Tuesday, September 21, 2010

Nikmat


duit dari adik

fridge magnet


selendang



Salam....sibuk yang melanda... tetamu datang dan pergi sampai nak berblog pun tak sempat. Walau bagaimana pun seronok bila saudara mara dan rakan2 datang menziarahi. Kalau tetamu datang tuan rumah terpaksalah masak apa2 yang patut tapi dengan syarat diberitahu terlebih dahulu.

Rasanya dah ramai mula menjalankan tugas seperti biasa setelah balik dari kampung halaman dan ada juga yang melayan tetamu yang tak henti2. Memang seronok bila dapat berkumpul dan makan2 bersama. Tapi jangan lupa melakukan satu lagi tugas yang kalau dilakukan mendapat ganjaran yang berganda. Anda semua dah mula buat puasa sunat(puasa 6), alhamdulillah saya sekeluarga dah mulakan tapi tak tahulah boleh buat terus atau kena break sebab tak elok pula kalau kita tak pergi jika ada jiran atau saudara mara yang membuat rumah terbuka.

Disini saya paparkan barang2 hadiah yang diberikan hubby, anak2, menantu dan adik sempena hari jadi saya pada 7hb September yang lepas. Kebetulan hari jadi saya jatuh pada waktu puasa maka hubby dan anak2 membawa saya makan /berbuka puasa di Kenny Roggers. Alhamdulillah saya masih diberikan nikmat untuk merasai segala2nya. Kebetulan beberapa hari lagi nak menyambut hari raya saya agak sibuk membuatkan n3 untuk hari jadi sendiri tak dapat dimasukkana pada waktu yang sepatutnya.

p/s...paling seronok tahun ni dapat banyak duit raya selain duit dan hadiah sempena hari jadi.

21 comments:

  1. Salam Kak Zai,

    Happy belated birthday kak. Suka benor bila dapat banyak hadiah kan...kan...

    ReplyDelete
  2. selamat ulangtahun...

    .
    .


    .
    .

    bila nak buat kek hr jadi, 'besday girl'??


    hihihi:D


    semoga pnjg umur murah rezeki kak zai

    ReplyDelete
  3. sekom.
    selamat ulang tahun..seronok tambah umur?kita terus terang..kalo tambah umur semakin takut..sbb amal tak cukup lagi..hihihi...semoga diberi kesihatan yg baik n dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  4. Ibu Sayang

    Salam...Terima kasih,ha'ah mengalahkan budak2 hehehe...

    ReplyDelete
  5. Ku Tak Sempurna

    Nampaknya birthday kali ni tak ada kek sebab bulan puasa.
    Harap2 begitulah.

    ReplyDelete
  6. anie,Nagoya

    Salam...Umur bertambah menandakan kita dekat kepenghujung.Kak Zai mengharapkan kesihatan yang lebih baik supaya dapat melakukan ibadah dengan lebih sempurna.

    ReplyDelete
  7. salam zai..selamat hari lahir ya:) seronoknya zai..banyak dapat gifts tu...yang best sekali dapat envelope tebal hehe

    ReplyDelete
  8. Salam my dear kakzai..:)

    Happy Belated Besday..
    Moga diberikan kesihatan yg baik..
    Dilimpahi keberkatn & rahmat dariNya..
    Dimurahkn rezeki..& dipjgkn usia dgn segala kenikmatan drNya jua...Amin..

    :):)
    seronokkan bila dpt hadiah...:)

    ReplyDelete
  9. Salam Eton,

    Selamat hari Jadi,mudah-mudahan panjang usia, murah rezeki dan sentisa dalam peliharaan Allah.....errrr yang ke berapa tu??

    ReplyDelete
  10. cikmanggis

    Salam cm...terima kasih..rezeki tahun ni lebih dari biasa,adik bagi dua kali satu untuk hari jadi satu lagi hari raya,ratus2 jugalah dan dia tak bagi simpan suruh belanjakan untuk diri sendiri,joli sakan hehehe...

    ReplyDelete
  11. Pn.Kartini

    Salam Kartini...t.kasih mudah2an doa kartini dikabulkan...Amin.

    ReplyDelete
  12. Auntie Yan

    Salam kak Yan...Terima kasih atas doa...umur?kalau dah ada menantu mesti dah banyak kan entah2 saya lagi tua dari kak Yan...

    ReplyDelete
  13. salam zai..happy belated birthday..semoga terus dimurahkan rezekidan bahagia disamping keluarga.
    banyaknya hadiah zai..seronok kan..dapat hadiah..

    ReplyDelete
  14. hepi belated birthday!! semoga diberi kesihatan yang baik and sentiasa ceria..mmm..teringat masa fa and hubby susun tulang kat Kenny Rogers. hehe

    ReplyDelete
  15. Selamat Ulangtahun Kelahiran (ucapan tertunda) buat KAK ZAI.

    Moga sejahtera dan ceria selalu..

    Bestnya dapat banyak hadiah. :)

    ReplyDelete
  16. salam kkzai..lama cuti?atau g melancong smpi tak balik umah..hihihi..jgn marah...moga shat selalu

    ReplyDelete
  17. selamat ulangtahun kelahiran ya kak :)

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Zai,



    Senyap jer kak..
    akak sihat ke?

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Zai,

    Mana Kak pergi...adeh...windunya.....
    jom lah kak Jom heboh...heboh...

    ReplyDelete