Wednesday, October 28, 2009

Birthday

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUBBY.

Happy Birthday Comments at dazzlejunction.com

Yang ke berapa...? haaa, ini kena rahsiakan tapi sesiapa yang tahu umur saya , my hubby is older 1 year than me. Birthday celebration ditangguhkan dahulu sebab hubby tengah busy dengan kerja. Minggu ni kena pergi outstation ke utara sana. So kena sabar, balik dari outstation baru boleh treat..

Apa-apa pun, to my beloved hubby semoga diberkati, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki (supaya boleh jalan2 n shopping banyak2) dan mendapat kebahagian serta kejayaan di dunia dan akhirat. Aminnnn (readers pun boleh amin sama).

I'll always love you from the bottom of my heart.


Tuesday, October 27, 2009

Sunyi

Sunyi sangat tak ada mood, nak buat kerja pun malas.Tengahari pun tak masak nasib baik pagi hubby beli nasi lemak. Ini gara2 si kakak dah balik kampus tinggallah penghuni asal. Petang terasa lapar masuk dapur fikir nak masak apa, buka fridge tengok ada kelapa capai tepung, beras pulut, gula kacau2 masuk dalam loyang, kukus...Haaa inilah hasilnya



kuih tak ada mood

Saturday, October 24, 2009

Panggilan Haji

Musim haji dah pun bermula, ini bermakna saya dan suami selalulah ke kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya tujuannya untuk menghantar dan memeriahkan suasana. Memang tiap2 tahun kami akan kesana memandangkan rumah kami yang tak berapa jauh dari tempat tu. Seronok sangat suasananya, mereka2 yang datang dari jauh siap bawa bekalan, diluar bangunan pula banyak gerai menjual macam2 barangan, kereta berderet2, kanak2 pula ada yang berlari2, menangis sana-sini, belon berterbangan hisss macam2lah, meriah sesangat...

selepas solat zuhur di Masjid Nabawi

di Masjidil Haram

Tapi kali ni saya tersentuh sangat disebabkan kawan yang amat rapat dengan saya dapat pergi mengerjakan haji. Alhamdulillah terpilih juga dia setelah menunggu beberapa tahun lamanya. Saya pernah mencadangkan pada dia supaya mengerjakan umrah dulu sebagaimana yang saya lakukan tapi dia tetap dengan keputusannya. Katanya dia mahu mengerjakan yang wajib dulu, Diharap dia dan suami dapat melakukan rukun yang kelima itu dengan sempurna dan insyaallah mendapat haji mabrur.

Ya Allah...bilalah turn saya pula, puan Z jangan putus asa kalau ada rezeki dan ada kesempatan pergi buat umrah lagi.

Rinduuu pada MEKAH N MADINAH...

saya sekeluarga di masjid lama Hudaibiyah

Friday, October 23, 2009

Western Food

Cadangan nak makan Kenny Roggers for dinner, yeah bestnya, bila hubby balik buat cadangan lagi tapi kali ni kena vote nak Kenny Roggers atau mama masak western yang ada rasa dan bau Kenny Roggers. Akhirnya ramai yang berpihak pada mama punya chicken roasted kononnya lagi sedap lepas tu puas makan (Saja nak kenakan mama). Sedap pada anak2lah tapi belum lulus untuk buka restoran.

Petangnya mulalah saya marinate ayam untuk dipanggang. Lepas maghrib turun dapur mulakan projek roasted chicken, roasted potatoes dan mashed potatoes. Siap semua ready for makan, a few minutes selesai semuanya tak ada baki yang nak disimpan.

Sebenarnya minggu ni ada kerajinan memasak disebabkan ada anak yang balik.
A set of mama's western food

Nasi Lemak Hijau

nasi lemak Ijo ngan lauk-pauknya

Breakfast pagi ni saya masak nasi lemak hijau, saja nak menunjukkan bakat dan kerajinan bangun awal pagi... cehwah...

sepinggan nasi lemak ijo

Wednesday, October 21, 2009

Macaroni Goreng

Macaroni goreng cheeeeseee

Kalau semalam saya masak bubor deghoyan pagi ni pulak saya masak masakan omputih, macaroni goreng tapi bukanlah style Italiano tu. Saya melayukan 'taste'nya maknanya dipedaskan sedikit.Kat rumah ni masakan apa pun boleh masuk dengan syarat mesti pedas.
Si kakak pula buat baked macaroni cheese saje nak lawan mama dia siapa punya masakan lebih laku.Akhirnya dua2 pun sedap dan semestinya laku. Boleh buka restoranlah lepas ni hehehe...

p/s: entri ni sepatutnya sudah di'published' kelmarin, tapi meragamlah pulak tenet kat rumah ni..ggrrrrrrr

Tuesday, October 20, 2009

Bubor Deghoyan

Nak tahu apa menu minum petang saya, nak bagi jelesss kengkawan bloggers terutamanya orang perak tu yang suka bebenor dengan slang peghoknye. Haha bubor deghoyan dicampur dengan pulut. Huiss makan sampei tak nampok emak mentue. Hehe. Yummyliciousss omputehnya...Jangan marahhh kalau "pronunciation"nya salah sebab saya orang perak dah loghat ke Selangor, sempadan Perak n Selangor.

inilah bubor deghoyannya

Wednesday, October 14, 2009

Jodoh Pertemuan

Ramai tengok kawan2 blogger buat n3 bertemu jodoh, terpanggil pula saya nak buat cerita tapi dah agak lama 26 tahun yang lalu. Sebelum bertemu dengan my hubby saya punya ramai kawan tapi dalam ramai2 tu tak adalah pula nak dijadikan special.Yang saya tahu berkawan biar seribu nak cari yang serasi amat payah sampailah satu ketika saya selalu pergi kerumah seorang kawan, satu tempat kerja yang boleh dikatakan sahabat. Dia telah berumah tangga tapi suaminya selalu outstation sebab itu saya selalu temankan.

Kebetulan jiran sebelah rumah sahabat saya orang bujang yang menyewa maka adalah satu jejaka ni selalu mencuri2 pandang. Masa tu jual mahalla juga sebab ramai jejaka buat pilihan tak lawa mana pun tapi dek suka melaram dengan makeup 3 inci maka dianggap ramai peminat. Sampailah satu hari jejaka ni memberanikan diri meminta sahabat saya menjadi orang tengah. Mulanya tak layan tapi bila tengok keikhlasannya kami mula menjalinkan persahabatan.

Sepanjang saya berkawan dengannya dia adalah seorang lelaki yang baik, penyayang dan pemurah. Boleh dikatakan setiap bulan dia akan membelikan saya pakaian atau apa saja yang saya mahu. Kalau dia balik kekampung emak dia akan mengirimkan buah tangan untuk saya. Punya 5 orang adik-beradik, anak bongsu dan hanya dia seorang anak lelaki dan yang bestnya semua kakak2nya telah berumah tangga ketika itu.

Kami berkawan agak lama hampir 3 tahun dan dalam pada itu banyak kali dia menyatakan hasratnya untuk melamar saya dan ingin berjumpa dengan keluarga saya tapi saya selalu menagguhkan kononnya masih terlalu awal, nak kumpul duit, nak tumpukan masa lebih pada kerja dan berbagai2 alasan. Dia tetap setia dengan kerenah saya.Terlalu baikkan jejaka ni jarang jumpa beb...


Satu hari saya dan kawan2 buat makan2 dirumah yang saya sewa (tinggal 4 orang) masing2 bawa pakwe dan salah seorang dari pakwe kawan serumah saya membawa seorang kawannya yang baru balik dari luar negara. Maklum baru balik luar negara speaking habis, dalam hati menyampah betul tengok mamat ni. Ini Malaysia cakapla melayu tapi tak baikkan tetamu layan ajelah. Ingatkan dah habis insiden bertemu pada malam tu dah overlah tapi seminggu lepas tu kawan serumah ajak saya temankan tengok wayang, saya yang tak perasan ikut saja rupa2nya mamat matsaleh celup ni ada bersama.

Selalu juga saya keluar dengan mamat celup mat saleh ni tapi mesti berempat tak pernah berdua2an. Kalau jejaka yang sangat2 menyayangi saya buat janji saya akan katakan balik kekampung dan berbagai2 alasan. Sebenarnya saya tak suka sangat pun tapi syok dapat berkawan dengan orang yang baru balik luar negara tambahan ditahun 80an susah nak dapat cowok macamtu ada standardlah konon. Masih berkawan rapat dengan jejaka pertama walaupun kadang2 dia dapat tahu penipuan saya. Kekadang saya terpaksa menerangkan yang mamat tu hanya kawan biasa sebab dia belum ada ramai kawan setelah beberapa bulan balik keMalaysia.

Setelah beberapa bulan berkawan dia menyatakan isi hatinya pada saya tapi saya ingat dia bergurau dan tak ambil pusing sampailah satu hari kawan saya dan partnernya membawa dia berjumpa dengan keluarga saya. Apalagi my parent pun teramatlah sukanya disebabkan selama ini mereka tak tahu yang saya mempunyai jejaka idaman. Masa tu umur pun dah sepatutnya beranak 2 apalagi yang nak ditunggu. Sebagaimana selalu kalau my parent bising kononnya pegawai mana lagi nak ditunggu, so apalagi yang ditunggu dan dah ada pula calonnya, maka tarikh yang dijanjikan pun berlangsung.

Hari ini mamat yang selalu saya cakap celup itulah yang menjadi suami saya. Setelah saya mempunyai 2 orang anak saya terjumpa sahabat lama saya di pizza hut, dia mengatakan jejaka pertama saya tu masih belum bertemu jodoh samaada kecewa atau pun belum bertemu dengan cewek yang serasi. Kadang2 terasa sangat bersalah tapi apalah daya, dulu tak berani menentang kehendak orang tua. Maaf sangat2 kerana menghampakan hati seseorang dan diharap jika anak2 saya mempunyai kawan, saya akan sarankan berjumpa dengan saya secepat yang mungkin.

Bulan December ini genaplah 26 tahun perkahwinan saya.

Tak ada gambar hubby sebab tak nak glamour, kononnya...

Tuesday, October 6, 2009

Kedai n Kisah Derita Anak

Dah 12 tahun saya menjadi suri rumah sepenuh masa ini bermakna dah 12 tahun juga saya telah menjualkan kedua2 buah kedai saya. Saya menjual kedai kedua kerana saya terpaksa mengambil alih kedai pertama saya buka yang dikendalikan oleh kakak sulong ( ibu tunggal) balik ke Perak kerana anaknya telah membelikan dia sebuah rumah. Dialah yang menolong saya mengendalikan kedai tu.Walaupun ada pembantu lain yang boleh membantu saya tapi disebabkan banyak urusan yang tak dapat saya lakukan sorang2. Kedai ni juga berjauhan dari rumah yang memaksa saya keluar pagi2 dan balik hingga kelarut malam. Anak2 saya tinggalkan dengan pembantu rumah sepenuh masa. Kadang2 nak jumpa anak pun susah bila balik mereka dah tidur, keluar rumah pun mereka masih tidur lagi.

Empat tahun kemudian satu lagi kedai terpaksa saya jual ... yang ini kerana derita salah seorang anak saya. Walaupun berat sekali membuat keputusan tapi disebabkan anak bongsu saya mengalami hipbone dislocated (tercabut) semasa umur dia 9 bulan. Dia mengalami demam berlarutan selama 2 bulan sehinggalah my hubby membuat keputusan membawa dia berjumpa dengan pakar. Kami diarahkan membawa my baby ke hospital dimana dia dilahirkan (Pusrawi, Kl) doktor disitu mencadangkan kami berjumpa dengan salah seorang doktor pakar(kenalan dia) Bila kami berjumpa dengan dr pakar tu barulah tahu apa punca my baby mengalami demam yang berlarutan.

Dua hari selepas dimasukkan kedalam wad, pembedahan pun dijalankan. Keluar saja dia dari bilik pembedahan dari badan hingga kekaki kiri dibaluti dengan simen. Bayangkan my baby terpaksa memakai benda ni selama 6 bulan, kita semua maklum benda ni rasanya panas dan tempat yang dibaluti rasa gatal. Bermulalah episod menangis sepanjang hari kecuali dia tidur. Rawatan demi rawatan dilakukan selain setiap 2 bulan simennya akan ditukar dan dipendekkan, yang kelakarnya warna pun bertukar2 colour, 2 bulan merah , 2 bulan hijau, dan 2 bulan lagi pink.Walaupun badannya berbalut dia tetap seperti kanak2 lain cuba berdiri dan berjalan (senget). Masa yang paling mencabar ialah semasa nak memandikan, saya terpaksa tonggengkan badannya dan rendamkan kepala kedalam besen lepastu lap2kan air ketempat yang tak berbalut. Sepanjang masa dia tidak memakai baju selain napkin dan kalau saya membawa dia keluar saya akan pakaikan singlet yang berlubang2 dan tak boleh terdedah cuaca panas.


14-1-1998 adalah tarikh keramat bagi saya kerana anak saya telah pulih walaupun masih berulang lagi kehospital. Pertama kali badan dan kakinya dibuka (setiap kali tukar my hubby yang masuk) ia kelihatan hitam dan yang membuat saya amat terkejut ( air mata meleleh) ketika melihat kakinya dipenuhi bulu yang tebal. Alhamdulillah atas saranan doktor yang merawat kulitnya kembali asal. Masih lagi menerima rawatan tapi hanya setahun sekali.Tahun lepas semasa berjumpa doktor, dia beritahu my girl adalah pesakit yang paling lama menerima rawatan. Appointment seterusnya December akan datang dan saya berharap tidak ada lagi rawatan . Setelah 13 tahun berlalu inilah my baby yang dah jadi girl, cute pula tu hehehe sayanggg mama.


Disini saya paparkan gambar2nya semasa rawatan dan yang latest.

seminggu selepas pembedahan.


cube jalan walaupun senget.


tengok la dia posing macam tak ade ape2 kat badan dia.


comelnye baby nie...cover sikit... malu..

cute kan ...latest...gambar raya..

taraaa...jangan terkejut lagi..nie orang yang same..dia test baju baba dia sebelum pakai di pagi raya..

Sunday, October 4, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat abang Mahmud (yang membeli salah satu kedai saya) kembali kerahmatullah. Arwah mengidap kencing manis hanya beberapa bulan saja.

Next n3 saya akan cerita kenapa saya jual kedai.

Luahan Hati Seorang Teman

Hari ni nak cerita luahan hati seorang kawan, jumpa kat majlis rumah terbuka. Agak lama tak jumpa masing2 sibuk tapi bila berjumpa banyaknya cerita yang nak diluahkan. Mulanya begini bila saya datang saya nampak dia duduk di satu sudut manakala suaminya very busy dengan kawan2 yang memang kenal lama. Riuh rendah dengan gelak ketawa tak tahulah apa yang mereka borokkan. Setelah mengambil makanan saya menuju ke tempat dia ( dah ada kerusi ) agak sunyi di satu sudut lalu menyapa'' dah makan, kenapa duduk sorang2'' sambil senyum dia menganggokkan kepala. Saya tanya lagi "boleh saya joint"dia jawab" sila" saya pun dengan senang hati duduklah bersebelahan dengan dia, sempat usik lagi" happynya cik abang"dia jawab "biasalah bila dia jumpa orang dia". Saya agak kehairanan dengan jawapan yang diberi "haik ada pula orang dia, orang kita, tak fahamlah you ni mentang2 dah lama tak jumpa banyak kedengaran yang pelik2" senyum lagi tapi saya dah mula nampak dimatanya dipenuhi air yang menunggu masa untuk mengalir. Rasa takut juga kalau2 ada kata2 saya yang membuatkan dia terkecil hati, saya sentuh lututnya kebetulan saya duduk mengadap dengannya. Apalagi akhirnya air yang bergenang tadi gugur juga, lalu saya hulurkan tissue dan biarkan dia buat seketika.


Beberapa saat (mungkin dah reda) dia mula membuka mulut sebelum tu tanya saya kalau nak cepat balik tapi melihatkan my hubby pun masih bussy berborak, saya pun menganggokkan kepala tanda setuju untuk mendengar.

Alkisahnya, tentang perihal suami yang dah lama hidup bersama tapi masih dengan perangai lama. Katanya kalau suaminya berjumpa dengan kawan2, jumpa saudara mara sebelah dia ( suami ) kalau ketawa buka mulut sampai ke telinga, berubah 360 darjah bila bertemu dengan keluarga sebelah dia pula. Tak ada angin ,tak ada sebab dia akan menjadi bisu seribu bahasa walaupun layanan yang diberi 1st class.Yang sedihnya menurut kawan saya tu bila di meja makan langsung tak bersuara tapi kalau keluarganya datang siap ambilkan makanan dan hulurkan pada mereka. Suara dan gelak ketawa tak boleh cerita, gamat, riang sangat2.

Bila hariraya kalau balik rumah keluarga suami siap tolong kemas rumah, berbelanja tak boleh nak ceritalah itu memang di wajibkan selain duit bulanan yang wajib di tambah. Yang paling sedih katanya bila nak balik ke rumah keluarga sebelah dia (isteri ) pula akan dilengah2kan tunggu sampai ke petang, tunggu teduh dan macam2 lagi alasannya. Pernah terjadi semua beg telah di masukkan ke dalam bot kereta, dah salam2, dah keluar pakai kasut tetiba ada saudara yang datang, boleh masuk balik bersembang walaupun menjelang malam.Tapi pernah juga berlaku sedemikian rupa di sebelah dia (isteri ) suaminya tetap menuju ke kereta selepas bersalaman di depan pintu. Pernah juga berlaku ketika dirumah kakak isteri tengah menjamu selera tetiba suami menyatakan dia kurang setuju anak2 dibawa adik pergi beraya kerana menurutnya nanti lambat nak kerumah keluarganya. Mereka ni dari satu negeri cuma dipisahkan beberapa buah pekan.

Yang paling menyayat hati ketika bapanya sakit tenat tak pernah sekali pun suaminya bertanya keadaan bapanya jauh sekali menalipon. ( tak pernah talipon semenjak kahwin.) Tentang perbelanjaan pula bapanya tiap2 bulan wajib dikirim selain sana sini tambahan tapi mentua dalam setahun mungkin sekali dua itu pun tak kurang dan tak lebih rm 50.oo ( lebih jelas bukan rm500.00 atau rm 5000.00 ). Katanya lagi semasa mereka baru kahwin bapanyalah yang mendahulukan duit muka untuk rumah pertama yang mereka beli. Layanan atau apa saja kekurangan, keluarga dialah yang akan menghulurkan bantuan, boleh dikatakan 1st class tapi sebaliknya berlaku kalau mereka ada masaalah kewangan atau apa saja.

Kali ni airmatanya semakin deras apabila dia menceritakan peristiwa ( dah lama berlaku) suaminya memukul dia gara2 dia menghalang suaminya memberikan wang lagi untuk hantaran perkahwinan kali ketiga bapanya ( setelah ibu kandungnya meninggal hanya beberapa bulan saja.) Dia bukan suka2 menghalang tapi duit dia sendiri (dapat kutu ) telah digunakan oleh suaminya untuk membeli cincin pernikahan bapanya dan berjanji akan memulangkan semula wang itu tapi menurutnya sampai sekarang masih belum dibayar. (dah bertahun2)

Sebelum ni ada juga saya dengar dari kawan2 lain tapi biasalah kita tak ambil pusing sebab kisah rumah tangga orang kita tak tahu sejauh mana kebenarannya tapi bila mata saya sendiri menyaksikannya memang sahlah sikap suami yang berat sebelah (selalu terjadi pada sang isteri ) dan boleh dikatakan tak mengenang jasaaa...

P/s; Di jauhkan dapat suami yang sedemikian rupa, simpang malaikat 44 uuhhh...

Saturday, October 3, 2009

Raya Kali Kedua n Makan- Makan Lagi

Yeay...raya, hari ni kami raya tapi kena sambung hari isnin satu hari lagi sebab nak cukupkan 6 hari. Kebetulan pula hari ini jiran depan rumah saya buat rumah terbuka terpaksalah break puasa. Tahun ni saya buat puasa awal sebab mulai minggu depan banyak kenduri yang nak dihadiri, yang keduanya minggu depan anak saya balik bercuti setelah habis periksa.


Best kalau ada dia, mesti ada sesi masak2 dah tu sesi makan2 tak cukup dengan tu sesi makan2 kat luar pun wajib, tak ketinggalan mesti cari makanan kegemaran dia apa lagi kalau bukan satay Hj Samuri yang terletak kat Kajang tu. Kekadaang baba dia malas nak pergi jauh makan aje kat highway Awan Besar tapi suasana tak berapa feel macam di Kajang. Lepas tu jalan2 cari makan akan bersambung lagi, western food juga mesti dalam list, yang ni kami tak ada specified tempat janji sedap dan selesa yang penting servise mesti class. Jalan2 cari makan akan berterusan sampai lah penghuni yang ada dalam rumah kembali asal.

Begitulah rutin saya kalau ada anak yang balik mesti bawa mereka makan di tempat2 yang mereka suka. Sekarang kalau nak holiday pun susah tak dapat nak kumpul semua dalam satu waktu yang sama itu pun cuma cuti2 Malaysia aje. Dah agak lama tak terbang jauh rindu juga pada anak yang ada kat Uk tapi fikirkan ongkosnya yang berlipat ganda pendamkan dulu perasaan ini. Nasib baik tahun lepas dia ada balik, terubat jugalah rindu pada dia.

Thursday, October 1, 2009

Gegaran n Bencana

Semalam adik balik dari sekolah tanya saya ( tengah sibuk masak) tadi mama ada rasa tak goyang2? saya jawab tak ada apa2 pun. Dia menceritakan semasa guru matematik sedang mengajar tiba2 rasa macam pening kepala lepastu meja dan kerusinya bergoyang, kebetulan kawan sebelah dia pun merasai apa yang dia rasa lalu memberitahu pada cikgu. Nasib baik cikgunya pun rasa sesuatu, tapi disebabkan gegaran tu hanya beberapa saat saja berlaku dan hanya segelintir saja yang mengalaminya dibiarkan berlalu begitu saja. Bila tengok berita pukul 8 malam barulah sedar rupa2nya gempa bumi berlaku di Sumatera, Barat Indonesia setinggi 6.9 scala. Gegaran turut dirasai di JB selain beberapa tempat di Kl dan diselangor.

Bila saya baca surat khabar bukan hanya gegaran berlaku tapi beberapa buah negara juga mengalami bencana seperti di New Zealand mengalami tsunami, di Vietnam pula mengalami banjir dan paling menyayat hati seorang gadis jadi mangsa banjir taufan di Kelantan. Alfatihah buat beliau dan takziah buat keluarganya.