Monday, August 31, 2009

Penat Tapi Seronok

Huish lamanya tinggalkan blog bersawang, berhabuk dan macam2 lagi, kononnya sibuk buat kerja rumah tapi entah buat apa2 kemas sana kemas sini semua tak siap2. Lantaklah baik baca blog tenang fikiran boleh senyum sendirian. Yang seronoknya bila anak saya balik cuti hari itu mulalah saya berangan nak masak sedap2 ( iya ke sedap) masak asam tumis ayam, goreng kangkung, daging salai,goreng ikan masin jeruk kuihnya pula karipap.Tapi bagi orang yang duk jauh dari keluarga tentu rasa sedap bila sesekali balik bercuti.

~kuih cara berlauk~
menjadi rebutan my nephew & nieces

~close up sikit~

~buah melaka / onde-onde~

On saturday pula, my brother call boleh ke datang rumah utk berbuka puasa, dok fikir lagi alamak semalam dah penat masak macam2 tapi takpe ada assistant 2 orang taklah susah sangat nak buat keputusan akhirnya ini adalah antara juadah kami berbuka puasa bersama-sama dengan anak dan isterinya...haritu saya masak ayam msk percik, gulai lemak udang campur kacang buncis, paprit ayam campur udang (this meal my SIL yang masakkan) dan sambal sotong..kuihnya pula buah melaka, cara berlauk, dan puding cocktail..pencuci mulut buah tembikai dan mangga yang dipetik di halaman rumah..

~homemade ayam percik~

~gulai udang with kacang panjang~

~paprik seafood campur ayam (my sis in law masak)~

Sunday pula bawa anak shopping ke Midvalley pagi dah keluar takut sesak tambahan pula sale 2 hari sempena merdeka. Kakak ikut saya manakala adik ikut my hubby masing2 cari keperluan sendiri. Kami keluar masuk kedai sampailah ke petang. Petangnya kami ke Shah Alam untuk membeli juadah sebab saya tak masak.Cuti setelah 1 minggu bertungkus lumus kat dapur. Banyak juga juadah2 yang diangkut dari bazar Ramadhan tu lagi pula siKakak memang rindukan kuih tepung pelita dan kuih popia yang memang kegemarannya.Hubby pula tak ketinggalan dengan nasi yang berwarna birunya[nasi kerabu] manakala yang lainnya saya belikan nasi beriani dan nasi tomato selain kuih muih dan lain2.

Monday awal2 lagi saya sudah kedapur untuk menyediakan juadah2 yang harus dibawa anak untuk balik kekampus, setelah bercuti selama 4 hari. Selain dari makanan sempat juga saya mengait buah mangga di hadapan rumah dapat 5 biji yang masak. Petangnya saya ke Shah Alam terminal pula untuk menghantar anak balik ke Melaka. Bila dah kembali ke rumah terasa sunyi dan kami berbuka puasa seperti hari2 biasa. Rutin biasa selepas berbuka puasa harus cepat2 ke masjid untuk melakukan yang dituntut, kejar pahala yang berganda shhhhh...

p/s: sorry sebab terlewat sedikit upload gambar. Masalah teknikal =P

Friday, August 21, 2009

Tahlil

Hari terakhir sebelum menjelang Ramadhan my hubby order makanan [ dah tak ada tukang masak] untuk dihantar kesurau buat tahlil. Menjelang maghrib hujan turun, takut tak ada orang datang.

Setelah azan berkumandang seorang demi seorang datang tapi masih kecil bilangannya. Habis solat maghrib ada yang baca Quran, ada yang sembang2 dalam pada tu masa terus berlalu sampailah waktu isyak.

Selesai solat isyak, makanan pun diedarkan, alhamdulillah ramai jemaahnya.Walaupun ada sedikit makanan yang berlebih kami bekalkan kepada yang sudi. Syukur... sampai juga hajat kami membuat tahlil.

Wednesday, August 19, 2009

Azam

Ramadhan datang lagi...

Para ibu dan isteri terutamanya yang full time dok rumah lebih sibuk dari ibu/isteri yang bekerja. Merancang nak buat apa, nak masak apa dan macam2 lagi. Saya dan hubby dah buat kata sepakat tahun ni tak nak buat pembaziran. Masak seadanya kalau beli pun tak banyak2 tak nak ikut nafsu boleh percaya ke? terutamanya my hubby yang suka singgah di bazar Ramadhan.

Sebelum ni ada juga berbuka puasa kat luar terutamanya kalau anak2 semua ada tapi tahun ni rasa nak cut downlah mugkin sekali aje, kalau tak keluar langsung merajuk pula nanti, hish... susah juga anak2 dah besar ya. Apa2 pun saya berharap dapatlah kekalkan azam untuk tidak membazir dibulan Ramadhan ni insyaallah...

Kepada blogger2 yang mengenali saya atau sesiapa yang terbaca blog saya diucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan kalau ada kesilapan di dalam penulisan saya harap dimaaf kan. Semuga kita semua mendapat taufik dan hidayahnya, amin.

Monday, August 17, 2009

Boring

Weekend yang sedikit boring.
Selalunya sebelum bulan Ramadhan menjelma, saya sudah mula mengintai2 keperluan disupermarket.Tau2 sajalah Kl akan menjadi sesak disebabkan berpesta dengan bazar Ramadhan.

Semalam bercadang hendak pergi tapi terbantut apabila mendapat berita salah seorang jiran dijangkiti virus H1N1.Tak ada activity cuma mengadap tv yang entah apa2 siarannya [dah kurang minat]sampai kepetang. My hubby ajaklah buat sesuatu untuk keluarkan peluh, lama termenung at last dapat idea.Macamana kalau kita buat gardening, ya happy sangat2 ada orang serah diri bestnya....Apa lagi berubahlah pasu2 yang dah lama dok setempat, susun sana susun sini berbaldi2lah keluar peluh huhuhu....

Apa2pun kita sama2 berdoa semuga wabak ini cepat berakhir.

Friday, August 14, 2009

Pening

Lama tak update blog, ari ni nak cerita pasal pening bukan pening sebab masaalah tapi pening betul2. Penyakit pening yang disengajakan.. ko..nonnya nak mengurangkan bajet atau apa2 ajelah.

Bulan April yang lalu saya mengalami pening yang agak kuat dan berlarutan. Dah tak tahan sangat my hubby bawalah saya kehospital sah kena tahan pressure terlalu tinggi. Dah dapat rawatan 2 hari discharge, pulus keluar pun boleh tahan. Doktor bekalkan ubat utk dimakan selama seminggu.

Lepas tu sihat, tak ada pening2 lagi, menurut doktor ubat yang dibekalkan tu baik juga untuk buah pinggang 2 in 1 lah kononnya. Seminggu lepas tu ubat pun habis, cuba makan ubat yang lama... hai pening dah kembali.. berhari2 gosok minyak kat kepala sampai satu badan bau minyak angin, tak lut juga.

My hubby pun dah mula bising balik office tengok muka monyok, kerja rumah terbengkalai semua tak terurus. My hubby pun bawalah saya kehospital lagi tapi tak nak masuk wad cuma nak beli ubat yang dibekalkan doktor. Sampai kat kaunter pembayaran, mak datuk... mahalnya... cuma untuk satu jenis ubat beratus beb. Buat muka sedih ajelah bayar nak buat macamana. Kalau untuk satu bulan tak apa juga tapi kena makan berbulan2...kasihan my hubby poketnya bocor lagi ditambah dengan duit vitamin, betul2 bocor...kadang2 terfikir juga macamana nak kurangkan kebocoran poket laling kita....

Konon nak jimat tapi penyakit tak nak pergi. Dia pun pandai pilih yang baik punya. Bak kata my hubby maintainance you mahal apa boleh buat, barang lama tak boleh buang...

Monday, August 10, 2009

Demam -Berjalan

Minggu ni minggu demam, baru aje anak perempuan sembuh adiknya pula demam.Belum pun adik sembuh sepenuhnya saya pula demam. Semua sendi2 sakit. Badan sekejap sejuk sekejap panas.Pakai baju dan selimut tebal masih sejuk. Selepas 2 hari makan ubat panas badan mula berkurangan.

Hari sabtu pukul 9 pagi saya ,my hubby, 2 anak perempuan dan seorang kawan anak bertolak ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pertunangan dan doa selamat kawan karib mereka. Kedua2 majlis ini diadakan serentak untuk orang yang sama kerana bulan depan beliau akan berlepas ke Uk untuk melanjutkan pelajaran.

Semua ahli keluarganya amat mesra walaupun baru pertama kali bersua.
Kami dijamu dengan makanan yang enak, dan dilayan dengan baik sekali. Selesai makan rombongan lelaki pun sampai dan majlis pun dilangsungkan.Cantik hantarannya terutama hantaran dari pihak perempuan yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan. Selesai semuanya kami pun minta diri untuk pulang.

Semasa menyusuri jalan my hubby terpandang papan tanda Sri Iskandar. Ia teringat kepada seorang sahabat yang dah lama tak dikunjungi.My hubby cuba menghubungi dan kami diajak singgah kerumahnya.Banyak isu yang dibincangkang,maklumlah dah lama tak berjumpa. Dekat maghrib baru kami bertolak keKl.

Besoknya sekali lagi kami meyusuri jalan raya untuk menghantar anak saya ke Melaka kerana cutinya telah habis...

Sambil menyelam minum air.Dalam keadaan badan yang kurang sihat dapat juga pergi berjalan2 & ziarah kawan lama.

Jumpa dilain n3...

Wednesday, August 5, 2009

Hutang

Kalau diberi pilihan yang mana nak, peminjam atau pemberi pinjam? Patut tak kita minta balik duit yang dipinjam daripada sipeminjam yang dah berpuluh tahun pinjam tapi buat tak tahu aje...


Semasa meminjam datang jumpa dengan muka yang amat sedih, merayu2 dan berjanji akan bayar paling lewat dalam masa 3 tahun. Masa silih berganti, economi pun semakin pulih dan berlipat ganda, tapi janji tinggal janji....


Inilah manusia yang tidak pernah menepati janji...


p /s :Takut roh tergantung...

Tuesday, August 4, 2009

Ceria


Hari ini seronok dan gembira sangat apabila melihat pokok2 saya mengeluarkan bunga, terutama pokok bunga kertas dan orkid. Berwarna warni halaman saya dibuatnya. Cantiknya.. Tak jemu mata memandang.

Inilah yang membuat saya bertambah rajin untuk berkebun.Dari dulu lagi saya memang suka pada pokok2 tak kiralah pokok jenis berbunga atau pun yang jenis berdaun. Kalau ada pokok2 disekeling rumah nampak lebih berseri. Lagi pun pokok akan memberi kita lebih oxygen.
Kebanyakan pokok2 ni saya beli dari Sungai Buloh dan ada juga yang diberi kawan2. Satu lagi hobi saya kalau saya pergi kemana saja, nampak pokok yang unik saya akan beli dan kadang2 tu sanggup minta pada tuannya. Buat muka tak malulah..

Hobi ni sebenarnya menurun dari arwah emak saya yang suka berkebun. Jadi sekarang ni sayalah yang mewarisinya. Tenang bila tengok pokok yang ditanam hidup subur dan berbunga mekar.



===> benda yang boleh menjadi terapi harian minda kita :)

Monday, August 3, 2009

Ikea

Semalam untuk breakfast, saya buat mini murtabak [ceduk dari blog ummi] dan lepas tu ajak my hubby pergi Ikea.Memandangkan dah tengahari, lebih baik pergi selepas lunch. Sekali lagi resipi dari ummi , saya masak , pencoh ayam panggang. Memang lazat kalau resipi dari dapur ummi ni .Maaf banyak2 sebab saya tak minta izin darinya. Saya cuma jadi silent reader saja. Ya ampun =p

Dah selesai semuanya barulah saya, my hubby dan 2 anak perempuan saya pergi.Dah agak lama tak kesana, biasalah kalau ke ikea pasti ramai orang. Saya pula kalau kesana, area yang paling saya suka ialah bahagian pinggan mangkuk. Boleh berjam2 kat situ, pilih punya pilih inilah pinggan mangkuk yang saya angkut diatas persetujuan my hubby dan anak2.


Oh ya..Saya nak war2kan sesuatu. Sesiapa yang nak pergi ke ikea jangan lupa bawa plastik sendiri kerana ikea tidak lagi membekalkan plastik sekiranya anda membeli baranganya. Anda harus membayar 20sen untuk satu plastik. Dah kaya lagi kedekut :( Tapi bila difikirkan kebaikkannya elok juga, ia boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sampai disini sahaja kisah weekend saya. Jumpa di lain n3..

Saturday, August 1, 2009

Mati Lagi

Seekor lagi kucing yang dipelihara anak saya yang diberi nama Zuba, mati. Dari pagi dia tak berapa aktif hanya baring dan tak mahu makan.

Petang my hubby bawa ke klinik, doktor beri 2 injection sekali gus.Menurut doktor paru2nya dijangkiti kuman. Sampai kerumah beberapa minit badannya semakin lembik dan tak bergerak. My hubby cuba angkat kepalanya,tiba2 seluruh badan menggigil terus tak bergerak2 lagi.

Zuba tinggalkan kenangan dan pergi bersama2 Tom dan Vanilla.

Risau

Kemarin dapat call dari anak,katanya dia demam.Terfikir tempat dia belajar ramai student foreigners.Otak ni memang selalu fikir negative,wabak...h1n1.Risau sangat2.......

Malam call ,tanya macam mana keadaan dia,katanya badan terlalu panas,tekak perit sangat,nak telan air pun tak lalu .Hati bertambah risau...

Pagi call lagi,kalau2 dia boleh jalan pergi klinik,katanya dia cuba.Tak lama lepas tu dia bagi tahu dapat mc.Saya call hubby bagi tahu anak dapat mc, katanya dia ada meeting tapi cuba cepat habiskan.

Menjelang tengahari,my hubby balik,saya pun bersiap utk menjemput anak keMelaka,tapi sebelum tu kena ambil seorang lagi anak dekat sekolah.Perut terasa lapar sangat tapi disebabkan risau selera makan hilang.

Petang sampai Melaka,terus panjat tangga tampa mengira tingkat yang keberapa , ketuk pintu terjah masuk,kebetulan pintu tak kunci,ketuk pintu bilik..ya Allah salah pintu..muka selamba, say sorry ajela .

Naik satu lagi tingkat,aduh penatnya,dahlah perut keroncong tapi takpe demi anak apa pun sanggup buat.Sampai saja depan pintu, dah sure betul terjah sekali lagi ,memang stail student kat sini tak kunci pintu..masuk .

Tengok muka anak kesiannya,badan tersangatlah panas. Siapkan semua keperluan masuk dalam beg,dah siap semuanya call my hubby naik atas, angkat beg dan segala barang.Saya pun bawa anak balik keKl.Kami singgah diperhentian Seremban untuk mengisi perut yang sangat2 lapar. Alhamdulillah perut dah kenyang,anak pun ada bersama saya.

Kami pun meneruskan perjalanan untuk sampai kerumah.Setelah dua hari dirawat "doktor" yang tak bertauliah anak saya pun bertambah sihat.Alangkah gembiranya , tiada risau lagi.........Amin.