Wednesday, September 15, 2010

Pertemuan

Agak lama saya cuti dari berblog, banyak cerita yang dah jadi basi tapi mungkin bila ada kesempatan saya akan cuba masukkan buat tatapan saya di masa hadapan. Disini saya ceritakan aktiviti saya setelah anak balik ke Uk. Hari raya ke 2 saya sekeluarga ke Klia untuk menghantar anak dan menantu balik ke Uk. Sedih sangat masa berpisah, rasa sekejap aje 2 minggu bersama mereka, walau bagaimana pun banyak aktiviti yang kami buat ketika bersama.

Hubby mencadangkan kami ke Ipoh ke esokkan harinya untuk bertemu dengan kakak dan anak2nya yang mungkin dah balik dari Sungai Petani. Kalau ikut perancangan tahun ni keluarga saya berkumpul di Sungai Petani sebab ayah tinggal dengan adik, tapi rancangan terpaksa diubah disebabkan anak saya balik dari Uk.

Hari ke 3 pagi2 lagi kami bertolak tapi belum pun sampai ke Rawang dapat berita dari adik anaknya accident. Mulanya saya nak terus ke Sungai Petani tapi adik mencadangkan supaya kami ke Ipoh saja sebab anaknya akan dipindahkan ke Subang Jaya Medical center setelah dapat pengesahan dari doktor Pantai Medical Centar Sungai Petani. Dalam perjalanan kami masih berhubung dan adik mengatakan tak perlu risau sebab motor yang melanggarnya cuma dibahagian tepi pinggang dan terdapat sedikit luka2.

Sebelum ke Ipoh kami singgah di Teluk Intan untuk menziarahi pusara kedua ibu bapa hubby, sempat juga kami kerumah saudara mara yang terdekat, tapi yang paling seronok saya dapat berjumpa dengan blogger( seorang student Irbid, Jordan ) yang sedang membuat practical di Hospital Teluk Intan. Saya sangat2 terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan yang diberikan walaupun kedatangan saya sekeluarga tidak diberitahu sebelumnya.


gambar tengah...Dr Munir

Malam baru saya sampai ke rumah anak buah (Ipoh), dapat pula berita baik dan gembira adik sekeluarga akan singgah pada esok harinya setelah anak buah discharge dari hospital. Saya sekeluarga tinggal 2 malam dan dapat berkumpul semula dengan adik beradik walaupun sebelumnya saya sekeluarga tak dapat berkumpul di Sunagi Petani. Inilah yang dikatakan kita cuma merancang tapi Allah yang menentukan.

18 comments:

Acik Erna said...

salam zai..manalah tak sedih kan..berpisah jauh..bukan selalu dapat jumpa..nasib baik la sekarang ni dah ada teknologi canggih..

ckLah @xiiinam said...

KakZai....
Sampai Teluk Intan....tak beritau ckLah...hu..hu

anie,Nagoya said...

sekom kk zaitun.perpisahan tu 1 seksa n pedih..insyallah thn depan leh sambut raya sesama2 gan anak n menantu...mgkn gan cucu?

cikmanggis said...

salam Zai..selamat kembali:) rindunya kita pada Zai...jangan sedih..tahun depan pastinya anak dan menantu Zai akan kembali lagi...

KTS said...

kita merancang... Tuhan pun merancang... Maha merancang

.
.

dapat beraya dgn famili tersyg mmg best kan

Idalara said...

salam..
kdg tu apa yg kita inginkan tak menjadi..semuanya kerja Allah..kita menjadi perancang namun Allah yg menentkan segalanya..

penjejak maya said...

salam,

meriahnya raya bila dapat jumpa kaum keluarga dan sanak sedara..

Zaitun said...

kak Erna

Salam Erna...nasiblah tiap tahun anak balik kalau tidak memang sedih tambah lagi dah ada menantu terasa rindu sangat.

Zaitun said...

ckLah@xiiinam

Kak Zai tak rancang pergi T.Intan,tetiba aje hubby ajak.Next time kalau pergi kita jumpa ya.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Salam...memang satu penyeksaan tapi nak buat macamana,insyaalah tahun depan dapat bersama lagi.Cucu?...seronoknya...

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...saya pun rindu juga tapi kesibukkan yang melanda hehehe...
Insyaalah...macam cm juga tentu rindu dengan anak dan menantu kan...

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Ha'ah kita hanya merancang.
Bila berkumpul dengan keluarga terasa hari raya lebih meriah.

Zaitun said...

Idalara

Salam...Memang begitulah apa yang kita rancang kadang2 tak menjadi tapi Allah bagi yang lebih baik.

Zaitun said...

penjejak maya

Salam...masa raya kalau berkumpul dengan keluarga terasa lebih meriahnya.

cikmanggis said...

hehe tergelak baca menantu zai suka sambal belacan sb menantu kita pun suka sambal belacan jugak tapi tak heran sangat sb mak dia melayu...hari hari kena makan nasi:)

Abdul Munir Sanusi said...

Terima kasih sudi datang rumah. Sampai sekarang saya masih terkejut. sanagt tergamam macam mana auntie boleh trace umah saya

Zaitun said...

Teluk intan kan kampung auntie juga.Haaa...jangan terkejut satu hari nanti tiba2 auntie dah ada kat Jordan.

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Selamat hari raya, maaf zahir & batin.