
Pulut manis atau ada orang panggil wajid, saya C&P dari cikmanggis terima kasih dan minta halal ya.
Kebetulan mak mertua adik ada, dia pun rasa katanya sedap, cukup lemak dan manis tapi menurutnya kalau orang tua2 kalau kuih tu manis kena betul2 manis so kena tambah sedikit lagi gula. Tapi zaman sekarang orang lebih suka kurangkan gula,
Daun tu memang saya nampakkan sedikit sebab masa arwah mak saya buat wajid dia akan lapik bekas dengan daun pisang sebelum masukkan wajid, wangi katanya...
salam kak zai,
ReplyDeletebila kak zai cakap mengenai wajik... teringat arwah mak saya.. wajik adalah kuih yang mak saya paling pandai buat bila raya. Mereka tiga beradik berbagi tugas memasak juadah raya. Bila dijamu saudara mara, masing2 memuji kesedapan wajik mak saya... saya tidak pula pandai membuat wajik. Penting mengetahui sukatan bahannya.. barulah sedap dan lemak...
Salam Kak ZAI... dan AKAK..
ReplyDeleteSaya tak berapa minat yg manis mcm Wajik ni, tapi saya nak bagitau citer benar. Selain MAK saya, Mak Mertua saya, HUBBY saya pun sangat pandai buat Wajik ni..
Saya sendiri pun failed.. hehehehe...
Salam Kak Zai,
ReplyDeleteDi sini wajik dah dijadikan buah tangan drp tuan rumah kpd pengunjung majlis perkahwinan.
Saya tak pernah try lagi masak wajik ni, selalunya kalau nak makan bonda lah yg buatkan.
Ibu n Abah
ReplyDeleteW'salam
Orang dulu2 memang pakar buat kuih tradisional itulah ruginya kita tak mahu belajar.Bila orang tua dah tak ada barulah nak mencari2 nasib baik boleh jumpa.
azieazah
Kak Zai pun tak berapa suka tapi kalau kuih yang bahannya ada pulut kak Zai suka.
Kalau macam ni bolehlah order dekat azie,tentu lebih sedap maklumlah orang veteren yang buat.
Ibu Sayang
ReplyDeleteW'salam
Kat sini pun ada juga orang buat wajid masa kenduri tapi untuk jamuan saja.
Ibu Sayang cubalah buat supaya tak hilang kepakaran keluarga.
salam zai..wah ada wajik ya.. lagi sedap zai jika bubuh durian ..ngam
ReplyDeletecikmanggis
ReplyDeleteW'salam
Wajid campur durian tak terkata sedapnya tapi...tukang masak tak boleh makan banyak,B/P berdezuppp nanti hihihik...
saya suka colek dengan hujung jari...slurp.
ReplyDeleteSaya mula terpikat dgn aruah mak mertua dulu, sebab wajik hasil tangannya yang dibingkiskan dalam hantaran. Memang best!
salam zai..buatkan saya teringin pulak nak makan...nampak sedap betul wajiknya..berkilat ..
ReplyDeletesalam kenal,
ReplyDeleteterimakasih sebab berkunjung ke teratak saya yg dah lama bersawang. wajik memang sedap. antara kuih tradisional yg saya suka.
salam zai,
ReplyDeletewah sedap tu wajid...orang kelantan panggil nasi manis!! tetiba kak nab terliur pulak...nak buat sikit punyer malas...jika kat kota bharu, senang jer boleh pi beli!!