Dah 2 hari umat Islam berpuasa bermakna dah 2 hari juga saya berpuasa dengan keadaan yang kurang selesa. Saya mengalami gastrik, sebelum ni saya tak pernah ada gastrik. Tak tahu apa puncanya, nak katakan saya makan macam2 tak juga. Walaupun sakit kerja rumah tetap buat itu pun sedaya yang mampu.
Semalam selepas berbuka saya nak ikut hubby pergi masjid buat Solat Terawih, dah siap pakai baju, dah masukkan sejadah kecil dalam beg, sementara menunggu hubby bersiap duduk kat sofa perut bertambah sakit walau pun dah makan, termenung lama kata hubby kalau tak lalu tak payah pergi banyak hari lagi, nanti kalau sakit kat masjid lagi susahkan orang lain. Sedih rasanya sebab tahun2 lepas jarang tinggalkan terawih berjemaah.
Disebabkan tak larat nak Solat Terawih saya gantikan dengan membaca Qur'an dapatlah baca 6 muka surat itu pun dah terasa nak muntah. Rasa nak nangis sebab saya hanya dapat buat solat Fardhu yang lain tak larat nak lakukan, perut menggigit, badan rasa lemah.
Saya cari puncanya kenapa saya jadi begini adakah disebabkan faktor umur tapi orang lain lagi tua dari saya cergas aje, macam2 kerja boleh buat. Adakah disebabkan ubat yang saya makan tapi sebelum puasa tak ada rasa macam ni mungkin sebab perut kosong. Minggu ni saya makan ubat yang diberi doktor untuk menghilangkan kebas tangan, mungkinkah sebab ubat ni dan kalau benar saya tak nak ambil buat sementara waktu. Rasanya kalau tangan kebas tak menjejaskan ibadah yang nak dilakukan berbanding kalau perut sakit dan badan lemah.
Kepada sesiapa diluar sana buatlah ibadah sebanyak mungkin dibulan Ramadhan ini sebab pahalanya akan berlipat ganda.
Salam kak Zai..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh ye..
salam zai,kalau2 rasa2 tangan kebas tu boleh tahan,berhenti lah makan ubat tu kejap..kdg2 ada ubat yg boleh menyebabkan pedih ulu hati..langsung gastrik..rujuk pd Dr zai..
ReplyDeleteSalam Eton,
ReplyDeleteKak Yan pun kebas tangan. Lebih tepat lagi jari jemari, kebasnya dari pergelangan tangan hingga ke hujung jari. Time tido lagi la kebas.Kak Yan pun makan ubat untuk kebas tu. Alhamdulillah..tak de le sakit perut, tapi makan dulu...dua hari ni kebasnya dah rasa berkurangan.
Semoga dapat kita sama-sama mengimarahkan Ramadhan...semampunya.
ReplyDeleteSemoga sembuh kakZai...
salam:)
ReplyDeleteMOga sis cepat sembuh..
zai..semoga cepat sembuh..saya memang dari anak dara lagi ada gastrik..tu sebab bila menjelang ramadhan..dah siap2kan ubat apa yang nak dimakan..untuk mengelakkan gastrik menyerang..
ReplyDeletesemoga kak zai cepat sembuh,
ReplyDeleterasanya memang sebab ubat tu, cuba hentikan makan ubat tu buat sementara waktu..
saya dulu pun ada juga kebas2 tangan, cuma berurut aje, alhamdulillah dah hilang
Salam Kak Zai,
ReplyDeleteKecian Kak Zai, gastrik tu ...dah jumpa doc? Last year ibu pun cam tu, tiap kali lepas berbuka aje terus muntah ( dlm 5-6 hari jugak tu) Lepas tu Ok.
Tahun ni alhamdulillah, ni baru balik
dr terawih je terus buka blog.hihih
zureen @ mama
ReplyDeleteSalam zureen...Terima kasih doa untuk kak Zai.
anymz
ReplyDeleteSalam...ingat malam ni tak nak makan ubat tu buat sementara.kalau esok masih sakit kena jumpa doktorlah.
Auntie Yan
ReplyDeleteSalam kak yan...Tangan saya kebas dari lengan sampai hujung jari.Masa sebelum puasa makan ubat tu takde pula sakit.Mungkin perut kosong sebab puasa agaknya.
ckLah@xiiinam
ReplyDeleteItu yang sebaiknya dapat pahala berganda.
kak Erna
ReplyDeleteSaya tak pernah dapat gastrik,pedih sangat kat ulu hati,kadang2 rasa macam nak muntah.
ibuintan
ReplyDeleteKak Zai rasa pun macam tu juga,tak nak makan ubat tu buat sementara.
Pernah urut beberapa kali tapi tak berkesan,mungkin kalau ada masa nak jumpa pakar.
Ibu Sayang
ReplyDeleteSalam...kak Zai tak jumpa doktor lagi mungkin sebab makan ubat kebas tangan.
Seronoknya dapat berjemaah rasa macam solat di Mekah,meriahkan.
salam zai..semoga cepat baik.Kita pu sekali je g terawih sebab semalam dah mula batuk yang agak teruk,maklum sajalah jika orang perempuan batuk....jadi solat kat rumah je buat sementara ni.
ReplyDeleteSalam Kak,
ReplyDeleteSemoga segera sembuh dan dapat menjalankan ibadah dengan lebih sempurna..
cikmanggis
ReplyDeleteSalam cm...kalau buat kat rumah pun boleh cuma lebih meriah kalau di masjid.
Harap batuk cm cepat baik.
azrina.03.07
ReplyDeleteSalam Reen...Harap begitulah dapat kita sama2 menyemarakkan ibadah dibulan puasa ni.
salam zai..
ReplyDeletekesiannya. macamana sekarang. dah kurang?
salam ramadhan akak zai ittewww..
ReplyDeleteibu sy pun gastrik gak... pukul 2 dah start pening n kdg2 smpi muntah. kesian..
ReplyDelete.
.
cuba minum susu.. katanya elok utk org gastrik
kakpah
ReplyDeleteSalam kakpah...dah ada kurang tapi saya tak makan ubat kebas dah.
en_me
ReplyDeleteSalam Ramadhan juga buat en_me.
Ku Tak Sempurna
ReplyDeleteMungkin sebab makan ubat kebas sebab sebelum ni kak Zai tak pernah ada gastrik.
Hari2 kak Zai minum susu.
Semoga cepat sembuh auntie! Jangan makan dan fisiologi badan.
ReplyDeleteAbdul Munir Sanusi
ReplyDeleteAuntie dah tak makan ubat,tu yang buat tangan tetap kebas.
salam..singgah baca
ReplyDeletehttp://dapur-laksamana5.blogspot.com/2010/08/makanan-untuk-bersahur.html
Tuesday, 10 August 2010
semoga mendapat manafaat
kak zai, kalau boleh kurangkan makan pedas, benda2 yang panas pun kena elak. Sian diaaa....
ReplyDeletekesian akak, harap jangan putus asa dan terkilan sangat, moga ada peluang lagi esok lusa... buat sementara, mengaji quran sebagai gantian :)
ReplyDeletetake care