Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah

Takziah buat keluarga jiran saya .Anak lelakinya berumur 15tahun kembali kerahmatullah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.Amin.

Tuesday, July 28, 2009

Warga Tua

Warga Tua A....
Punya anak tujuh orang termasuk dua orang anak tiri.Semua dah berkeluarga.Punya ramai cucu,ada yang dah berkeluarga,ada yang menjawat jawatan tinggi.

Hidup sunyi,mungkin ada anak yang tak pernah jengok,mungkin ada yang 2 kali setahun,ada yang dijadikan transit apabila melalui tempat tersebut.


Bulan Syawal amat sedih.Rumah jiran dikelilingi kereta anak2,riuh rendah,tapi warga tua A bersendirian.Kalau ada pun yang datang cuma ziarah,2 atau 3 jam sudah balik.Ada yang jadi teman tidur lepas tu pergi kerumah lain.


Persoalannya, kenapa jadi begitu? Tak mungkin semua anak2 dan cucu tidak menyayangi.Tentu ada sebab yang tertentu......
Dimana silapnya???


Warga Tua B....
Punya anak tujuh orang,semua sudah berkeluarga.Punya ramai cucu ,ada yang dah berkeluarga.
Anak dan cucu berjawatan tinggi.

Hidup senang dan bahagia,selalu dikunjungi,selalu dibawa makan angin.Pernah jatuh sakit yang serius. Anak,menantu dan cucu berebut2 untuk menjaga.

Bulan Syawal paling seronok dan gembira .Dari pangkal hingga hujung jalan dipenuhi kereta anak2 dan cucu.Tak cukup tempat sanggup sewa hotel atau resthouse tapi hanya untuk tempat mandi dan tidur.Lepas tu kumpul ramai2,masak macam buat kenduri.meriah sekali.....

Persoalannya;Apa petuanya.....

p/s;tepuk dada tanya selera....

Rindu

Pernah tak ada perasaan rindu?..Rindu pada sesiapa saja,contohnya, suami rindu pada isteri, isteri rindu pada suami,ibubapa rindu anak2, anak2 rindu ibubapa ,pusing2 tang tu juga,rindu siapa2lah.Tapi saya amat rindu pada satu panggilan,bukan panggilan itu.....takuttt.

Semasa saya kecil sehinggalah dewasa saya amat rapat dengan salah seorang daripada abang2 saya,macam belangkas.... Setelah masing2 berkeluarga berlakulah sedikit perselisihan faham , maka masing2 membawa diri.Begitulah juga dengan panggilan itu,tidak kedengaran lagi.

Kalaulah my brother ada terbaca blog saya ini saya nak dia tahu saya tak pernah membenci dan melupakan dia.Sampai kesaat ini saya amat menyayanginya seperti dulukala.Kalaulah boleh masa diputar kebelakang saya ingin mengulangi kemesraan itu dan ingin dia memanggil nama itu lagi......Tebo.

p/s: hanya dia satu2nya memanggil saya dengan nama itu (nama manja).

Monday, July 27, 2009

Vanilla N Tom Dalam Kenangan...

Semasa saya membuka pintu nak keluar terpandang sesuatu,ya Allah...vanilla.
Saya panggil suami untuk memastikan apa yang saya lihat . Sah...memang vanilla dah tak bernyawa.Kasihan......Sedihnya. Vanilla adalah kucing kedua saya selain kucing2 lain yang dipelihara oleh suami dan anak2.


kematian vanilla mungkin disebabkan keracunan makanan.Taklah macam kucing pertama saya yang diberi nama Tom.Tom mati amat tragis,ia dilanggar oleh suami saya semasa nak reverse kereta.Saya dan anak2 menangis,sempat pula saya bawa keklinik,kelakarnya bukan klinik haiwan.Dah panik...tapi doktor sporting , mungkin tengok muka sedih gila kot.


Vanilla dan Tom ditanam dibawah pokok mangga ,dihadapan rumah saya .Semuga mereka aman disana.

Supplement

Salam....,
ari ni terasa letih sangat.....semalam buat gardening , tak banyak mana pun tapi badan rasa sakit2 . Dok fikir2 apa sebabnya...makan sudah., minum pun sudah apa lagi yang tak kena.

Semasa nak ambil pen diatas rak terpandanglah benda ni ....oh ya, baru teringat sudah beberapa hari tidak diambil.Selain dari ubat darah tinggi yang wajib diambil tiap2 hari, saya juga mengamalkan pengambilan supplement. Umur pun dah meningkat tambahan pula sekarang banyak sangat fast food, kenalah berhati2.Dah lama juga saya mengamalkan vitamin ni terasa pula keserasiannya .Pernah juga cuba brand lain tapi vitamin yang saya amalkan lebih mujarab.Contohnya, kalau saya kena selsema, pagi saya ambil vitamin C, petang dah clear.

Mungkin lain orang, lain keserasiannya.Tapi kalau nak mencuba apa salahnya.

Sunday, July 26, 2009

Penjaga

Saya nak tanya satu soalan?......eh,ada ke orang baca blog saya, tak apalah mana tahu kalau ada yang tersesat.
Masa kecil2 dulu pernah tak berangan atau pasang cita2 ,bila besar nanti nak jadi doktor,peguam,jurutera dan sebagainya.Bila dah besar jadilah yang dicita2 , lepas tu dapat banyak duit nak berkeluarga pula.lepas tu eh..banyaknya lepas tu....mesti nak ada zuriat jugak kan .Kalau dah suami isteri bekerja mesti nak ada penjaga.Oleh sebab masih tinggal dengan keluarga maka si ibulah yang jadi penjaga .Sanggup tak kalau ibu kita yang jadi penjaga ish..tak patut, kalau orang gaji hampeh...tak ada hati perut.

Kalau tanya saya jawabnya pemantau boleh kot atau lebih sedap supervisor.Seeloknya kalau dah berkeluarga carilah tempat tinggal lain dan uruslah keluarga sendiri.Nak hidup beb....pandai2lah.

Salam Perkenalan

Salam,ini entry pertama saya.Selalu jadi silence reader aje.Tengok anak pun ada blog seronok pula.Cuma buat untuk suka2, mana tahu kalau2 ada yang sudi singgah dan boleh dijadikan kenalan dalam alam maya.tq,jumpa dilain entry...