Monday, July 12, 2010

kaget

Kaget memang kaget..... tak mungkin.....semalam kami anak beranak dapat berita yang tak sedap didengar luluh hati saya dibuatnya, cepat2 suruh hubby call anak yang tinggal di Uk, apa dah jadi....
Talipon tak dijawab......dah dekat maghrib hubby terus kemasjid, sempat saya berpesan jangan lupa.... doa yang terbaik buat anak.....rasa nak nangis....

Pukul 8.30 talipon berbunyi terus angkat...ya anak kami on line, tanya bertubi2, rumours...katanya kalau tak percaya dia ada kat sebelah, mana mungkin kalau berita tu benar masih tinggal serumah. Lepas tu saya dapat bercakap dengan menantu...lega dapat dengar suaranya yang manja walaupun badannya besar tapi suara dia membuatkan saya cair (kata orang sekarang). Bagai nak gila kita memikirkan perkara tu mereka sedap2 gelak. Apa2 pun saya bersyukur mereka masih bahagia. Hubby balik dari masjid terus cerita...lega.....

Setiap ibu bapa pasti inginkan kebahagian anak2 walau siapa pun pilihan mereka, kebahagian anak, kebahagian ibubapa juga.......

19 comments:

  1. kak zai, drp mana pulak rumours tu datang? ishh...boleh tak lelap tidur nanti.

    ReplyDelete
  2. Rumors selalu membuatkan kita jadi tak menentu lebih2 lagi melibatkan orang yang kita sayang..

    ReplyDelete
  3. rumours memang menyebabkan kita tak tenang dibuatnya..


    semoga anak akak bahagia sehingga kehujung nyawa..

    ReplyDelete
  4. rumors yang mendebarkan ye kak..minta dijauhkan semoga anak2 akak bahagia selamanya, kita ibubapa hanya mendoakan yang terbaik kan buat mereka

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah syukur..sebagai ibu kita berkongsi perasaan keibuan yang sama.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Zai,

    Alhamdulillah, semoga anak & menantu Kak Zai bahagia sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  7. zai..alhamdulillah..kita ibu bapa ni..macamtulah..sakit anak..sakit la kita..derita ..bahagia anak..derita bahagia kita juga...

    ReplyDelete
  8. fa*atip

    Angin dari keluarga juga,bertengkar biasalah asam garam suami isteri tapi taklah sampai macamtu sekali,memang risau dibuatnya.






    Tirana

    Memang kalut dibuatnya tambahan anak dan menantu kak zai jauh diperantauan.

    ReplyDelete
  9. azrina 03.07

    Nama pun rumours,terima kasih atas doa.




    ibuintan

    Harap2 kekal sampai hujung dunia dan sebagai ibu itulah tugas kita mendoakan yang terbaik untuk anak2.

    ReplyDelete
  10. cikmanggis

    Kalau dah bermenantu sayangnya sama macam sayang anak,tak ada beza.Jangan ada apa2 yang tak elok berlaku.




    Ibu sayang

    Salam,terima kasih atas doa ibu sayang.




    Kak Erna

    Memang pun apa aje yang berlaku pada anak kita,ibubapalah yang bersusah payah,sanggup buat apa aje asal anak2 bahagia.

    ReplyDelete
  11. khabar angin mmg cepat tersebar..... laju mcm angin kaaan..

    alhamdulillah... semua dah ok skrg?? :D

    ReplyDelete
  12. ouhh.... naper kak? harapnya semuanya baik2 sahaja

    ReplyDelete
  13. Auntie, orang kita (sila baca orang melayu, auntie) memang bijak kalau bab-bab buat cerita. Orang kata apa, hiperbola!

    So, kena jaga-jaga kadang.

    ReplyDelete
  14. Syukur !!! Segalanya selamat~~ terima kasih ziarah saya.

    ReplyDelete
  15. Ku Tak Sempurna

    Macam tu lah dah adat,syukur dia orang ok aje.




    Mak Su

    Resam suami isteri sedangkan lidah lagi tergigit,tapi taklah menjejaskan,alhamdulillah ok.

    ReplyDelete
  16. Abdul Munir Sanusi

    Biasalah orang kita memang suka tokok tambah,suka tengok orang tak bahagia.Alhamdulillah anak menantu auntie ok.

    ReplyDelete
  17. Cik Yang

    Salam,karenah anak2 walau dah besar mana sekali pun ibubapa kena pantau.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah semuanya tak de apa-apa.. harapnya rumours yg tak sedap didengar ni tak akan terjadilah hendaknya

    ReplyDelete
  19. Chik Na

    Salam,terima kasih,harap2 begitulah.

    ReplyDelete