
These two guys yang membuatkan hati saya berbunga2 dan perasaan saya sungguh seronok. Semalam mereka telah sampai kerumah untuk berhari raya bersama kami disini. Tak tahu nak gambarkan betapa seronoknya mereka balik lagi setelah 8 bulan balik ke Uk. Tahun lepas masa mereka balik berjanji nak balik bulan December ni dan kami berjanji nak ke Langkawi sempena cuti sekolah tapi tiba2 hati mereka tergerak untuk bersama kami pada hari raya ini. Hantar mesej mengatatakan dah booked ticket tanpa ada perbincangan.
Semalam hubby dan 2 orang adiknya ke Klia untuk menjemput mereka, saya dan sikakak tak pergi sebab masa berbuka dan terasa letih sangat. Bila ditengah jalan hubby call suruh datang ke Mcd untuk bersama2 mereka disana, selepas berbuka dan solat saya pun menyetai mereka di Mcd yang terletak tak jauh dari rumah.
Dah selesai makan kami balik kerumah, anak minta makan nasi berlaukkan asam pedas daging. walaupun dia dah kenyang, sedap katanya tapi menantu saya tak makan. Sebenarnya saya tak tahu mereka datang waktu tu ingat lewat malam sebab kali ni mereka naik kapal terbang Singapore Airline jadi mereka terpaksa transit di sana dulu.
Setelah makan mereka mula mengeluarkan barang2 yang dibawa, ada hadiah untuk adik2, hubby dan yang specialnya untuk saya sempena hari jadi bulan depan. Mungkin saya rasa kebanyakan para ibu suka sangat kalau mendapat hadiah sedemikian rupa. Cantik dan berharga sangat buat saya. anyway thanks to both of you, and ...I LOVE YOU...




Siapa ni kak Zai? anak ke? Wah..dah dapat hadiah harijadi.
ReplyDeleteTumpang seronok kakZai....
ReplyDelete:)
Salam Kak Zai,
ReplyDeletePatutlah berbunga2, rupa2nya orang jauh nak balik berhari raya bersama2. Kalau I jadi you pun, sure akan penuh bunga di hati :-).
Enjoy your Raya with the whole family!
salam zai..apa lagi yang boleh menggembirakan hati ibu kan..
ReplyDeleteadanya anak bersama menyambut hari raya..memang la hati berbunga bunga..
Salam Kak Zai,
ReplyDeleteAlhamdulillah, nanti seronoklah raya anak beranak dpt berkumpul semua. Sukakan, Saya di sini tumpang gumbira...
Cantik kristal tu! bertuah Kak Zai.
Tirana
ReplyDeleteYang lelaki tu anak kak Zai,mereka tinggal di Portmouth,Uk.
Rezeki heheh...
ckLah@xiiinam
ReplyDeleteBoleh apa salahnya,nanti kalau ckLah dah ada anak2 bekerja dan berkahwin seronok macam kak Zai juga.
lemongrass
ReplyDeleteSalam lg...kak Zai senyum sampai kat telinga,dahlah anak balik raya sama2 dapat hadiah pula.
kak Erna
ReplyDeleteSalam Erna... anak kan buat hati kita tambah macam saya jarang jumpa,nasib baik mau balik tiap tahun.
Ibu Sayang
ReplyDeleteSalam...Memang seronok dapat kumpul raya tahun ni,terubat rasa rindu...
Kak Zai memang minat pada pinggan mangkok.
tumpang seronok(#^.^#)...dah menantu???kita pggl kk Zaitun ya.kegembiraan kk Zaitun dpt kita gmbrkan...(^_^)v
ReplyDeletealamak ini ke sb hati zai berbunga-bunga tu..puas cm dok meneka dalam kesamaran kenapa hati zai begitu berbunga-bunga hehe...seronok kan....semoga hari raya kali ini lebih ?bertambah ceria dengan kehadhiran anak dan menantu:)
ReplyDeletePstt kita pun berkenan kat hadiah tu:)
bertambah meriah lah raya tahun ni zai oii...anak menantu balik dan dapat pre present lagi tu...
ReplyDeleteAkak tumpang gembira...
Salam Kak Zai;
ReplyDeletewahh.... dapat bayangkan keseronokan akak bila anak-menantu ada di depan mata.
Royal Doulton tu kat sini mahalnya!
bezz-bezz !
anie,Nagoya
ReplyDeleteKak Zai dah ada menantu tapi orang jauh,pilihan anak nak buat macamana.
cikmanggis
ReplyDeleteHa'ah... tiba2 aje mereka nak balik seronok tak terkata.
Minat juga rupanya,kat sini mahalkan.
Anak cm tak balik ke?
kak Ezza@makcik blogger
ReplyDeleteHadiah hari jadi tapi tarikhnya bulan depan.Tahun ni raya semua anak ada kumpul,seronok tak terkata.
Zah bila nak bermenantu.
azrina.03.07
ReplyDeleteDia orang balik cuma setahun sekali, bila dapat balik masa raya memang rasa seronok sangat.
azrina.03.07
ReplyDeleteDia orang balik cuma setahun sekali, bila dapat balik masa raya memang rasa seronok sangat.