangga ibu bapanya berhadapan dengan krisis disebabkan orang ke 3. kakak mengambil keputusan untuk beralah dan sanggup membela anak2 demi kebahagian suami. Bermulalah episod menjadi pekerja kilang dan anak dipelihara oleh mak saya. Berkat kesabaran anak2 belajar dengan cemerlang dan selepas darjah 6 dia telah memasuki sekolah berasrama penuh. Masa berlalu dia dapat masuk universiti sampai keperingkat ijazah. Dapat kerja tapi agak jauh dari kampong halaman, agak bernasib baik pada ketika itu kakak dia telah bekerja dan dapat membelikan sebuah rumah teres untuk mak mereka.

Semasa dia bekerja dia masih bercita2 untuk mendapat jawatan yang lebih baik dan akhirnya dia membuat keputusan untuk belajar sambil bekerja. Satu sejarah buat dia dan kami sekeluarga dia pernah dihayutkan air( banjir dipantai timur) ketika dia menaiki motor semasa pergi ke kelas malam. Nasib baik dia tersangkut disebatang pokok dan ada orang kampong menolong. Dia harus menghadirkan diri hari itu sebab ada peperiksaan. Demi cita2 yang tak pernah padam dia menumpang sebuah lori yang kebetulan lalu disitu dan yang paling menyayat hati dengan pakaian basah dan selipar yang diberikan orang kampong (kasut hayut) itulah dia duduk diatas kerusi menjawab semua soalan. Kalau nak di ikutkan lulusan dari universiti seharusnya mampu untuk membeli sebuah kereta murah tapi demi cita2 dan tanggung jawab terhadap mak dia hanya menggunakan motor kapcai (panggilan sekarang).

Akhirnya sijil master dalam genggaman dan dia dapat menjawat jawatan yang lebih tinggi dan dia ditukarkan ke ibu kota. Setelah beberapa lama dia bekerja dia sudah mampu mempunyai sebuah kereta dan rumah sendiri. Masih nak meneruskan cita2 untuk mendapatkan PHD tapi dihalang mak sebab dia mahu anaknya merasai kesenangan hidup tanpa ada commitment. Pernah bertunang tapi kecundang, tak tahu siapa yang bersalah sebab masing2 kata tak ada keserasian.

Tanggungjawab terhadap mak tak pernah diabaikan, segala keperluan disediakan termasuk menghantar mak ke Mekah. Maknya tak pernah kahwin selepas itu mungkin terlalu kecewa diatas perbuatan ayah agaknya. Mereka hidup aman damai sampailah ketika kakaknya nak melangsungkan perkahwinan, kami terpaksa mencari ayah kandungnya. Episod mencari ayah lebih kurang macam siaran yang ada di tv3. Hari pernikahan si ayah yang tak pernah jumpa jauh sekali memberi nafkah mendabik dada kerana ternampak gambar anak2 menerima ijazah. Menangisi masa lampau konon.....

2 bulan lepas, dia ada mengerjakan umrah tapi selepas balik dia tak pernah sihat. Semasa transit di Bahrin dia pengsan tapi dia pulih dan selamat kembali ke tanah air walaupun sebaik landed ambulance telah menanti dan dia terus dimasukkan ke hospital. 3 hari dia admitted lepas tu kena pula chicken pox yang melampau habis seluruh badan dijangkiti. Mungkinkah ini petanda dia menghidapi penyakit ini?


Episod duka berlalu kemudian ada sinar tapi mengapa hanya sementara, hanya Allah yang mengetahui. Buat pengetahuan anak buah saya,kami seluruh keluarga amat2 menyayangi dia.
Nazwan adalah anak yang baik, bertanggung jawab dan amat pemurah.....

Ya Allah panjangkan umurnya....