Tuesday, September 21, 2010

Nikmat


duit dari adik

fridge magnet


selendang



Salam....sibuk yang melanda... tetamu datang dan pergi sampai nak berblog pun tak sempat. Walau bagaimana pun seronok bila saudara mara dan rakan2 datang menziarahi. Kalau tetamu datang tuan rumah terpaksalah masak apa2 yang patut tapi dengan syarat diberitahu terlebih dahulu.

Rasanya dah ramai mula menjalankan tugas seperti biasa setelah balik dari kampung halaman dan ada juga yang melayan tetamu yang tak henti2. Memang seronok bila dapat berkumpul dan makan2 bersama. Tapi jangan lupa melakukan satu lagi tugas yang kalau dilakukan mendapat ganjaran yang berganda. Anda semua dah mula buat puasa sunat(puasa 6), alhamdulillah saya sekeluarga dah mulakan tapi tak tahulah boleh buat terus atau kena break sebab tak elok pula kalau kita tak pergi jika ada jiran atau saudara mara yang membuat rumah terbuka.

Disini saya paparkan barang2 hadiah yang diberikan hubby, anak2, menantu dan adik sempena hari jadi saya pada 7hb September yang lepas. Kebetulan hari jadi saya jatuh pada waktu puasa maka hubby dan anak2 membawa saya makan /berbuka puasa di Kenny Roggers. Alhamdulillah saya masih diberikan nikmat untuk merasai segala2nya. Kebetulan beberapa hari lagi nak menyambut hari raya saya agak sibuk membuatkan n3 untuk hari jadi sendiri tak dapat dimasukkana pada waktu yang sepatutnya.

p/s...paling seronok tahun ni dapat banyak duit raya selain duit dan hadiah sempena hari jadi.

21 comments:

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Happy belated birthday kak. Suka benor bila dapat banyak hadiah kan...kan...

KTS said...

selamat ulangtahun...

.
.


.
.

bila nak buat kek hr jadi, 'besday girl'??


hihihi:D


semoga pnjg umur murah rezeki kak zai

Bibu said...

sekom.
selamat ulang tahun..seronok tambah umur?kita terus terang..kalo tambah umur semakin takut..sbb amal tak cukup lagi..hihihi...semoga diberi kesihatan yg baik n dimurahkan rezeki...

Zaitun said...

Ibu Sayang

Salam...Terima kasih,ha'ah mengalahkan budak2 hehehe...

Zaitun said...

Ku Tak Sempurna

Nampaknya birthday kali ni tak ada kek sebab bulan puasa.
Harap2 begitulah.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Salam...Umur bertambah menandakan kita dekat kepenghujung.Kak Zai mengharapkan kesihatan yang lebih baik supaya dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna.

cikmanggis said...

salam zai..selamat hari lahir ya:) seronoknya zai..banyak dapat gifts tu...yang best sekali dapat envelope tebal hehe

Pn Kartini said...

Salam my dear kakzai..:)

Happy Belated Besday..
Moga diberikan kesihatan yg baik..
Dilimpahi keberkatn & rahmat dariNya..
Dimurahkn rezeki..& dipjgkn usia dgn segala kenikmatan drNya jua...Amin..

:):)
seronokkan bila dpt hadiah...:)

AuntieYan said...

Salam Eton,

Selamat hari Jadi,mudah-mudahan panjang usia, murah rezeki dan sentisa dalam peliharaan Allah.....errrr yang ke berapa tu??

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...terima kasih..rezeki tahun ni lebih dari biasa,adik bagi dua kali satu untuk hari jadi satu lagi hari raya,ratus2 jugalah dan dia tak bagi simpan suruh belanjakan untuk diri sendiri,joli sakan hehehe...

Zaitun said...

Pn.Kartini

Salam Kartini...t.kasih mudah2an doa kartini dikabulkan...Amin.

Zaitun said...

Auntie Yan

Salam kak Yan...Terima kasih atas doa...umur?kalau dah ada menantu mesti dah banyak kan entah2 saya lagi tua dari kak Yan...

Maiyah said...

Happy belated birthday ;)

Acik Erna said...

salam zai..happy belated birthday..semoga terus dimurahkan rezekidan bahagia disamping keluarga.
banyaknya hadiah zai..seronok kan..dapat hadiah..

mamawana said...

Salam...

nice blog...nice story

FaAtip said...

hepi belated birthday!! semoga diberi kesihatan yang baik and sentiasa ceria..mmm..teringat masa fa and hubby susun tulang kat Kenny Rogers. hehe

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran (ucapan tertunda) buat KAK ZAI.

Moga sejahtera dan ceria selalu..

Bestnya dapat banyak hadiah. :)

Bibu said...

salam kkzai..lama cuti?atau g melancong smpi tak balik umah..hihihi..jgn marah...moga shat selalu

Mak Su said...

selamat ulangtahun kelahiran ya kak :)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak Zai,



Senyap jer kak..
akak sihat ke?

Ibu Sayang said...

Salam Kak Zai,

Mana Kak pergi...adeh...windunya.....
jom lah kak Jom heboh...heboh...