On saturday pula, my brother call boleh ke datang rumah utk berbuka puasa, dok fikir lagi alamak semalam dah penat masak macam2 tapi takpe ada assistant 2 orang taklah susah sangat nak buat keputusan akhirnya ini adalah antara juadah kami berbuka puasa bersama-sama dengan anak dan isterinya...haritu saya masak ayam msk percik, gulai lemak udang campur kacang buncis, paprit ayam campur udang (this meal my SIL yang masakkan) dan sambal sotong..kuihnya pula buah melaka, cara berlauk, dan puding cocktail..pencuci mulut buah tembikai dan mangga yang dipetik di halaman rumah..
~homemade ayam percik~
~gulai udang with kacang panjang~
~paprik seafood campur ayam (my sis in law masak)~Sunday pula bawa anak shopping ke Midvalley pagi dah keluar takut sesak tambahan pula sale 2 hari sempena merdeka. Kakak ikut saya manakala adik ikut my hubby masing2 cari keperluan sendiri. Kami keluar masuk kedai sampailah ke petang. Petangnya kami ke Shah Alam untuk membeli juadah sebab saya tak masak.Cuti setelah 1 minggu bertungkus lumus kat dapur. Banyak juga juadah2 yang diangkut dari bazar Ramadhan tu lagi pula siKakak memang rindukan kuih tepung pelita dan kuih popia yang memang kegemarannya.Hubby pula tak ketinggalan dengan nasi yang berwarna birunya[nasi kerabu] manakala yang lainnya saya belikan nasi beriani dan nasi tomato selain kuih muih dan lain2.
Monday awal2 lagi saya sudah kedapur untuk menyediakan juadah2 yang harus dibawa anak untuk balik kekampus, setelah bercuti selama 4 hari. Selain dari makanan sempat juga saya mengait buah mangga di hadapan rumah dapat 5 biji yang masak. Petangnya saya ke Shah Alam terminal pula untuk menghantar anak balik ke Melaka. Bila dah kembali ke rumah terasa sunyi dan kami berbuka puasa seperti hari2 biasa. Rutin biasa selepas berbuka puasa harus cepat2 ke masjid untuk melakukan yang dituntut, kejar pahala yang berganda shhhhh...
p/s: sorry sebab terlewat sedikit upload gambar. Masalah teknikal =P





Inilah yang membuat saya bertambah rajin untuk berkebun.Dari dulu lagi saya memang suka pada pokok2 tak kiralah pokok jenis berbunga atau pun yang jenis berdaun. Kalau ada pokok2 disekeling rumah nampak lebih berseri. Lagi pun pokok akan memberi kita lebih oxygen.
Kebanyakan pokok2 ni saya beli dari Sungai Buloh dan ada juga yang diberi kawan2. Satu lagi hobi saya kalau saya pergi kemana saja, nampak pokok yang unik saya akan beli dan kadang2 tu sanggup minta pada tuannya. Buat muka tak malulah.. .jpg)
Hobi ni sebenarnya menurun dari arwah emak saya yang suka berkebun. Jadi sekarang ni sayalah yang mewarisinya. Tenang bila tengok pokok yang ditanam hidup subur dan berbunga mekar.

Oh ya..Saya nak war2kan sesuatu. Sesiapa yang nak pergi ke ikea jangan lupa bawa plastik sendiri kerana ikea tidak lagi membekalkan plastik sekiranya anda membeli baranganya. Anda harus membayar 20sen untuk satu plastik. Dah kaya lagi kedekut :( Tapi bila difikirkan kebaikkannya elok juga, ia boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar.