Lama saya tak mengupdate blog, agak sibuk sikit dengan menguruskan anak yang kurang sihat. Alhamdulillah sakit perut saya dah baik tapi tangan pula bertambah kebas sebab tak makan ubat. Selain cream panas untuk disapu kat tangan yang dibekalkan doktor saya buat kaedah tungku(panaskan batu lepas tu balut dengan kain)tekan2kan kat tangan, malam pula saya balut dengan kain, mulanya bandage tapi susah pula rasanya nak buat kerja, balut saja dengan kain batik lebih mudah dan nampaknya dah berkurangan.
Minggu lepas anak kurang sihat dah pergi klinik tapi tak baik, yang membuat saya risau tengah dia buat solat terawih tiba2 sesak nafas. Saya nak ambik tapi katanya tak payah sebab ada kawan nak balik juga tinggal kat satu taman. Bila dah balik kat rumah saya bawa dia kehospital. Lama juga menunggu sebab selepas diperiksa doktor, ambil darah lepas tu ambil air kencing. Terpaksalah menunggu pula keputusannya. Alhamdulillah tak ada yang serious cuma terdapat jangkitan kuman saja. Kat rumah saya pastikan dia makan ubat mengikut jadual dan dalam beberapa hari dah sihat, sekarang dah pun balik kekampus.
Diawal puasa ni tak macam tahun2 lepas, kalau saya masak mesti makanan banyak yang tak habis, penuh dalam peti ais lebihan makanan kalau nak dibuang sayang pula, itu pun separuh dah dihantar kerumah jiran. Saya tengok blogger macam2 masak bila ditanya pada anak dan hubby dia orang akan cakap masak simple aje sebab tak selera. Pernah hubby beli makanan kat bazar Ramadhan separuh makan yang lainnya tak habis.Yang kelakarnya siadik pergi mengikut kawan kebazar Ramadhan bila balik tak ada apa yang dibeli, bila saya tanya katanya tak ada yang pekenan. My hubby pun hairan macamana orang puasa budak pulak tu tak ada yang teringin kuat betul iman adik, kata baba dia.
Hari ni hubby bawa balik bubur lambok dari Masjid Jamek, Kg Baru. Bubur ni memang terkenal dengan kesedapannya dari dulu lagi, kalau yang ini pasti laku kat rumah saya.Tiap2 tahun mesti luangkan masa untuk kesana. Dulu kalau saya pergi shopping ke Kl, anak beranak ambil bila dapat lebih bagilah kat jiran, memang sedap rasanya. Kalau nak tahu rasanya cubalah .....
bubur lambok Masjid Jamek