Minggu ni asyik berulang alik ke salah sebuah hospital kerajaan sebab anak buah sakit. Dah seminggu dia berada kat sana. Mulanya dia admitted kat Tawakkal Hospital tapi menurut doktor hospitalnya tidak mencukupi peralatan dan doktor pakar maka dia di sarankan untuk ke sini. Tanpa berbincang dengan keluarga dia terus mengikut saranan itu. Kalau diikutkan rekodnya ada di Subang jaya Medical Center tapi mungkin disebabkan terlalu panik dia mengambil keputusan mendadak.
Seminggu berada di sini tak ada apa2 yang berubah hari2 ambil darah, ambil najis, ambil air kencing, ambil kahak dan yang paling sedihnya ambil air tulang belakang. Seluruh badan hancur dan bengkak dek kerana jarum. Hasilnya masih tungguuuuuu......BELUM CONFIRM.
Bulu tangan habis gugur dek penangan ubat mungkin macam kimoterapi, sakitnya bila dimasukkan ubat hanya Allah yang tahu, boleh tengok dari air muka yang berkedut menahan sakit walau pun dia tak mengeloh. Bila ubat dah habis dia stabil boleh bersembang, makan dan even berjalan. Tanya sakit apa tunggu.......BELUM CONFIRM.
Menurut doktor air tulang belakang akan diambil lagi tapi disebabkan anak buah demam sampai ketahap katil bergoyang jadi ditangguhkan. kalau mengikut kehendak kami semua dah tak nak bagi tapi takut pula apa2 terjadi doktor salahkan kami sebab tak mengikut kata2 mereka
Wad selesa, besar cuma ada satu katil, katanya wad VIP boleh masuk bila2 masa, tunggu berapa lama pun boleh tapi yang tak tahan bila nak tahu apa penyakit ....BELUM CONFIRM.......
Salam
ReplyDeleteSemoga keputusan akan segera diketahui.. kalau tak kasihan asyik dijadikan bahan ujian.
salam zai..samalh kita.asek berulang kehospital..anak sedara tetap anak kita kan..anak sedara dah 3 minggu kat hospital..macamtu jugal..badan dah kurus kering..kesian kat dia..
ReplyDeletesemoga zai dan keluarga juga tabah dengan dugaan ini..
Semoga layanan mak saudara yg prihatin mcm kak Zai dpt menggembirakan pesakit....
ReplyDeleteNida
ReplyDeleteTak sanggup nak tengok pesakit dijadikan bahan.Harap2 begitulah.
Kak Erna
salam Erna, kasihannya tengok bila benda yang sama dilakukan pada pesakit tapi hasilnya masih samar, asyik jawapan suspek itu ini tapi tak confifm.
xiiinam
ReplyDeleteKak Zai terpaksa gantikan tempat maknya sebab tak berapa sihat, lagipun adik beradik yang lain jauh datang sekejap dah balik, masing2 ada tanggongjawab.
Salam Kak Zai,
ReplyDeleteDah Kak Zai pulak berulang alik ke hospital, jaga kesihatan K.Zai juga.Nanti dpt CONFIRM beritahu ya.. Anak buah tu lelaki ke perempuan?
ya Allah... mendengarnya saja kita dah dapat rasa macamana sakitnya... apatah lg org yg merasainya
ReplyDelete.
.
semoga anak buah kak zai diberi kekuatan utk menmpuhi semua ni... amin
Allahuakbar... kesian sungguh.
ReplyDeleteSungguh menginsafkan. Kadang2 katil selesa, mewah VIP, tapi ada juga yang menyeksakan, kan?
Semoga tiada yang serius dan semoga segera sembuh.
Ibu Sayang
ReplyDeleteSalam, Insyaallah. Anak buah kak Zai tu lelaki yang pernah pergi umrah itu hari.
Ku Tak Sempurna
ReplyDeleteTak dapat nak gambarkan, lelaki amat susah nak nangiskan,kadang2 dia tekup bantal ke muka supaya kami tak nampak.
azieazah
ReplyDeleteTak semua sempurna kan azie.Kak Zai harap pun begitulah, tak sanggup tengok dia dijadikan bahan.
salam zai..semoga keputusan akan diketahui..hkl ke zai?wad mana?
ReplyDeletecikmanggis
ReplyDeleteSalam cm
Harap2 begitulah,Hospital Selayang wad 9A.