rumah Ku syurga Ku
Tuesday, September 21, 2010
Nikmat
Salam....sibuk yang melanda... tetamu datang dan pergi sampai nak berblog pun tak sempat. Walau bagaimana pun seronok bila saudara mara dan rakan2 datang menziarahi. Kalau tetamu datang tuan rumah terpaksalah masak apa2 yang patut tapi dengan syarat diberitahu terlebih dahulu.
Rasanya dah ramai mula menjalankan tugas seperti biasa setelah balik dari kampung halaman dan ada juga yang melayan tetamu yang tak henti2. Memang seronok bila dapat berkumpul dan makan2 bersama. Tapi jangan lupa melakukan satu lagi tugas yang kalau dilakukan mendapat ganjaran yang berganda. Anda semua dah mula buat puasa sunat(puasa 6), alhamdulillah saya sekeluarga dah mulakan tapi tak tahulah boleh buat terus atau kena break sebab tak elok pula kalau kita tak pergi jika ada jiran atau saudara mara yang membuat rumah terbuka.
Disini saya paparkan barang2 hadiah yang diberikan hubby, anak2, menantu dan adik sempena hari jadi saya pada 7hb September yang lepas. Kebetulan hari jadi saya jatuh pada waktu puasa maka hubby dan anak2 membawa saya makan /berbuka puasa di Kenny Roggers. Alhamdulillah saya masih diberikan nikmat untuk merasai segala2nya. Kebetulan beberapa hari lagi nak menyambut hari raya saya agak sibuk membuatkan n3 untuk hari jadi sendiri tak dapat dimasukkana pada waktu yang sepatutnya.
p/s...paling seronok tahun ni dapat banyak duit raya selain duit dan hadiah sempena hari jadi.
Wednesday, September 15, 2010
Pertemuan
Agak lama saya cuti dari berblog, banyak cerita yang dah jadi basi tapi mungkin bila ada kesempatan saya akan cuba masukkan buat tatapan saya di masa hadapan. Disini saya ceritakan aktiviti saya setelah anak balik ke Uk. Hari raya ke 2 saya sekeluarga ke Klia untuk menghantar anak dan menantu balik ke Uk. Sedih sangat masa berpisah, rasa sekejap aje 2 minggu bersama mereka, walau bagaimana pun banyak aktiviti yang kami buat ketika bersama.
Hubby mencadangkan kami ke Ipoh ke esokkan harinya untuk bertemu dengan kakak dan anak2nya yang mungkin dah balik dari Sungai Petani. Kalau ikut perancangan tahun ni keluarga saya berkumpul di Sungai Petani sebab ayah tinggal dengan adik, tapi rancangan terpaksa diubah disebabkan anak saya balik dari Uk.
Hari ke 3 pagi2 lagi kami bertolak tapi belum pun sampai ke Rawang dapat berita dari adik anaknya accident. Mulanya saya nak terus ke Sungai Petani tapi adik mencadangkan supaya kami ke Ipoh saja sebab anaknya akan dipindahkan ke Subang Jaya Medical center setelah dapat pengesahan dari doktor Pantai Medical Centar Sungai Petani. Dalam perjalanan kami masih berhubung dan adik mengatakan tak perlu risau sebab motor yang melanggarnya cuma dibahagian tepi pinggang dan terdapat sedikit luka2.
Sebelum ke Ipoh kami singgah di Teluk Intan untuk menziarahi pusara kedua ibu bapa hubby, sempat juga kami kerumah saudara mara yang terdekat, tapi yang paling seronok saya dapat berjumpa dengan blogger( seorang student Irbid, Jordan ) yang sedang membuat practical di Hospital Teluk Intan. Saya sangat2 terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan yang diberikan walaupun kedatangan saya sekeluarga tidak diberitahu sebelumnya.
Malam baru saya sampai ke rumah anak buah (Ipoh), dapat pula berita baik dan gembira adik sekeluarga akan singgah pada esok harinya setelah anak buah discharge dari hospital. Saya sekeluarga tinggal 2 malam dan dapat berkumpul semula dengan adik beradik walaupun sebelumnya saya sekeluarga tak dapat berkumpul di Sunagi Petani. Inilah yang dikatakan kita cuma merancang tapi Allah yang menentukan.

Tuesday, September 7, 2010
Salam Lebaran
Salam semua, agak sibuk buat masa ini sampai berblog pun tak sempat apa lagi nak menziarahi blog kawan2. Apa2 pun saya nak ucapkan banyak2 terima kasih pada rakan2 yang comment n3 saya dan maaf banyak2 sebab tak sempat nak balas.
Terima kasih pada rakan2 yang ucapkan Salam Aidil fitri dan pada ckLah dan ibuintan yang sudi bagi kad raya. Sayang semua...
Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan jika terdapat ada kata2 saya yang menyinggung perasaan rakan2 dan akhir sekali Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada semua yang menjadi rakan blog saya atau pun yang ada diluar sana semoga dengan kehadiran bulan Syawal ini kita sebagai umat Islam masih mengekalkan amalan2 kita semasa melalui bulan Ramadhan yang tak lama lagi akan berakhir.

Wednesday, September 1, 2010
Hari-Hari...Bersama
Malam 31 ogos saya anak beranak ke Dataran konon nak tengok bunga api, mulanya saya tak nak pergi tapi anak dan menantu mengajak juga jadi terpaksalah ikut. Saya dan hubby agak lewat baru pergi, sampai saja di depan bangunan Bandaraya langsung kereta tak bergerak, punyalah jem dan terlalu ramai orang. Malangnya apa yang dihajatkan apa pun tak ada, yang ada cuma sorak pekik budak2 muda dan bunyi hon kereta dan motor. Akhirnya kami semua membuat keputusan untuk pergi kekedai makan di Kg Pandan. Balik rumah agak lewat tak bersahur di rumah sebab dah kenyang dan terus tidur.
Semalam pula sibuk sikit sebab anak perempuan nak balik ke kampus cuti cuma 4 hari, seperti biasa kalau dia balik naik bas saya akan menyediakan makanan untuk dibawa balik, sempatlah masak rendang ayam, goreng sayur dan buat sedikit kuih. Petangnya saya dan hubby, anak sulung dan isterinya ke Bukit Jalil untuk menghantar si kakak.
Selepas berbuka semua pergi ke Bandar One Utama tapi saya hanya duduk dirumah sebab terlalu penat. Disana ada pameran sawah dan seronok mereka sebab menantu tak pernah menengok sawah.
Hari ni rumah sunyi buat sementara waktu sebab anak dan menantu dah ke Langkawi untuk 4 hari, hubby hantar mereka ke Lcct. Disebabkan bulan puasa hanya mereka berdua aje yang pergi, itu pun sebab tahun lepas dah berjanji dengan isterinya.
Insyaalah kalau rajin hari ini saya akan memulakan projek membuat biskut sebab penghuni dirumah dah tak ramai dan kalau nak masak makanan untuk berbuka pun dah tak banyak.
Monday, August 30, 2010
Menjamu Selera
Semalam kami anak beranak berbuka puasa kat Restoren saba di Cyberjaya, kami sampai agak lewat sebab 2 orang anak dan menantu pergi ke Sunway Pyramid. Nasib baik time kami sampai baru nak azan dan saya telah menyediakan buah kurma dan air untuk bekalan. Setelah berbuka kami mengerjakan solat dahulu dan selepas tu baru kami mengoder makanan, mulanya nak makan buffet tapi bila pergi dekat hidangan tengok banyak makanan yang dah habis jadi kami cuma order ala carte sahaja.
Dah memang kebiasaan makanan arab nasinya tentu banyak, percaya atau tidak menantu saya boleh habiskan nasi satu pinggan penuh, sedap katanya. Seorang aje anak lelaki saya makan lamb kabsah rice dan yang lainnya semua makan chicken kabsah rice. Minuman pula ada yang order Barbican dan ada jus buah. Lebih kurang pukul 9 malam kami balik ke rumah dan sambung pula makan dilaman. Saya keluarkan anggur, kuih bakar yang petang sebelum tu saya buat, kerepek dan air jus. Kami makan2 sambil bersembang sampailah kepukul 11 malam.

Sunday, August 29, 2010
and, here it is :D
anak dan menantu
These two guys yang membuatkan hati saya berbunga2 dan perasaan saya sungguh seronok. Semalam mereka telah sampai kerumah untuk berhari raya bersama kami disini. Tak tahu nak gambarkan betapa seronoknya mereka balik lagi setelah 8 bulan balik ke Uk. Tahun lepas masa mereka balik berjanji nak balik bulan December ni dan kami berjanji nak ke Langkawi sempena cuti sekolah tapi tiba2 hati mereka tergerak untuk bersama kami pada hari raya ini. Hantar mesej mengatatakan dah booked ticket tanpa ada perbincangan.
Semalam hubby dan 2 orang adiknya ke Klia untuk menjemput mereka, saya dan sikakak tak pergi sebab masa berbuka dan terasa letih sangat. Bila ditengah jalan hubby call suruh datang ke Mcd untuk bersama2 mereka disana, selepas berbuka dan solat saya pun menyetai mereka di Mcd yang terletak tak jauh dari rumah.
Dah selesai makan kami balik kerumah, anak minta makan nasi berlaukkan asam pedas daging. walaupun dia dah kenyang, sedap katanya tapi menantu saya tak makan. Sebenarnya saya tak tahu mereka datang waktu tu ingat lewat malam sebab kali ni mereka naik kapal terbang Singapore Airline jadi mereka terpaksa transit di sana dulu.
Setelah makan mereka mula mengeluarkan barang2 yang dibawa, ada hadiah untuk adik2, hubby dan yang specialnya untuk saya sempena hari jadi bulan depan. Mungkin saya rasa kebanyakan para ibu suka sangat kalau mendapat hadiah sedemikian rupa. Cantik dan berharga sangat buat saya. anyway thanks to both of you, and ...I LOVE YOU...
Wednesday, August 25, 2010
Berbunga- Bunga
Subscribe to:
Posts (Atom)