



Salam....sibuk yang melanda... tetamu datang dan pergi sampai nak berblog pun tak sempat. Walau bagaimana pun seronok bila saudara mara dan rakan2 datang menziarahi. Kalau tetamu datang tuan rumah terpaksalah masak apa2 yang patut tapi dengan syarat diberitahu terlebih dahulu.
Rasanya dah ramai mula menjalankan tugas seperti biasa setelah balik dari kampung halaman dan ada juga yang melayan tetamu yang tak henti2. Memang seronok bila dapat berkumpul dan makan2 bersama. Tapi jangan lupa melakukan satu lagi tugas yang kalau dilakukan mendapat ganjaran yang berganda. Anda semua dah mula buat puasa sunat(puasa 6), alhamdulillah saya sekeluarga dah mulakan tapi tak tahulah boleh buat terus atau kena break sebab tak elok pula kalau kita tak pergi jika ada jiran atau saudara mara yang membuat rumah terbuka.
Disini saya paparkan barang2 hadiah yang diberikan hubby, anak2, menantu dan adik sempena hari jadi saya pada 7hb September yang lepas. Kebetulan hari jadi saya jatuh pada waktu puasa maka hubby dan anak2 membawa saya makan /berbuka puasa di Kenny Roggers. Alhamdulillah saya masih diberikan nikmat untuk merasai segala2nya. Kebetulan beberapa hari lagi nak menyambut hari raya saya agak sibuk membuatkan n3 untuk hari jadi sendiri tak dapat dimasukkana pada waktu yang sepatutnya.
p/s...paling seronok tahun ni dapat banyak duit raya selain duit dan hadiah sempena hari jadi.