Semalam rumah saya dikunjungi  keluarga sebelah hubby ramai sangat 4 buah kereta semuanya, saya sempat menyediakan beberapa jenis  juadah. Dah makan dah sembang2  2 buah kereta balik tinggal lagi 2 buah kereta  bermalam di rumah saya. Walau pun yang tinggal tu  tak ramai  tapi bilik upstairs penuh terpaksalah tuan rumah tidur kat downstairs.( kasi chance sebab tak selalu bermalam)  Penat juga mengendalikannya sebab dari siang dah mula projek masak2  dah tu dah lama tak ramai penghuni.tik..tok..tik..tok dekat pukul 2am baru tidur.
Pagi, bangun awal  menyediakan sarapan, habis saja sarapan kawan hubby  berbangsa cina pula datang. Dia ni suka sangat makan lemang dengan serunding, terpaksalah hubby mencari lemang nasib baik pagi2 dah ada orang  menjual beli pula rendang kebetulan serunding yang saya beli kat Shah Alam  masih ada berbaki  so apa lagi lepaslah hajat dia untuk makan juadah favouritenya..
Bila kawan hubby dah balik pakat2 nak beraya kat rumah anak saudara di Puncak Alam,  kami pun ramai2 ke sana, dirumah dia lain sikit juadahnya makan nasi berlaukkan ikan  masak asam pedas, sambal sotong, sayur campur dan sambal belacan. Sedap juga makan sebab kalau pergi beraya  rumah orang masih dijamu dengan makanan hariraya tambahan pula dah lama sangat tak makan sambal belacan. Berpeluh dibuatnya menahan kepedasan tambahan pula  cuaca yang panas.
Dah kenyang makan, pakat lagi nak ke Keramat ke rumah adik hubby so apa lagi jalan....disana kami dijamu makan lemang dengan durian selain ada bihun goreng, nasi lemak dan puding. Hari ini memang hari makan2 sampai nak termuntah kekenyangannn. Dekat maghrib baru sampai rumah, dalam hati janji besok tak nak  pergi beraya  lagi, lepas tu isnin mulakan puasa 6.
 
6 comments:
Salam pn zaitun,
Musim rumah terbuka ni, memang mewah dapat makan. Macam2 hidangan.... bagus juga buka blog ni, ada idea nak masak apa untuk tetamu....
Amboi, beraya sakan lagi yeeee.......control2 sikit makan tu tau !
Ibu n Abah
W'salam,memang kita makan macam2 dan mewah pula tapi ada juga saudara2 kita yang tak dapat merasa makanan yang sedap2 contohnya yang hidup susah, kais pagi makan pagi.
Mula ada blog pun sebab nak cari menu masakan.
aint-super-woman
Lupa diri sekejap makan lemang cicah durian makai sedapnyaa.Lepas ni BP kena cek dikuatiri jalan pun senget.
amboiii..bukan main lagi makan lemang cicah durian. ini sudah lebey...
syamimi azmira
Lupa diri sekejap,makan tak banyak pun 2 ulas durian,2 potong lemang hehehe...
Post a Comment